13 August 2009

USTAZ ASRI RABBANI MENINGGAL DUNIA


Al Fatehah...Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Kumpulan Rabbani yang diasaskan Allahyarham merupakan pelopor awal hiburan Islam dalam masyarakat di negara ini bersama kumpulan Raihan,Hijjaz dan Brothers pada pertengahan tahun 90-an. Semoga Allah mencucuri roh beliau di kalangan yang beriman dan beramal solleh.

2 comments:

amri said...

Inna lillahi wa inna ilaihi rrji'uun

Sesungguhnya kita semua milik Allah dan kepada Allahlah tempat kembali

kulatlapok said...

AL-FATIHAH,

SESUNGGUHNYA PEMINAT ALLAHYARHAM PASTI AKAN TERKENANGKAN BELIAU DENGAN LAGU 'PERGI TAK KEMBALI'..

TIADA LAGI KEMERDUAN TAKBIR RAYANYA.. WALLAHUALAM