13 February 2010

DEMONSTRASI: UMNO DAPAT ANUGERAH MALAYSIA BOOK OF RECORDS?


Sehari dua ni cukup 'meriah' Umno mengadakan demonstrasi sana sini. Pantang terjentik dan tercuit sikit tentang 'semangat kemelayuan' Umno terus buat demonstrasi. Nampaknya Umno sudah mula faham apa makna demokrasi.

Sebelum ini, jika pembangkang atau Pakatan Rakyat mengadakan demonstrasi maka selepas itu akan muncul komen dari pemimpin dan media milik Umno.... Berlaku huru hara, peniaga mengalami kerugian, pelabur lari, pembangkang sabotaj ekonomi negara. Jadi hari ini ekonomi negara dalam keadaan gawat, pelabur tak datang dan suasana politik gawat semuanya berpunca dari Umno yang akhir-akhir ini kerap berdemonstrasi. Umno kena bertanggungjawab!

Khairy Jamaludin hari ini mungkin senyum seorang diri apabila melihat ramai 'beruk' dalam Umno. Istilah yang diberi kepada peserta demonstrasi 'BERSIH' Pakatan Rakyat sebelum ini.

Mungkin selepas ini Umno Pulau Pinang akan turun berdemonstrasi sekali lagi kerana 'termakan' dengan laporan Utusan Malaysia bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng nak membatalkan perarakan Maulidur Rasul. Mungkin kali ini Ibrahim Ali akan berganding bahu dengan seorang lagi wakil rakyat 'bebas' Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim untuk memimpin demonstrasi berkenaan. Cuma jangan jadi seperti Abu Jahal dan Abu Lahab dah le, memukul canang dan berarak mengelilingi Kota Mekah serta membuat kenduri besar-besaran sembelih kambing dan unta menyambut kelahiran Nabi SAW tetapi kemudiannya menjadi orang yang paling kuat menentang dakwah dibawa oleh Nabi SAW.

Umno kini memang cukup bersemangat untuk berdemontsrasi. Saya yakin lepas ni banyak lagi demonstrasi akan diadakan oleh Umno dan mereka yang sewaktu dengannya. Justeru itu memang layaklah Umno mendapat anugerah 'Malaysia Book Of Records' atau mungkin 'Guinness Book Of Records' sebagai parti dalam dunia yang paling banyak mengadakan demonstrasi. Syabas Umno!

12 February 2010

DI ANTARA DAHI HITAM SAIFUL DAN DAHI HITAM 'USTAZ' CABUL..

Gambar di bawah adalah gambar imej terbaru Saiful bertanda yang mendakwa sakit diliwat sehingga tak buang air besar selama dua hari. Ramai orang Umno dan yang sewaktu dengannya mendakwa dan bermati-matian berhujah tak mungkin Saiful cakap bohong sebab dahi dia bertanda....

Gambar di bawah pula gambar seorang 'ustaz' yang ditahan polis dan didakwa di mahkamah seksyen hari ini kerana didakwa mencabul 8 orang budak bawah umur di Tangkak Johor juga bertanda dahinya macam Saiful

KAPAL SELAM MALAYSIA TAK BOLEH MENYELAM


lepas satu-satu episod malang melanda aset sistem keselamatan negara. Setelah digemparkan dengan misteri kehilangan enjin jet pemintas F5E melibatkan askar pangkat rendah TUDM, angkatan tentera Malaysia menerima aib sekali lagi. Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam satu kenyataan mengakui bahawa Kapal Selam petama negara KD Tunku Abdul Rahman mengalami masalah tenikal. Kapal selam negara yang sepatutnya boleh menyelam, tidak dibenarkan menyelam!

Mengulas lanjut beliau berkata
"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk dan ini menyebabkan kapal tersebut gagal dilancarkan ke bawah permukaan air. Ia berlaku ketika kapal selam berada di limbungan kering dan bukannya semasa operasi,'' . Apa dah jadi sebenarnya, belum apa-apa lagi sudah bermasalah. Isu komisyen pembelian kapal selam yang dikatakan melibatkan RM 600 juta masih belum dijawab dan dijelaskan dengan meyakinkan sehingga hari ini. Boleh jadi kontraktor yang membina kapal selam 'kebangaan' negara ini adalah kontraktor yang sama dengan kontraktor yang membina kolam renang di Kuala Terangganu sebab tu le bocor agaknya!

Dalam hal ini, Menteri Pertahanan ketika itu perlu bertanggungjawab dan tidak boleh lepas tangan dan tidak boleh menunding jari dan membiarkan Menteri Pertahanan sekarang untuk terkial-kial menjelaskan kepada umum. Apa yang berlaku merupakan satu lagi episod malang kepada aspek keselamatan di negara ini setelah pendedahan beberapa isu yang bukan sahaja memalukan tetapi boleh menggugat sistem keselamatan negara.

09 February 2010

ZAMBRY KEKAL MB MAHKAMAH

Datuk Zambry Abdul Kadir dikekalkan sebagai Menteri Besar Mahkamah. Keputusan itu diumumkan oleh Makamah Persekutan yang bersidang dengan lima orang hakim sebentar tadi. Saya yakin Datuk Seri Ir Nizar Jamaludin dan semua pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat tidak terkejut dengan keputusan berkenaan. Melalui keputusan ini bermakna saluran mahkamah untuk mengembalikan jawatan Nizar sebagai Menteri Besar telah tertutup. Keputusan ini bermakna kuasa Menteri Besar atau Ketua Menteri boleh dilucutkan oleh Sultan pada bila-bila masa kerana tafsiran dan keputusan Mahkamah Persekutuan ini akan dijadikan sumber rujukan dan asas undang-undang pada masa akan datang. Konsep Raja Berpelembagaan kini membawa dimensi dan tafsiran baru apabila raja atau sultan kini mempunyai kuasa 'mutlak' untuk melantik dan memecat menteri besar. Keputusan ini seolah-olah mengesahkan bahawa sistem monarki beraja kembali dalam sistem demokrasi di Negara ini. Melalui keputusan ini bermakna kedudukan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri boleh dilucutkan bila-bila masa jika diputuskan oleh DYYM Agong dan sultan di negeri-negeri beraja.

Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong. Nizar diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Keputusan ini akan terus meletakkan politik Perak berada dalam konflik yang berpanjangan. Keputusan Mahkamah tidak mampu menyelesaikan segala krisis yang telah berlanjutan selama 368 hari. Hanya pilihanraya raya semula di Perak sahaja yang mampu mengembalikan kestabilan politik, ekonomi dan sosial di Perak.

08 February 2010

MAHKAMAH ARAH RODA EYE ON MALAYSIA DIBUKA


Ketua Menteri Melaka pasti tidak lena tidur apabila Mahkamah Tinggi Dagang di sini, hari ini membenarkan permohonan syarikat dari Belgium, Fitraco NV untuk memindah keluar roda gergasi 'Eye of Malaysia' dan boleh memasuki tanah milik syarikat "Eye On Malaysia Sdn Bhd.

Mahkamah juga memerintahkan tanah itu dibaikpulih seperti sedia kala selepas roda itu dibuka.

Hakim juga perintahkn defendan pertama, MST Ad Suria Sdn Bhd, membayar kos RM35,000 dan defendan kedua, Eye On Malaysia Sdn Bhd membayar RM10,000 kepada plaintif.

Ini bermakna 'Eye On Malaysia' bakal menjadi satu lagi peninggalan bersejarah yang terdapat di Melaka. Mungkin Ali Rustam boleh membina muzium Eye On Malaysia di tapak yang ada sekarang. Jika tidak pun membina replika Eye On Malaysia sebagai tarikan terbaru pengunjung ke Melaka.

Cuba kita kira berapa juta duit rakyat Melaka dibazirkan kerana tindakan kerajaan Melaka yang tidak membuat kajian mendalam tentang implikasi membawa Eye On Malaysia dari tapak asal di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.


07 February 2010

GAMBAR SEHARI SELEPAS DILIWAT


Gambar ini boleh menceritakan pelbagai makna di sebaliknya. Gambar Saiful dirakam dalam mesyuarat Anwar Ibrahim Club (AIC) pada 27 Jun 2008 sehari selepas mendakwa dirinya diliwat pada 26 Jun 2008 mengikut pertuduhan di mahkamah. Dalam mesyuarat itu Saiful menjalankan tugas rutinnya sebagai pembancuh kopi.

MENTERI TOLONG JAWAB

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan Datuk Seri Ismail Sabri berkata sebelum ini kerajaan memberi jaminan bahawa harga barang tidak akan naik menjelang musim perayaan.

Tetapi tinjauan yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati harga beberapa barangan, antaranya kacang dal malavi, kacang hijau, bawang putih dan gula perang telah naik antara 50 hingga 140 peratus sejak empat bulan lepas.

Selain itu bawang putih menunjukkan kenaikan harga paling tinggi sejak November lepas iaitu dari RM2.50 sekilogram menjadi RM6 bagi kuantiti yang sama.Manakala kacang dal malavi yang sebelum ini hanya RM4 sekilogram meningkat sehingga RM8, kacang hijau pula daripada RM3 sekilogram menjadi RM5 dan gula perang RM2 sekilogram naik RM1.

Dalam masa yang sama beberapa peruncit juga turut mengadu kepada CAP bahawa pengedar dan pemborong telah memaklumkan kepada mereka bahawa beberapa barangan lain seperti milo, susu pekat masin dan rempah ratus mungkin naik antara lima hingga 10 peratus dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Itu belum lagi kenaikan harga barang basah seperti ikan, udang dan sotong yang menunjukkan kenaikan terlampau sehingga membebankan pengguna. Justeru itu saya meminta menteri berkenaan tolong jawab apa yang sebenarnya yang sedang berlaku.

ADUKA TARUNA VS NASIR SAFAR

Aduka Taruna, blogger yang tak perlu diperkenalkan lagi. Didakwa di bawah Akta Hasutan kerana keceluparan mulutnya kerana didakwa menghina Kesultanan Johor. Selepas sahaja artikel menghina kerabat Diraja Johor diterbitkan di blognya, kira-kira 20 laporan polis dibuat. Walaupun beliau sudah meminta maaf dan menarik semula artikel yang diterbitkan,namun itu semua sudah terlambat kerana akhirnya beliau didakwa di mahkamah.

Datuk Nasir Safar, nama beliau sebelum ini tidaklah glamour seperti Aduka Taruna. Malah ramai yang tidak mengetahui kewujudan beliau sebagai pegawai khas PM. Tetapi nama beliau tiba-tiba sahaja meletup kerana kenyataan menghina orang cina dan india di negara ini dalam satu ceramah di Melaka baru-baru ini.Beliau telah dapat menandingi kehebatan Aduka Taruna apabila 45 laporan polis telah dibuat terhadap kenyataanya yang menghasut dan berunsur perkauman.

Telah mengakui ketalanjurannya dengan meminta maaf dan meletak jawatan sebagai pegawai khas PM. Polis Melaka melalui kenyataan ketuanya,Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof berkata 85 % siasatan telah dilakukan. Kita tunggu apa kesudahannya. Datuk Rais Yatim meminta Aduka Taruna meminta maaf kepada seluruh kerabat diraja Johor atas keceluparan yang dilakukan tetapi bersediakah Rais Yatim meminta Nasir Safar meminta maaf kepada seluruh orang cina dan india di negara ini yang dihina sedemikian rupa. Adakah orang cina dan india di negara ini akan memaafkan atas penghinaan yang dilakukan?

Apa yang pasti Aduka Taruna dan Nasir Safar ada persamaannya. Dua-dua mulut celupar. Cuma celupar Nasir Safar dilihat lebih merbahaya kerana segala tembelang Umno melalui1Malaysia hancur dalam sekelip mata dari sudut pandangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

05 February 2010

NAJIB TIDAK MENUNAIKAN AMANAH BAPANYA?


Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi mempertahankan pendiriannya menyokong usaha kerajaan Kelantan menuntut royalti petroleum dari kerajaan pusat 1Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam satu temu ramah yang diadakan di rumah beliau petang tadi.Menurut Ku Li adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia, bukan sahaja di Kelantan mengenai perjanjian yan dibuat di antara kerajaan negeri itu dengan Petronas di bawah Akta Pembangunan Petronas 1974 (PDA) sewaktu beliau menjadi pengerusi.

Ku Li berkata kesedian beliau mempertahankan hak rakyat Kelantan hanya ingin menunaikan amanah Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak bapa kepada Perdana Menteri 1Malaysia sekarang yang mahukan hasil minyak diagih-agihkan kepada negeri-negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak jika terdapat minyak di persisiran pantai negeri berkenaan.

Ku Li juga kesal dengan keengganan kerajaan Barisan Nasional untuk mengagihkan hasil minyak kepada Terengganu dan Kelantan seperti yang diminta Tun Abdul Razak.

"Saya rasa sedih dan malu kerana amanah Allahyarham Tun Abdul razak seolah-olah dilupakan selepas 34 tahun pemergiannya.Beliau (Tun Abdul Razak) selalu memikirkan rakyat dan negeri-negeri yang miskin.Beliau mengarahkan saya untuk membuat perjanjian pada 1974 untuk memastikan rakyat dapat faedah dari hasil minyak itu, " katanya.

04 February 2010

KERANA NAK GEGAU MELAKA SATU MELAKA KENA GEGAU

Malam ni berlansung program Gegau Melaka yang akan dirasmikan oleh presiden parti yang mendakwa jadi juara rakyat bertempat di Dataran Klebang. Nak gegau Melaka ke atau pokok kelapa gegaulah. Panggillah mak cik-mak cik dari wanita Umno atau Puteri Umno untuk meramaikan. Apa yang jadi masalah kerana bimbang orang tak ramai maka habis semua jabatan kerajaan kena paksa dan kerah untuk menunjukkan bahawa parti juara rakyat mendapat sokongan.

Setiap sekolah di sekitar Melaka diwajibkan menghantar paling kurang sebuah bas untuk membawa pelajar. Sekolah rendah tak disuruh nanti nampak sangat budak-budak belum aqil baligh yang ramai sokong parti juara rakyat.

Hari ni anak saya kata tak nak pergi sekolah agama. Saya tanya kenapa? Anak saya beritahu kalau pergi pun tak belajar sebab semua ustaz dan ustazah kena pergi Dataran Klebang. Tak berpuas saya telefon guru besar sekolah agama anak saya. Saya tanya kenapa anak saya disuruh balik awal. ( walaupun sebenarnya dah tahu jawapannya)

Minta maaf Encik, kami diarahkan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) berkumpul di masjid Negeri untuk pergi ke Dataran Klebang bersama dengan PM.

Emmm...Pecah tembelang Umno...Tetapi yang jadi masalahnya budak-budak sekolah yang jadi mangsa...