13 August 2009

MELAKA DALAM SENARAI 'HITAM' WABAK H1N1


Melaka, Johor dan Selangor termasuk dalam kateogori 'hitam' wabak H1N1 di negara ini. Sehingga hari ini sebahagian dari 44 kes kematian adalah negeri-negeri berkenaan. Kes kematian yang direkodkan ialah Johor (10), Selangor (7) dan Melaka (6).

Di Melaka sahaja hampir 90 buah sekolah rendah dan menengah telah ditutup dan masih ditutup. Ini tidak termasuk IPTA dan IPTS yang telah ditutup akibat wabak ini.

Keadaan ini amat membimbangkan sehingga menimbulkan susana panik di kalangan orang ramai. Tinjauan di beberapa pusat membeli belah yang sering menjadi tumpuan sebelum ini kelihatan lenggang kerana kebimbangan orang ramai terhadap wabak ini.

Saya menggesa agar kerajaan negeri khususnya menangguhkan sebarang aktiviti yang melibatkan orang ramai bagi membendung wabak ini. Tetapi apa yang berlaku kerajaan negeri masih lagi 'berdegil' dengan meneruskan pelbagai program yang melibatkan orang ramai. Ini jelas seperti expo yang sedang berlansung di Malacca International Trade Centre, PC Fair dan perasmian Planeterium Melaka.

Pihak Hospital Besar Melaka dilaporkan tidak 'menang tangan' kerana penularan wabak ini yang agak luar biasa. Malah terdapat rungutan bahawa pesakit yang dirujuk ke klinik dan hospital kerajaan bukan sahaja terpaksa menunggu lama untuk mendapat giliran rawatan tetapi dilaporkan tidak mendapat rawatan yang sempurna.

Berdasarkan senario yang berlaku, Melaka termasuk negeri yang tidak selamat untuk dilawati. Jika anda terpaksa menghadiri program di Melaka yang melibatkan interaksi dengan orang ramai anda dinasihatkan supaya mengambil langkah pencegahan yang sesuai.

1 comment:

PUSAT RAWATAN IMANTHERAPY said...

Salam saudara. Harap dapat diwar-warkan.

MENCEGAH DAN MERAWAT H1N1
Jika anda bimbang akan H1N1, kami telah menemui kaedah yang praktikal untuk mencegah dan merawat H1N1.
Bacalah :
ISTIGHFAR (11 kali)
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM (11 kali)
SELAWAT (11 kali)
SYAHADAH (11 kali)
AL-FATIHAH (9 kali)
dan tiuplah keatas air dan minum bersama
kurma atau madu asli.
Jadikan amalan diwaktu pagi dan petang. Dengan izin Allah SWT anda akan bebas dan terselamat. InsyaAllah