07 April 2009

ANALISIS AWAL KEMENANGAN DI DUA BUKIT DAN KEKALAHAN DI BATANG AI

  1. Majoriti rakyat menolak pembaharuan dalam Umno@BN.

  2. Rakyat menolak taktik lama Umno@BN- ugut,duit,projek 'mee segera',provokasi dll.

  3. Media massa alternatif (web dan blog)mengatasi peranan media milik Umno@BN seperti Utusan melayu, TV 3 dan Berita Harian.

  4. Majoriti orang Melayu, Cina dan India menolak Umno@BN.

  5. Majoriti Rakyat Perak 'memprotes' rampasan kuasa Umno@BN di Perak yang diketuai oleh DS Najib

  6. Umno@BN bakal ditalkinkan dalam Pru ke 13.

  7. DS Najib dinasti terakhir PM dari Umno@BN seperti berakhirnya teori R.A.H.M.A.N

  8. Umno@BN di bawah DS Najib akan melaksanakan dasar yang lebih keras kepada Pakatan Rakyat

  9. Sabah dan Sarawak kekal menjadi benteng terakhir Umno@BN menjelang PRU ke 13

  10. Rakyat Perak bakal memberi kemenangan lebih besar kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya DUN bulan Jun ini?

  11. Maklumat tak sampai di Batang Ai..Kat rumah panjang kat sana mana kemudahan internet macam kat Semenanjung..Mudahle Umno@BN terus menipu rakyat Sarawak

  12. Faktor lain kemenangan Umno@BN di Batang Ai…DUIT..DUIT..DUIT..

  13. Pas dan PKR menang di kebanyakan saluran 3, 4, 5 dan 6 di 2 Bukit – menunjukkan golongan muda 21 hingga 35 tahun bersama Pakatan Rakyat.

  14. Faktor anak tempatan sudah tidak relevan, yang paling penting ialah ketokohan calon.


KEPUTUSAN RASMI:CONFIRM ! NIZAR MENANG


Keputusan rasmi Menteri Besar Perak Dato' seri Nizar Jamaludin menang di Bukit Gantang Perak.

Keputusan undi :

Mohd Jamaluddin Nizar (PAS) 21,860

Ismail Saffian (BN-Umno) 19,071
Kamarul Ramizu Idris (Ind) 62

Majoriti - 2,789


(Tahun 2008, majoriti dimenangi Pas ialah 1,566)

PAS TERUS MARA DI BUKIT GANTANG DAN PKR KEKAL DI BUKIT SELAMBAU

BUKIT GANTANG : PAS 20,021, BN 17,076, Independent 56. Majority 2,945.

BUKIT SELAMBAU : PKR MENANG DENGAN 2396 MAJORITI

ANALISIS AWAL AKAN MENYUSUL

PAKATAN RAKYAT TERUS SELESA DI DUA BUKIT

BUKIT GANTANG :PAS 17,427, BN 15,001, Independent 46. Majority 2,426

BUKIT SELAMBAU : PKR mendahului dengan 2311 undi

TERKINI :PAKATAN RAKYAT TERUS MARA DI DUA BUKIT

BUKIT GANTANG :PAS 14,720, BN 12,142, Independent 32. Majority 2,577.

BUKIT SELAMBAU : PKR dahului dengan 1080 undi

TANDA-TANDA AWAL KEKALAHAN UMNO@BN DI BUKIT GANTANG...

Orang nak mati ada tanda-tandanya...Orang sakit pun ada juga tanda-tandanya...Orang nak kahwin satu lagi pun ada tanda-tandanyanya...Soalannya apakah tanda-tanda kekalahan Umno@BN?

Seperti biasa tanda-tanda awal kekalahan Umno@BN mula kelihatan apabila seorang demi seorang pemimpin kanan Umno dan menteri Kabinet mula meninggalkan kawasan parlimen Bukit Gantang atas hal-hal yang tak dapat dielakkan..he..he...Insyallah dalam tempoh 2 jam dari sekarang kita akan mendapat gambaran pasti dari petugas counting agent tentang pihak mana yang akan mencapai kemenangan

CALON PAS DAN PKR DI DEPAN....


Dato seri Ir Nizar Jamaludin, sedang berdiri di depan pentas dan di depan orang ramai selepas diumumkan sebagai calon Pas di Bukit Gantang oleh Presiden Pas.
Calon PKR Bukit Selambau juga sedang berdiri di depan dalam satu majlis ceramah bersama DSAI...

06 April 2009

KEMPEN MAHATHIR UNTUNGKAN PAKATAN RAKYAT


Tun Dr. Mahathir, secara rasmi turun dalam kempen membantu calon Umno@BN dalam majlis ceramah di simpang Bukit Gantang yang turut dihadiri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan calon Umno@BN Ismail Safian.

Akhirnya Mahathir bergiat semula dalam politik Umno yang satu ketika dahulu dilabelnya telah rosak dan punah ranah kerana bergelumang dengan najis rasuah. Secara tidak langsung Mahathir membiarkan dirinya bergelumang dengan 'dosa dan noda' yang didakwanya selama ini.

Ada kemungkinan, terpilihnya Dato Seri Najib sebagai Presiden Umno telah berjaya 'menyamak' noda-noda yang ada dalam Umno selama ini agar kembali suci dan murni. Itulah sebabkanya kenapa agaknya Mahathir kembali 'terlioq' nak kembali dalam Umno.

Ada juga maklumat bahawa kemasukan Mahathir dan bergiat aktif dalam Umno kerana beliau dimaklumkan bahawa ' orang tingkat empat' yang cukup dibencinya selama ini bakal tersingkir kerana tindakan yang bakal diambil oleh Lembaga Disiplin Umno selepas Pilihanraya kecil ini nanti.

Jadi sebab itulah kempen 'orang tingkat empat' dalam kempen Umno@BN kali ini hanya sekadar ala kadar seperti melepas batuk di tangga kerana menyedari tindakan yang bakal diterimanya.

Bagi saya kemasukan Mahathir akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk mencipta 'hatrik' dalam siri Pilihanraya Kecil kali ini. Dr. Mahathir dalam satu ceramahnya dulu selepas keluar dari Umno pernah menyebut bahawa rakyat hari ini sudah semakin cerdik dan matang khususnya di kalangan orang melayu yang dulu pernah disifatkan beliau sebagai 'Melayu Mudah Lupa' dalam bukunya The Malay Dilemma.

Rakyat hari ini boleh menilai dan membezakan siapa yang konsisten dan berkata benar dalam perjuangan. Rakyat boleh membezakan siapa yang lurus dan siapa yang libang bercabang. Rakyat juga boleh menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata. Rakyat juga sudah dapat melihat 'dacing' sudah semakin senget menunggu masa untuk menyembah bumi!

DUA BUKIT DALAM GENGGAMAN, BATANG AI 50-50


Berdasarkan senario perkembangan semasa, trend pengundi serta gerak kerja pilihanraya saya menjangkakan Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang sangat cerah untuk mengekalkan kerusi parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Manakala di Batang Ai, masih sukar diramal, saya meletakkan 50-50 memandangkan isu berbeza di antara dua bukit dan satu batang.

Tinjauan yang dijalankan melalui blog dan web sama ada pro PR dan Umno@BN jelas menunjukkan kemenangan memihak kepada calon-calon PR. Misalnya undian melalui blog ini, Calon Pas Dato Seri Ir Nizar Jamaludin mendahului dengan lebih 90% undi.

Walaupun sampel yang mengundi kemungkinan besar bukan dari mereka yang layak mengundi di PRK berkenaan ia sebenarnya menggambarkan bahawa PR mendapat sokongan padu dari golongan pertengahan dan golongan intelek yang terdiri daripada golongan muda.

Bermakna selain daripada kemenangan PR di lokaliti dan saluran yang ramai pengundi India dan India, faktor kemenangan juga dijangka adalah dari saluran tiga dan empat iaitu pengundi muda. Berdasasarkan senario pilihanraya ke 11 yang lalu, sokongan pengundi muda adalah tekal dan sukar digugat oleh Umno@BN. Ini kerana mereka adalah golongan yang tidak akan menerima bulat-bulat propaganda yang dijalankan oleh jentera kempen Umno@BN dan juga propaganda media massa.

Kemenangan di saluran 3 dan 4 juga adalah kerana sumbangan DS Najib yang mengilhamkan program Khidmat Negara(PLKN) yang menyebabkan semakin ramai yang pro PR dan semakin benci serta meluat kepada Umno@BN. Justeru itu, jika kemenangan di saluran 3 dan 4 menjadi kenyataan, PR juga wajar berterima kasih kepada DS Najib.

Walau bagaimanapun semua petugas PR perlu meningkatkan gerak kerja sehingga hari pengundian dan pengiraan undi supaya sebarang cubaan dan anasir tidak bermoral serta taktik kotor daripada Umno@BN dapat dilumpuhkan.

05 April 2009

NAJIB TERDESAK PULIH IMEJ


Semua seperti serba tidak kena dengan Dato Seri Najib, PM Malaysia ke 6 dalam memulihkan imej dan pesonaliti beliau setelah dilantik sebagai PM.

Selepas dilantik menjadi PM, Najib ditontonkan dalam media massa mencium tangan ibunya untuk menggambarkan Najib seorang anak yang 'solleh'. sebelah malamnya diambil pula gambar mengerjakan solat berjemaah di rumah untuk menampilkan imej 'kewarakan' Najib.

Semalam beliau agak marah-marah apabila dituduh mengambil tindakan populis dengan membebaskan 13 tahanan ISA dan menarik sekatan keatas Harakah dan Suara Keadilan.

Apabila beliau membuat 'lawatan mengejut' ke sekitar Kuala Lumpur semalam, hari ini beliau digambarkan sebagai PM berjiwa rakyat dalam tajuk muka depan beberapa akhbar utama.

Jika Pak Lah sebelum ini selepas baru dilantik menjadi PM, menunjukkan imej keturunan ulama dengan menjadi imam solat Dzhuhor, teringin rasanya melihat Najib menjadi imam dalam solat Maghrib atau Isyak di mana-mana masjid dalam kawasan pilihanraya kecil yang sedang berlangsung sekarang. Kemudian boleh sampaikan tazkirah sementara menunggu waktu Isyak. Mungkin tajuk yang sesuai ialah bahaya rasuah, kewajipan menutup aurat atau tajuk tujuh dosa besar!

Apa yang dilakukan, seolah-olah Najib cukup terdesak untuk memulihkan imej dan menutup pelbagai dakwaan salah laku yang melibatkan beliau. Tetapi ibarat kata pepatah Melayu, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Lebih-lebih lagi kalau ia dibuat berulang-ulang kali!