20 August 2009
MELAKA KAWASAN PANAS H1N1
Sehingga hari ini wabak Demam Selsema Babi@H1N1 telah merekodkan 722 kes dengan 16 kematian di Melaka.Perkara ini disahkan Pengerusi Hal Ehwal Wanita Pembangunan Keluarga dan Kesihatan, Norpipah Abdul.
Ini bermakna Melaka mencatatkan kes kematian yang tinggi berbanding 64 kes kematian seluruh negara setakat ini. Sehingga hari ini telah lebih 90 buah sekolah ditutup dan ada di antaranya masih ditutup kerana wabak ini.
Walau bagaimanapun, usaha pihak berkenaan masih kurang meyakinkan dalam meningkatkan kesedaran dan kepekaan orang ramai terhadap wabak ini. Misalnya semasa saya berkunjung ke Mahkota Parade kelmarin ada ibu bapa yang sengaja 'menempah maut' dengan membiarkan anak-anak mereka yang masih kecil tanpa memakai topeng pelindung. Begitu juga berdasarkan pemerhatian mereka yang memakai topeng di pasar malam hanya dua tiga orang sahaja. Manakala yang lain bebas seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
mungkin inilah balasan pada KM melaka..sibuk dgn hasadnya kpd Tok guru dan masalah dinegeri lain, tetapi masalah diri (dilibatkan dgn rasuah) dan masalah negeri (masalah arak dan babi) langsung tidak diambil peduli...
pada tuan empunya blog, sudi kiranya blog hamba disenaraikan dlm bloglist sedara..terima kasih...semoga Allah merahmati perjuangan kita..
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/
Post a Comment