15 March 2011

CEROBOH CERAMAH PAS BEKAS OCPD DIARAH BAYAR RM 200 RIBU


Tahniah kepada Dr. Hatta Ramli, sahabat saya saudara Mazlan Yassin dan saudara Nazri kerana setelah sekian lama akhirnya berjaya dalam kes saman terhadap bekas OCPD Polis Rompin, Hanafi Daud kerana menghalang dan menangkap pimpinan PAS terbabit di Markas Pas Desa Teratai Muadzam Shah dalam satu majlis ceramah pada 10 Mei 2004.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuantan, Puan Sazlina Safie membuat keputusan tersebut hari ini setelah Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan menyatakan kepada mahkamah bahawa anak guam beliau bersetuju membayar plaintif-plaintif RM200 ribu.

Kes hari ini ditetapkan untuk perbicaraan taksiran gantirugi.

Pada 26 Ogos 2009, Hakim Datuk Mariana Yahya telah memutuskan bahawa defendan telah menyalahgunakan kuasanya apabila membuat serbuan ke atas markas PAS dan menangkap serta menahan Dr Hatta, Mazlan dan Nazri.

Kes ini sekaligus memberi amaran kepada pasukan keselamatan supaya bertindak mengikut undang-undang tanpa menjadikan diri mereka sebagai kuda tunggangan Umno. Dalam masa yang sama keputusan perbicaraan ini memberi momentum kepada semua pimpinan PAS di semua peringkat untuk terus mengadakan sesi ceramah dan penerangan dari masa ke semasa kepada rakyat yang dahagakan maklumat dan kebenaran.

14 March 2011

UMNO MENGIDAM BULU ANWAR???


Geli hati apabila melihat demontrasi yang dilakukan Umno di seluruh negara. Pastinya ada arahan yang meminta demontrasi itu diadakan. Siapa yang arah kita sendiri boleh fikir. Dari awal lagi rakyat Malaysia tahu kes ini bermotif politik. Perjalanan kes ini pun walaupun belum menuju ke penamat satu persatu mula terdedah watak dan dalang terlibat di sebalik kes ini.

Cukup hebat laungan dan sorak pemuda dan wanita Umno yang mengidam pada bulu Dato seri Anwar Ibrahim. Mengapa hanya bulu Anwar yang mereka tergila-gilakan? Macam mana dengan dua DNA asing yang turut ada dalam rektum Saiful? Mengapa hanya satu sahaja yang menarik minat pendakwaraya dan juga Umno yang dilabel lelaki Y?Bagaimana dengan dua DNA yang boleh dilabel Lelaki X dan Z? Boleh jadi juga DNA Ezam Md Nor atau DNA Ibrahim Ali atau siapa sahaja yang berkemungkinan?

Umno tahu DNA itu merupakan tali hayat mereka. Tanpa DNA itu mungkin masa depan Umno gelap dan berhadapan risiko kekalahan teruk dalam pilihanraya umum akan datang. Walaupun Anwar masih mempunyai bukti alibi bersama beberapa individu lain pada dakwaan masa kejadian, penolakan bukti DNA merupakan satu tamparan kepada pendawaraya dan Umno dalam kes ini.

Belum pernah dalam sejarah perundangan dan mana-mana mahkamah dunia tertuduh boleh dipaksa menyerahkan bukti DNA. Menjadi tanggungjawab pendakwaraya untuk membuktikan kes ini bukan pihak pembela dan tertuduh. Akta Keterangan yang didakwa oleh pendakwaraya dan pencacai Umno hanya melibatkan memberi sampel cop jari dan tandatangan sahaja dan bukan bukti DNA. Tak tahu lah mungkin kerana desakan dari Umno, mahakamah Malaysia akan sekali lagi memecahkan rekod dunia.

P/S : Bacaan dewasa sahaja...

10 March 2011

MACAM MANA SELUAR DALAM SAIFUL DIJUMPAI DI RUMAH TEMAN WANITANYA???


Saya masih ingat lagi sewaktu Saiful Azlan Bukhari keluar daripada 'persembunyian' untuk berhadapan dakwaan liwat2 terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim. Dahinya kelihatan bertompok hitam. Maka ada blog pencacai Umno kata, lihat penampilan terbaru Saiful, dahinya hitam tak mungkin dia bercakap bohong.

Di Mahkamah, sewaktu mula-mula memberi keterangan Saiful mendakwa dirinya muslim yang baik, cuma sengaja tak mandi junub selama dua hari! Di mahkamah juga didedahkan DNA beberapa lelaki dijumpai dalam ...... Saiful. Barang kali di liwat beramai-ramai???

Hari ini watak sebenarnya terdedah lagi siapa Saiful berdahi hitam ini. Soalan saya mudah je, macam mana seluar dalam Saiful boleh dijumpai di rumah teman wanitanya? Adakah teman wanitanya buka kedai dobi???? Sila baca di sini Tak kan itu pun payah nak fikir?

INIKAH AHLI PARLIMEN YANG DIBAYAR RM 1.4 JUTA?

09 March 2011

ISU MURTAD : TERIMA KASIH KERANA MULA BERTINDAK

Apabila blog ini menyiarkan isu murtad, pelbagai reaksi diterima. Ada yang terkejut, ada yang percaya, ramai juga yang tidak percaya dan terdapat juga yang selamba. Apa yang hendak sebutkan di sini isu murtad merupakan isu besar yang membarah di kalangan umat Islam di negara ini. Ia melangkaui sempadan dan ideologi politik.

Apa yang saya harapkan ialah tindakan yang sewajarnya tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran atau pujian. Terdapat ramai juga yang beranggapan saya hendak mempolitikkan isu ini atau mempunyai agenda peribadi. Apa yang saya dapat? Kenaikan pangkat atau habuan wang ringgit?

Allahamdulillah, sehingga hari ini maklumat diterima sudah ada tanda-tanda positif untuk menyelamatkan aqidah pelajar berkenaan walaupun sudah agak terlewat. Blog ini ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak terlibat sama ada dari Jabatan Ketua Menteri,Jabatan Agama Islam Melaka dan Jabatan Pelajaran Negeri.Terima kasih tidak terhingga juga kepada rakan bloggers Pakatan Rakyat yang turut sama mengenengah isu ini. Cuma saya mengharapkan semua pihak yang terlibat benar-benar ikhlas untuk menyelamatkan aqidah pelajar tersebut dan bukan kerana desakan atau arahan daripada pihak yang tertentu. Insyaallah saya akan sentiasa memantau perkembangan yang berlaku kerana ramai kawan di agensi berkenaan yang sedia membantu dan menghulurkan maklumat.

GARA-GARA BUKTI BULU DITOLAK, MUHYIDDIN KATA PR TAK SEBULU


Semalam Mahkamah Tinggi memutuskan bukti DNA dalam kes Liwat 2 ditolak. Antara bahan bukti yang cuba dikaitkan sebelum ialah sehelai bulu dari profil lelaki ‘Y’ yang dikemukakan oleh pendakwaraya. Apabila bukti DNA ditolak, maka bulu itu sudah tak berguna di mahkamah tetapi mungkin boleh diletakkan dalam kotak kaca untuk disimpan di muzium untuk tatapan generasi akan datang.

Apabila bukti bulu ditolak, maka ada pihak yang berbulu. Yang berbulu pastinya mereka yang beria-ia membawa dan menjaja kes ni ke hilir ke hulu. Habis semua pelakon dan pelawak diupah untuk menambah perisa cerita tentang bulu.

Maka tak semena-mena apabila bukti bulu ditolak, maka secara kebetulan barangkali Tan sri Muhyiddin Yassin semalam berkata Pakatan Rakyat tak sebulu. Kenyataan yang dibuat secara terburu-buru tanpa selidek dahulu.

Apakah Muhyiddin cemburu dengan pimpinan Pakatan Rakyat bersatu padu walhal Umno/BN berada dalam keadaan haru biru? Kalau betul-betul Umno/BN kuat dan bersatu silalah buat PRU! Bimbang nanti Muhyiddin dan Umno menangis tak berlagu!

P/S: Maaf untuk bacaan dewasa sahaja...

08 March 2011

BERITA INI MENYEBABKAN UMNO/BN SUSAH HATI


Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah hari ini menolak tiga bahan bukti iaitu botol air mineral, berus gigi dan tuala Good Morning yang menjadi rujukan DNA dalam perbicaraan Liwat 2 melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim. Mahkamah mendapati tiga barang itu diperoleh secara tidak adil. Barang-barang dan perkara yang berkaitan akan ditolak daripada perbicaraan ini,” katanya.Justeru, katanya, sampel DNA yang diperolehi itu juga tidak boleh diterima.

Keputusan ini tak bermakna keyakinan saya pada sistem kehakiman Malaysia sudah berubah. Perbicaraan masih berlangsung macam-macam boleh berlaku.Cuma saya bimbang selepas ini DNA siapa bakal menjadi mangsa? Pastikan anda tidak meninggalkan kesan DNA anda di tempat umum dan terbuka.

Semasa di Kerdau dahulu, banner lelaki Y bakal datang ke kawasan itu tersebar luar dipercayai didalangi oleh Umno. Begitu juga semasa di Merlimau, gambar lucah isu berkenaan menjadi bahan kempen Umno. sekarang apa lagi modal Umno? Tak habis-habis nak sebar cerita dan gambar lucah?

Keputusan Hakim itu juga menyebabkan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan, meskipun beliau mempunyai tiga saksi lagi.Kita tunggu apa lagi drama yang seterusnya...

DALAM POLITIK BOHONG, ISU BOLA PUN NAK KELENTONG


Inilah watak sebenar ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim yang melompat menjadi wakil rakyat bebas ( Umno). Siapa tak kenal beliau segala macam pembohongan dan sumpah seranah dilemparkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat apabila keluar kerana agenda peribadi yang gagal dipenuhi.

Bagi sesetengah orang, biasalah politik nak cari makan! Kalau bergelumang dalam politik sanggup menipu ini kan pula bila berada di luar politik.

Penipuan yang dibongkar melibatkan Zahrain bukan dilakukan oleh media pro Pakatan Rakyat tetapi oleh media yang terang-terang berkiblatkan Umno/BN. Media Online Kosmo hari ini mendedahkan bahawa kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim bahawa tiada isu gaji tertunggak melibatkan pemain-pemain skuad Liga Premier Pulau Pinang merupakan satu pembohongan.

Ini kerana, para pemain Pulau Pinang sebenarnya ketika ini sedang menanggung sengsara akibat gaji mereka bagi bulan Januari dan Februari masih belum diterima sehingga semalam.

“Saya sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan Presiden FAP dalam akhbar hari ini (semalam). Ia sama sekali tidak benar kerana dia kata tidak timbul isu gaji tertunggak. Ia bohong.

“Malah pemain sebenarnya turut dianiaya oleh FAP. Pada awal musim, mereka dijanjikan gaji sekitar RM3,500 hingga RM4,000 sebulan.

“Tapi sehari sebelum tarikh tutup pendaftaran, nilai gaji dalam kontrak hanyalah RM2,000 sebulan bagi setiap pemain,”.

Dalam keadaan macam tu pun ramai yang percaya pada beliau, buktinya dalam beberapa siri PRK baru-baru ini beliau seolah-olah menjadi penceramah tetap Umno/BN. Malah ramai lagi yang sewaktu dengan Zaharain, kini dilabel sebagai penceramah 'popular' Umno/BN untuk menyerang Pakatan Rakyat. Mereka sanggup memperalatkan golongan seperti ini atau melakukan apa sahaja tanpa mengira halal haram, yang penting kekal berkuasa dan menang pilihanraya.

RAMAI MENGELABAH APABILA ISU MURTAD DIBANGKITKAN

Apabila blog ini mendedahkan isu murtad yang berlaku di SMKA Sharifah Rodziah sebelum ini ramai yang menyerang blog ini melalui komen-komen yang saya tidak dapat siarkan kerana menggunakan bahasa yang tak beradab dan mempunyai agenda tersembunyi atau apa-apa kepentingan di sebaliknya.

Mengapa mereka mengelabah dan cuba menyembunyikan isu ini? Adakah mereka bimbang imej sekolah tercalar daripada menyelamatkan aqidah pelajar berkenaan? Adakah mereka mendapat arahan daripada pihak tertentu agar isu ini dirahsiakan dan disembunyikan di bawah tikar?Maklumat terkini yang saya perolehi malam tadi, isu ini sudah berlarutan sejak pelajar berkenaan berada di tahun 6 dan sekarang sudah tingkatan lima! Mengapa setelah blog ini dedahkan baru ramai yang rasa tergugat? Apa yang dilakukan sewaktu usia pelajar berkenaan masih muda?

Walaupun pelajar berkenaan telah berpindah ke sebuah sekolah ternama di bandaraya Melaka, masih belum terlambat untuk menyelamatkan aqidah pelajar berkenaan. Kalau kerajaan boleh menubuhkan pusat pemulihan aqidah untuk pengikut Ayah Pin dan serpihan Al Arqam, mengapa membisu dalam isu ini?

Saya menunggu apa yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Melaka dalam isu ini?Tak perlu nak menyerang blog ini. Apa yang saya nak katakan walaupun blog ini tidak bernama tetapi saya tidak akan tunduk ugutan dan tidak lemah kepada cercaan.

06 March 2011

ADA SESIAPA TERKEJUT PAS KALAH DI KERDAU DAN MERLIMAU?

Keputusan tak rasmi Pas tewas di kerdau dan Merlimau.Sejak awal-awal lagi Pas meletakkan peluang yang agak sukar untuk menang di Kerdau dan Merlimau. Habis tu kenapa Pas bertanding? Suara ini bukan datang bukan sahaja daripada luar Pas tetapi kedengaran dari dalam Pas sendiri yang 'separuh masak' dengan perjuangan Pas.

Kalah menang bukan matlamat utama Pas, tetapi keredhaan Allah yang dicari selain daripada meneruskan kesinambungan perjuangan yang dibawa oleh Nabi SAW. Kalau kekalahan diukur sebagai kegagalan Pas, maka Nabi Nuh a.s gagal, Nabi Ibrahim as gagal malah Nabi SAW sendiri gagal kerana bapa saudara yang amat dikasihi baginda sehingga akhir hayat tidak beriman kepada Allah SWT.

Penyertaan Pas adalah misi dakwah selain menyampaikan suara rakyat serta membuat 'check and balance' supaya Umno/BN tidak melakukan tindak tanduk beraja di mata dan bersultan di hati dalam mentadbir negara. Penyertaan Pas dalam pilihanraya sama ada PRK atau PRU menyebabkan rakyat tahu segala bentu skandal, pembohongan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Umno/BN.

Selain itu juga Pas turut mencapai kejayaan besar apabila konsep 'Memasyarakatkan Pas' yang dipopularkan oleh Almarhum Ustaz Dato Fadzil Noor diterima baik dengan penjenamaan semula melalui slogan 'Pas For All'. Siapa terfikir perjuangan dan wadah Pas diterima dengan sambutan hebat penduduk Cina, India dan bangsa lain di negara ini? Bukankah itu satu kejayaan besar kepada Pas?

Satu aspek perlu diperhatikan undi tradisi Pas di Merlimau dan Kerdau tidak terjejas. Senario PRU dan PRK adalah jauh berbeza. Masa depan Pas cukup cerah dan bersinar. Kepada semua lapisan dalam Pas teruskan perjuangan dan iltizam. Tidak ada istilah kalah dalam kamus pejuang Pas. Yakinlah janji Allah pasti benar, lipat gandakan perjuangan, doa dan gerak kerja untuk memenuhi syarat dan janji Allah SWT.