22 May 2010

KHIR TOYO MENGAKU LULUSKAN LEBIH 4500 PUSAT JUDI MASA JADI MB DI SELANGOR !


Tindakan meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri! Itulah yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang semalam mendesak Menteri Besar Selangor kini Tan Sri Khalid Ibrahim agar menutup lebih 4500 tempat perjudian yang kini terdapat di Selangor.

Pada zaman siapa pusat perjudian tersebut dibina dan diluluskan? Pakatan Rakyat baru memerintah tak sampai pun tiga tahun. Siapa lagi kalau bukan zaman Umno@BN memerintah Selangor! Memang patut pun pemimpin Umno digelar 'Raja Judi'.

Tindakan Khir Toyo bukan sekadar baling batu sembunyi tangan tetapi umpama orang berak tengah jalan kemudian tuduh orang lain!Malah suruh orang lain sapu dan bersih! Patutlah dulu Khir Toyo dulu hadiah penyapu kepada Pegawai daerah di Hulu Selangor. Rupa-rupanya sebagai simbolik membersihkan segala kekotoran dan najis yang kini ditinggalkan oleh Umno sebelum ini sekian lama memerintah Selangor.

Kena siasat juga mana le tahu rumah Khir Toyo di Syeksen 7 Shah Alam yang khabarnya bernilai puluhan juta ringgit datang dari duit judi. Malang sekali nasib rakyat di Selangor yang dibangunkan selama ini bergelumang dengan hasil judi!!! Rakyat fikir sendirilah inilah antara contoh pemimpin yang mendakwa pejuang bangsa dan Melayu di negara ini. Malah dengan muka tak malu mengaku Umno sebagai pembela Islam.

20 May 2010

SPR KATA BOLEH SOGOK MASA PILIHANRAYA!


SPR nampaknya makan bercelaru dan haru biru di era 1Malaysia. Mereka bermati-matian mempertahankan tindakan pemimpin Umno-BN memberi rasuah dan sogokan sewaktu pilihanraya. Paling ketara apabila PM secara terbuka merasuah pengundi seperti yang berlaku dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor dan Sibu.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar , di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, yang secara umum menjurus kepada kesalahan dilakukan oleh calon atau ejen mereka, pihak-pihak lain yang membuat janji pilihan raya termasuk anggota Kabinet tidak boleh didakwa telah melakukan kesalahan menyogok atau melakukan rasuah pilihan raya.

Bagi saya satu kenyataan yang sangat merbahaya yang akan menjadikan pilihanraya di Malaysia akan menjadi pesta rasuah kerana ternyata kini SPR sendiri telah menafsir undang-undang mengikut nafsu dan telunjuk pemimpin Umno-BN bagi memastikan mereka akan membuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

Kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab dan amat memalukan. Malah SPR cuba tutup sebelah mata dengan mengatakan “Kami tidak boleh melakukan siasatan sebagaimana perkara-perkara lain diperuntukkan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya... kami tiada kuasa (menyiasat).

Kenyataan ini ternyata sebagai satu penghinaan kepada amalan demokrasi di negara ini kerana suruhanjaya ini dilantik untuk mengendali, mengurus dan memastikan perjalanan pilihanraya berlangsung dengan adil dan telus.

Maka amat wajar semua ahli SPR meletak jawatan kerana ternyata mereka sendiri selama ini terang-terang mencabuli dan mengkhianati amanah dan tanggungjawab sebagai sebuah badan bebas seperti yang termaktub apabila dilantik oleh DYMM Agong.

Di samping itu amat wajar BERSIH kembali aktif dan proaktif untuk memastikan drama dan wayang SPR memihak kepada calon Umno-BN tidak lagi berlaku dalam pilihanraya akan datang.

Bagi saya dalam pilihanraya akan datang dalam suasana sokongan rakyat yang sekarang ini semakin melonjak kepada Pakatan Rakyat faktor penghalang utama kemaraan ke Putrajaya ialah SPR. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Umno-BN kekal berkuasa. Mereka sama sekali telah menghakis kepercayaan rakyat kepada amalan demokrasi di negara ini.

17 May 2010

MUHYIDDIN DAPAT HADIAH ISTIMEWA HARI GURU DARI GURU SIBU

16 Mei 2010 pastinya tarikh yang paling diingati oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran. Hari Guru tahun ini Muhyyiddin mendapat hadiah yang cukup istimewa yang pasti akan dikenang sampai bila-bila.

Guru-guru di Sibu memberi undi kepada DAP sebagai menghargai pelbagai ganjaran yang ditawarkan kepada guru-guru Sibu. Mungkin juga sebagai tanda 'terima kasih' kerana kerap 'diundang' memenuhi jemputan untuk meramaikan majlis-majlis BN sempena pilihanraya kecil Parlimen Sibu.

Ini juga sebagai tanda terima kasih kepada Menteri Pelajaran kerana menghadiahkan 'kerja lebih masa' kepada guru-guru ketika waktu cuti hujung minggu pada hari sabtu untuk menyapu walaupun ramai guru yang tak mahu. Maka guru-guru Sibu tunggu hingga hari guru untuk hadiah sesuatu kepada Muhyiddin untuk memberi hadiah yang cukup istimewa.

Syabas dan tahniah kepada guru-guru Sibu dan tahniah juga kepada Muhyiddin kerana mendapat hadiah Hari Guru.

16 May 2010

RASMI BN TUMBANG DI SIBU!

Keputusan rasmi DAP menang di parlimen Sibu.

DAP : 18 845 UNDI

BN : 18 447 UNDI

BEBAS : 232 UNDI

UNDI DITOLAK : 395 UNDI

KERTAS UNDI TAK DIKEMBALIKAN : 190 UNDI

MAJORITI : 398 UNDI


Pastinya Dato seri Najib, Tan sri Muhyiddin dan Tan sri Taib Mahmud tak lena tidur.Pilihanraya negeri Sarawak akan menyusul tak lama lagi...

BN TEWAS DI SIBU!

Berita tidak rasmi DAP mencipta sejarah mengalahkan BN buat julung-julung kalinya di kerusi parlimen Sibu. keputusan tidak rasmi sehingga kini :

DAP - 18,570
BN - 15,980
Bebas- 201

Majoriti - 2,590

Kemenangan di Sibu memberi isyarat yang cukup jelas bahawa BN kini tinggal nyawa-nyawa ikan menjelang pilihanraya umum akan datang. Kemenangan ini sebenarnya adalah kesinambungan sokongan padu pengundi cina kepada Pakatan Rakyat bermula pilihanraya Umum ke 12, pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Hulu Selangor.

Ini jelas menunjukkan isu perkauman melampau yang dimainkan oleh BN khususnya Umno kini makan tuan. BN khususnya Umno kini terpaksa bergantung di kawasan tradisi Melayu seperti di Pahang, Terangganu dan beberapa parlimen di Perak dalam pilihanraya umum akan datang.

Bagi kawasan pengundi cina melebihi 40 - 70% seperti di Pulau Pinang, Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak BN dijangka akan tewas teruk dalam pilihanraya umum akan datang.

Jika trend ini berterusan Pakatan Rakyat dijangka akan menawan beberapa negeri lagi dalam pilihanraya umum akan datang dan mengekalkan lima negeri termasuk wilayah Persekutuan.

Selama ini Sabah dan Sarawak menjadi tali hayat BN di Parlimen dan menguasai Putrajaya. Kini senario tersebut telah berubah. Ini semua jelas menunjukkan bahawa rakyat cukup bijak dan berani dalam membuat keputusan dan perubahan dan tidak lagi termakan dengan propaganda dan projek 'gula-gula' politik atau 'mee segera' BN setiap kali pilihanraya.

Keputusan ini juga membuktikan bahawa tindakan wakil rakyat yang belum 'akil baligh' seperti menurut pandangan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat melompat sebagai wakil rakyat 'bebas' sedikit pun tidak menggugat peluang Pakatan Rakyat untuk mara ke Putrajaya selepas pilihanraya umum ke 13.

Kemenangan ini juga serentak dengan perubahan politik dunia yang menuntut reformasi seperti yang berlaku di England dan Jepun dalam piliharaya negara berkenaan baru-baru ini.



SELAMAT HARI GURU


Selamat Hari Guru buat semua pendidik dan bakal pendidik yang memiliki prinsip dan keikhlasan dalam mendidik generasi hari ini dan akan datang supaya menjadi golongan terdidik dan generasi bertaqwa. Terutama kepada guru-guru di pedalaman berpisah anak isteri serta keluarga tercinta kerana mempertahankan prinsip dan aqidah perjuangan. Moga Allah akan membalas segala pengorbanan.Kepada semua pendidik marilah bersama kita menggerak perubahan menentang segala kemungkaran dan kebatilan.SELAMAT HARI GURU............

13 May 2010

HE..HE..ARAB SAUDI IKTIRAF MALAYSIA NEGARA ISLAM TERMAJU..

Menurut duta Besar Istimewa dan Mutlak Malaysia dan wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Persidangan Islam di Arab Saudi, Profesor Madya Datuk Syed Omar Al Sagga bahawa Malaysia telah diiktiraf oleh negara itu sebagai negara Islam paling maju di dunia.

Saya setuju dengan pengiktirafan ini kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara 'Islam' di dunia yang membenarkan rakyat di negara ini berjudi sewaktu Piala Dunia Afrika Selatan Jun ini.

Selain itu juga Malaysia memang layak digelar negara Islam kerana turut membayar syarikat milik Yahudi sebanyak RM 77 juta untuk mempopularkan jenama 1Malaysia.

Tidak cukup dengan itu Malaysia juga mempunyai antara pusat perjudian yang terbesar di rantau ini yang diluluskan oleh kerajaan 1Malaysia yang majoriti wakil rakyat yang menyokongnya adalah beragama Islam.

Tidak cukup dengan itu kilang Arak yang terbesar di Asia Tenggara juga terletak di Malaysia yang tidak memungkinkan status negara Islam ditarik balik.

Maka siapa yang kata Malaysia bukan negara Islam ternyata mereka bercakap tanpa fakta dan bukti. Syabas Malaysia!

12 May 2010

KERAJAAN 1 MALAYSIA SUDAH LULUS DAN HALALKAN JUDI BOLA SEPAK


Tahniah kepada pengundi dan penyokong Umno-BN kerana memilih kerajaan Umno - BN dalam pilihanraya umum yang lalu. Tahniah juga kepada pengundi khususnya Melayu Umno di Bagan Pinang dan Hulu Selangor kerana memberi kemenangan kepada Umno-BN dalam pilihanraya kecil berkenaan.

Sebagai tanda sokongan padu tak berbelah bahagi dulu kini dan selamanya kepada Umno-BN maka kerajaan 1Malaysia yang anda pilih telah pun meluluskan atau dalam erti kata lain menghalalkan perjudian baru di negara ini.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi bola sepak kepada Kumpulan BERJAYA. Sehubungan itu rakyat Malaysia boleh berjudi sepuas-ppuasnya dan semahu yang boleh sempena Piala Dunia bermula 11 Jun ini.

Maka setiap kali orang berjudi dan bertaruh sempenan Piala Dunia ini maka penyokong dan pengundi Umno akan turut mendapat saham dan 'pahalanya'nya. Mana pergi suara mufti Perak? Adakah beliau sudah jumpa ayat dan hujah yang mengahalalkan judi? Silap hari bulan, tok mufti pun tumpang saham sama....

11 May 2010

SAIFUL 'KANTOI' LAGI



Tajuk muka depan Utusan Malaysia media yang terkenal dengan sikap pengampu dan penipu ialah " DILIWAT TANPA KERELAAN'. Merujuk kenyataan Saiful yang mengadu diliwat secara paksa dalam keterangan di mahkamah semalam.

Jika kenyataan itu diambil kira maka Dato Seri Anwar Ibrahim perlu disiasat dan didakwa mengikut peruntukan undang-undang bawah seksyen 377c. Iaitu melakukan secara paksa atau seperti jenayah rogol.

Sebaliknya DSAI kini didakwa di bawah peruntukan Seksyen 377b atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii. Iaitu satu peruntukan melakukan liwat secara suka sama suka.

Jadi mana satu yang betul? Bila dilakukan secara paksa maka pendakwaraya perlu membuktikan wujud elemen paksaan seperti pergelutan atau tindakan mempertahankan diri. Di sini saya siarkan kembali gambar yang dirakam yang menunjukkan Saiful bertugas seperti biasa iaitu pada 27 Jun 2008 sebagai pembancuh kopi dalam satu mesyuarat sehari selepas dakwaan dia diliwat secara paksa!Apa yang lebih menarik walaupun mengadu diliwat secara paksa, Saiful memberitahu mahkamah semalam bahawa dia menyapu minyak pelincir di D _ _ _ _ R nya sebelum mendakwa DSAI meliwatnya.





Nampaknya satu persatu skrip dan adegan Liwat 2 ini mula terbongkar