28 May 2010
DEMONTRASI BANTAH JUDI BOLA DI MELAKA
SOKONG LAH UMNO-BN KALAU NAK MINYAK NAIK
Walaupun Perdana Menteri 1Malaysia kata, suara rakyat akan diambil kira sebelum membuat keputusan sebarang kenaikan harga minyak tetapi itu cuma cakap-cakap politik. Selama ini banyak keputusan kerajaan 1Malaysia yang menafikan hak dan suara rakyat.
Paling terbaru apakah penyerahan dua telaga minyak yang dianggarkan bernilai RM 320 bilion kepada Brunai mengambil kira suara rakyat? Begitu juga dengan penyerahan tanah KTMB di Singapura? Judi bola pula macam mana? Malah parlimen juga tidak dimaklumkan tentang semua keputusan penting yang membawa implikasi cukup besar kepada negara.
Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) berkata dalam tempoh sembilan tahun negara ini boleh bankrap jika terus mengekalkan dasar subsidi juga tidak boleh diterima.
Ini kerana kerajaan Umno-BN membuktikan mereka mempunyai simpanan wang yang melimpah ruah seperti yang dibuktikan dalam pilihanraya kecil yang lalu. Malah kerajaan Umno-BN memiliki wang yang banyak untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan memberi 'saguhati' kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat yang melompat kepada Umno-BN.
Malah pendedahan bahawa zaman Dr. Mahathir dan Pak Lah Perdana Menteri menyebabkan pembaziran ratusan bilion ringgit kepada negara ini membuktikan kerajaan Umno-BN mempunyai banyak duit.
Maka tak ada sebab dan alasan Kerajaan 1Malaysia Umno-BN hendak menaikkan harga minyak seperti jadual yang dicadangkan ini:
2011 - RM2.16
2012 - RM2.20
2013 - RM2.34
2014 - RM2.52
2015 - RM2.60
Tetapi jika kita nak merasa juga harga minyak naik maka jomlah kita pakat-pakat undi Umno-BN lagi dalam pilihanraya akan datang....
26 May 2010
BUKTI UMNO TERLIBAT JATUHKAN SAMY VELLU

Kenyataan anak samy Vellu itu menyebabkan 'pejuang-pejuang' Umno melenting dengan menuduh S.Vell Pari sebagai kurang ajar dan biadab. Mereka termasuk Tan sri Muhyiddin Yassin mendesak agar Samy Vellu meminta anak kesayangAnya itu mengunci mulut.a
Persengketaan dalaman MIC makin 'meriah' apabila Samy Vellu melancarkan Ops Pecat mereka yang tidak sehaluan dengannya. Terbaru bekas timbalan Ketua Pemuda MIC M. Mugilan dan dua angoota CWC MIC. Mugilan yang dipecat menubuhkan Gerakan Anti Samy (GAS). Umno menafikan mereka terlibat menaja GAS, Mugilan pun turut menafikannya.
Tetapi hari ini tak pasal-pasal tembelang UMNO bersekongkol dengan GAS pecah. Menurut Mugilan satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan Ahad ini yang dijangka melibatkan kehadiran lebih 10 ribu penyokongnya. Di mana? Di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putera. Dewan dan bangunan tersebut milik siapa? PAS, PKR atau DAP?
Mana mungkin Umno tak terlibat dalam GAS kalau tidak macam mana GAS boleh guna PWTC? Sepatutnya Umno tak boleh luluskan dewan tersebut sebagai menghormati Samy Vellu dan MIC. Tetapi dewan tersebut diluluskan juga kepada seorang yang kini dilabel sebagai pengkhianat dalam MIC. Saya tak fikir pemimpin atasan Umno tidak menyedari perkara ini.
Semua ini menjadi petunjuk bahawa BN yang diterajui oleh UMNO makin hancur apabila bertelagah sesama sendiri. Mungkin inilah istilah paling tepat perpaduan dan kerjasama erat dalam BN yang dikatakan oleh pemimpin mereka selama ini!
24 May 2010
HALAL JUDI KERANA BANYAK TERMAKAN BUDI
Bagi saya, Umno-BN tidak berupaya untuk menarik semula 'sijil halal' yang diberikan kepada syarikat Berjaya. Jika 'sijil halal' ini ditarik balik bermakna lebih banyak gantirugi atau imbuhan lain terpaksa diberi kepada syarikat Berjaya.
Bukan sesuatu yang rahsia lagi, syarikat milik Berjaya yang menguasai beberapa syarikat judi di negara ini telah banyak menghulurkan 'sedekah' kepada Umno-BN terutama setiap kali pilihanraya. Kalau tidak siapa yang hendak menampung kos pilihanraya Umno-BN yang mencecah ratusan juta ringgit. Itu belum termasuk lagi 'sedekah' kepada Umno-BN setiap kali berlangsung pilihanraya kecil.
Maka, sebagai ganjaran dan balasan Umno-BN terpaksa mengikut sahaja kehendak dan kemahuan syarikat-syarikat besar yang memiliki pelbagai pusat judi dan pertaruhan untuk terus mengembangkan empayar judi mereka di negara ini. Oleh itu mana mungkin Umno-BN berupaya untuk menarik balik 'sijil halal' ini. Semua ini kerana Umno-BN sudah terlalu lama dan banyak berhutang budi. Maka hutang budi dibalas dengan judi!
Maka untuk memastikan syarikat Berjaya dan syarikat lain terus kekal dengan status 'sijil halal' judi ini maka mereka yang menentang seperti demontrasi besar-besarkan yang dirancang bakal berhadapan tindakan keras daripada pihak berkuasa yang hanya mengikut telunjuk pemimpin Umno-BN.
Jadi tidak ada cara lain untuk memastikan 'sijil halal' judi ini ditarik balik selain daripada memastikan Umno-BN tidak lagi diberi kuasa untuk memerintah pada pilihanraya umum akan datang supaya tidak ada lagi 'sijil halal' judi akan diluluskan.
22 May 2010
KHIR TOYO MENGAKU LULUSKAN LEBIH 4500 PUSAT JUDI MASA JADI MB DI SELANGOR !

Pada zaman siapa pusat perjudian tersebut dibina dan diluluskan? Pakatan Rakyat baru memerintah tak sampai pun tiga tahun. Siapa lagi kalau bukan zaman Umno@BN memerintah Selangor! Memang patut pun pemimpin Umno digelar 'Raja Judi'.
Tindakan Khir Toyo bukan sekadar baling batu sembunyi tangan tetapi umpama orang berak tengah jalan kemudian tuduh orang lain!Malah suruh orang lain sapu dan bersih! Patutlah dulu Khir Toyo dulu hadiah penyapu kepada Pegawai daerah di Hulu Selangor. Rupa-rupanya sebagai simbolik membersihkan segala kekotoran dan najis yang kini ditinggalkan oleh Umno sebelum ini sekian lama memerintah Selangor.
Kena siasat juga mana le tahu rumah Khir Toyo di Syeksen 7 Shah Alam yang khabarnya bernilai puluhan juta ringgit datang dari duit judi. Malang sekali nasib rakyat di Selangor yang dibangunkan selama ini bergelumang dengan hasil judi!!! Rakyat fikir sendirilah inilah antara contoh pemimpin yang mendakwa pejuang bangsa dan Melayu di negara ini. Malah dengan muka tak malu mengaku Umno sebagai pembela Islam.
20 May 2010
SPR KATA BOLEH SOGOK MASA PILIHANRAYA!

Menurut Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar , di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, yang secara umum menjurus kepada kesalahan dilakukan oleh calon atau ejen mereka, pihak-pihak lain yang membuat janji pilihan raya termasuk anggota Kabinet tidak boleh didakwa telah melakukan kesalahan menyogok atau melakukan rasuah pilihan raya.
Bagi saya satu kenyataan yang sangat merbahaya yang akan menjadikan pilihanraya di Malaysia akan menjadi pesta rasuah kerana ternyata kini SPR sendiri telah menafsir undang-undang mengikut nafsu dan telunjuk pemimpin Umno-BN bagi memastikan mereka akan membuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.
Kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab dan amat memalukan. Malah SPR cuba tutup sebelah mata dengan mengatakan “Kami tidak boleh melakukan siasatan sebagaimana perkara-perkara lain diperuntukkan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya... kami tiada kuasa (menyiasat).
Kenyataan ini ternyata sebagai satu penghinaan kepada amalan demokrasi di negara ini kerana suruhanjaya ini dilantik untuk mengendali, mengurus dan memastikan perjalanan pilihanraya berlangsung dengan adil dan telus.
Maka amat wajar semua ahli SPR meletak jawatan kerana ternyata mereka sendiri selama ini terang-terang mencabuli dan mengkhianati amanah dan tanggungjawab sebagai sebuah badan bebas seperti yang termaktub apabila dilantik oleh DYMM Agong.
Di samping itu amat wajar BERSIH kembali aktif dan proaktif untuk memastikan drama dan wayang SPR memihak kepada calon Umno-BN tidak lagi berlaku dalam pilihanraya akan datang.
Bagi saya dalam pilihanraya akan datang dalam suasana sokongan rakyat yang sekarang ini semakin melonjak kepada Pakatan Rakyat faktor penghalang utama kemaraan ke Putrajaya ialah SPR. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Umno-BN kekal berkuasa. Mereka sama sekali telah menghakis kepercayaan rakyat kepada amalan demokrasi di negara ini.
17 May 2010
MUHYIDDIN DAPAT HADIAH ISTIMEWA HARI GURU DARI GURU SIBU
Guru-guru di Sibu memberi undi kepada DAP sebagai menghargai pelbagai ganjaran yang ditawarkan kepada guru-guru Sibu. Mungkin juga sebagai tanda 'terima kasih' kerana kerap 'diundang' memenuhi jemputan untuk meramaikan majlis-majlis BN sempena pilihanraya kecil Parlimen Sibu.
Ini juga sebagai tanda terima kasih kepada Menteri Pelajaran kerana menghadiahkan 'kerja lebih masa' kepada guru-guru ketika waktu cuti hujung minggu pada hari sabtu untuk menyapu walaupun ramai guru yang tak mahu. Maka guru-guru Sibu tunggu hingga hari guru untuk hadiah sesuatu kepada Muhyiddin untuk memberi hadiah yang cukup istimewa.
Syabas dan tahniah kepada guru-guru Sibu dan tahniah juga kepada Muhyiddin kerana mendapat hadiah Hari Guru.
16 May 2010
RASMI BN TUMBANG DI SIBU!
DAP : 18 845 UNDI
BN : 18 447 UNDI
BEBAS : 232 UNDI
UNDI DITOLAK : 395 UNDI
KERTAS UNDI TAK DIKEMBALIKAN : 190 UNDI
MAJORITI : 398 UNDI
Pastinya Dato seri Najib, Tan sri Muhyiddin dan Tan sri Taib Mahmud tak lena tidur.Pilihanraya negeri Sarawak akan menyusul tak lama lagi...
BN TEWAS DI SIBU!
DAP - 18,570
BN - 15,980
Bebas- 201
Majoriti - 2,590
Kemenangan di Sibu memberi isyarat yang cukup jelas bahawa BN kini tinggal nyawa-nyawa ikan menjelang pilihanraya umum akan datang. Kemenangan ini sebenarnya adalah kesinambungan sokongan padu pengundi cina kepada Pakatan Rakyat bermula pilihanraya Umum ke 12, pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Hulu Selangor.
Ini jelas menunjukkan isu perkauman melampau yang dimainkan oleh BN khususnya Umno kini makan tuan. BN khususnya Umno kini terpaksa bergantung di kawasan tradisi Melayu seperti di Pahang, Terangganu dan beberapa parlimen di Perak dalam pilihanraya umum akan datang.
Bagi kawasan pengundi cina melebihi 40 - 70% seperti di Pulau Pinang, Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak BN dijangka akan tewas teruk dalam pilihanraya umum akan datang.
Jika trend ini berterusan Pakatan Rakyat dijangka akan menawan beberapa negeri lagi dalam pilihanraya umum akan datang dan mengekalkan lima negeri termasuk wilayah Persekutuan.
Selama ini Sabah dan Sarawak menjadi tali hayat BN di Parlimen dan menguasai Putrajaya. Kini senario tersebut telah berubah. Ini semua jelas menunjukkan bahawa rakyat cukup bijak dan berani dalam membuat keputusan dan perubahan dan tidak lagi termakan dengan propaganda dan projek 'gula-gula' politik atau 'mee segera' BN setiap kali pilihanraya.
Keputusan ini juga membuktikan bahawa tindakan wakil rakyat yang belum 'akil baligh' seperti menurut pandangan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat melompat sebagai wakil rakyat 'bebas' sedikit pun tidak menggugat peluang Pakatan Rakyat untuk mara ke Putrajaya selepas pilihanraya umum ke 13.
Kemenangan ini juga serentak dengan perubahan politik dunia yang menuntut reformasi seperti yang berlaku di England dan Jepun dalam piliharaya negara berkenaan baru-baru ini.
SELAMAT HARI GURU

