19 August 2009

UMNO AKAN GUNA CALON SIMPANAN DI PERMATANG PASIR?


Kredebiliti dan kewibawaan calon Umno Rohaizat Othman di Permatang Pasir telah musnah. Dalam rancangan Astro Awani malam tadi mendedahkan secara terperinci pecah amanah yang berlaku semasa Rohaizat membuka firma guaman. Pernarikan lesen amalan guaman oleh Majlis Peguam bukan disebabkan masaalah yang didakwa Rohaizat berpunca dari rakan kongsinya tetapi dari dirinya sendiri. Walaupun ada cubaan pihak tertentu menyiarkan surat penarikan balik tuntutan dari koperasi terlibat yang didakwa pada tahun lepas...Itu sudah terlewat buat Rohaizat...

Umno kini cukup tertekan di Permatang Pasir apabila calonnya didedahkan sebagai pecah amanah dan korupsi. Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Umno seperti ketandusan calon apabila orang seperti Rohaizat dipilih sebagai calon.

Tapi kita mungkin terlupa, Umno masih ada 'calon simpanan' untuk memenangkan Umno di Permatang Pasir. Lihatlah hari ini tak semena-mena tanpa hujan ribut SPRM membuka semula kes rasuah yang didakwa melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohd. Fairus Khairudin. Apa maknanya tu.......

2 comments:

anakpahang said...

Mereka bukan sahaja ada SPRM(SURUHANJAYA PUNAH RANAH MALAYSIA) sebagai calon simpanan.Mereka ada PDRM.Mereka ada FRU.Mereka ada helikopter NURI untuk mengangkut peti-peti undi

Inilah gambaran betapa rosaknya negara ini kerana kerakusan nafsu serakah gerombolan UMNOBN hingga sanggup menggunakan semua elemen penguatkuasa untuk menjaga perut dan bawah perut mereka.

Mereka sentiasa memainkan sentimen 13 Mei(perkauman) untuk meraih sokongan Melayu

UMNOBN, pemimpin mereka,pencacai-pencacai mereka telah meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang seolah-olah hilang ketamadunanya,peradabannya dan kesopananya.

Nafsu buas pemimpin-pemimpin UMNOBN dan pencacai-pencacai mereka tidak akan berhenti setakat itu,justeru PKR dengan dokongan rakyat Malaysia wajib untuk memberhentikan kejahatan ini.Mudah-mudahan dijauhkan bala ke atas negara Malaysia yang dicintai.

Takbir!!!!!!

Anonymous said...

Senang sahaja tu, kita serang hendap SPRM dan belasah mereka.
INi dah melampau kerana depa ingat depa tu betul betul power.
Tunggu depa....