26 March 2011

SIAPA PERCAYA UMNO TAK TERLIBAT DALAM FITNAH VIDEO SEKS ANWAR?

Pada peringkat awal penerbitan Video Seks Fitnah yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim, pemimpin Umno seperti bersorak dan bertepuk tangan dalam soal ini. Maka keluar kenyataan daripada beberapa orang Menteri dalam Umno yang menambah perisa dengan memburukkan Anwar.

Nada mereka hampir serupa... Maka sekali lagi berlaku demontrasi di merata tempat di negara ini. Akhbar dan media milik Umno seperti Utusan dan TV3 bergegar-gegar memburukkan Anwar. Anwar dimalu dan diaibkan sedemikian rupa untuk menggambarkan betapa tidak bermoralnya Anwar. Ada yang yang kata ada 18 video lucah, ada yang minta Anwar serah pasport, ada yang kata 110% betul dan tidak kurang juga yang mendesak Anwar meletak jawatan.

Setelah menyerang Anwar dari pelbagai sudut dan dakwaan tak masuk akal tiba-tiba Umno kata mereka tak terlibat! Siapa yang nak percaya? Bermula dari awal sehingga hari ini jelas menunjukkan bahawa Umno dan pemimpin mereka menjadi dalang dalam fitnah video seks ini. Umno seolah-olah cuba cuci tangan apabila isu ini menjadi senjata makan tuan.

Jika tidak berlaku pembongkaran berserta bukti dan saksi saya yakin Umno terus akan menjaja dan menokok tambah untuk memburukkan Anwar. Umno ternyata cukup tertekan dengan isu ini sehingga memaksa Dato Seri Najib semalam menafikan Umno terlibat. Umno kena bertanggungjawab 110% atas tangan dan perbuatan jijik mereka selama ini. Tunggu sahaja hukuman rakyat pada pilihanraya Negeri Sarawak dan pilihanraya umum akan datang. Terima kasih dan tahniah kepada penerbit dan produser video lucah dalam Umno yang terlibat menjayakan video seks ini. Harap-harap filem ini akan menjadi Box Office memecahkan rekod pecah panggung Rahim Tamby Chik dan Chua Soi Lek!

24 March 2011

VIDEO LUCAH HILLARY CLINTON DI MALAYSIA?


Hotel Malaysia dah tak selamat. Hak dan kebebasan privasi rakyat Malaysia kini dengan mudah dicabul sewenang-wenangnya. Isu video lucah yang didalangi oleh Umno di sebuah hotel di negara ini menunjukkan sudah tidak selamat untuk menginap di mana-mana hotel di Malaysia.

Kemungkinan besar ada berpuluh koleksi video lucah dalam simpanan Dato T yang melibatkan pemimpin negara luar yang pernah melawat Malaysia. Tak mustahil ada video tentang Hillary Clinton. Lebih-lebih lagi apabila perakam dan penyebar video lucah kini mendapat keistimewaan dan kekebalan di Malaysia. Mengapa sehingga hari ini dalang video lucah tidak ditangkap dan didakwa. Undang-undang apa ini?

23 March 2011

TUAN PENASIHAT..RANCANGAN KITA GAGAL LAGI...


Hari ini dalang yang menyebarkan video lucah terbongkar. Ternyata ketiga-tiganya adalah orang kuat Umno. Dari ketiga-tiga orang produser video lucah tu, saya cukup berminat dengan Rahim Tamby Chik yang cukup terkenal di Melaka. Terkenal kerana dikenali cukup fobia dengan orang perempuan berdahi licin. Terkenal juga dengan kes dengan perempuan Portugis dan juga budak bawah umur. Inilah baru betul 1Malaysia, bukan sekadar Melayu, Portugis pun dia sapu. Sehingga ada seorang kawan buat lawak beritahu, Rahim Tamby Chik ni OK, cuma Rahim kecik je yang tak ok...

Apabila YB Sungai Petani, Johari Abdul mendedahkan dalang video lucah yang menggelarkan diri mereka Datuk T, rupa-rupanya YB Sungai Petani itu silap. Bukan Datuk T, tetapi 3 abdul....Maka kedengaranlah suara ... Tuan Penasihat rancangan kita gagal lagi.... tak guna punya Abdul Wahub...Barulah kelam kabut buat sidang media...dah terlambat...dah kontoi...kata bebudak sekarang...

Rupa-rupanya inilah cara untuk memburukkan Dato Seri Anwar agar YB-YB dalam Pakatan Rakyat melompat. Patutlah Zulkifli Nordin kata 110% Anwar...sebab dia dah tengok dulu...patutlah kopiahnya makin senget...

Seorang yang kini bergelar 'ustazah' dalam Umno Cik Puan Umi Hafilda ( sebab tak diketahui statusnya) kata bukan satu tapi ada 18...siap kata dia ada peluru perpandu untuk serang Anwar dan abangnya YB Azmin Ali. Maknanya Carcosa Seri Negara akan terus meriah selepas ini dengan tayangan video lucah secara percuma. Boleh jadi semua filem lucah berkenaan akan diterbitkan sebelum atau semasa pilihanraya umum ke 13 nanti. Kita tunggulah filem mana akan jadi Box Office....Dengar cerita ada juga filem lain yang tak kurang hebat....Antara tajuk filem yang bakal disiarkan ialah ' kenangan Indah di Port Dickson dan Malang Nasib Gadis Monggolia...

22 March 2011

NAZRI AZIZ KATA TAK SALAH TENGOK VIDEO LUCAH???


Isu video lucah ibarat senjata makan tua apabila Dato Seri Anwar hari ini secara terbuka bahawa Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dan Dato Hishamuddin terilbat dengan video lucah yang disiarkan semalam. Sumber klik sini.

Isu ini saya biarkan rakyat Malaysia untuk menilainya. Apa yang lebih mengejutkan saya apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dalam satu kenyataan hari ini berkata tak salah menonton video lucah.Menurut Nazri.... Mengulas penayangan video seks itu di sebuah hotel semalam, menteri yang bertanggungjawab dalam bidang undang-undang itu berkata bukanlah sesuatu yang salah untuk pihak di belakang semua itu menunjukkan video kepada wartawan dan penyunting. Maklumat lanjut baca sini

Kalau macam tu kalau budak sekolah bawa video lucah ke sekolah untuk tunjuk pada kawan-kawannya, maka budak tu tak boleh dikenakan tindakan disiplin kerana dia cuma nak kawan-kawannya di sekolah ambil ikhtibar dan pengajaran. Apa yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan....Tak begitu Dato Nazri???? Maka tak peliklah kalau anaknya jadi macam ini

Saya rasa pengetua sekolah Mengandung di Melaka tentu senyum dan sependapat dengan Nazri.

Menonton video lucah tak salah? Saya rasa elok Nazri buka balik kitab undang-undang di Malaysia.

Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998
Melarang penyebaran bahan berunsur kesat/lucah melalui kenyataan undang-undang tertentu (Seksyen 211 dan 233) dan penyelarasan industri di bawah Kod Kandungan (Content Code).
Klasifikasi Kod Kandungan
Forum Kandungan Komunikasi Multimedia Malaysia berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;• Kandungan lucah – perbuatan berunsurkan seks secara nyata, pornografi, pornografi kanak-kanak;
• Kandungan tidak bermoral – lucah, tidak bermoral;
• Kandungan berbentuk ancaman – propaganda menghasut, menanam kebencian, mengancam keselamatan negara, kesihatan dan keselamatan awam;
• Bahasa kesat – ucapan yang menghasut, keganasan;
• Kandungan salah/tidak tepat – salah, mengelirukan.


MARI BELAJAR BAGAIMANA ANWAR BUAT KERJA 3 DALAM 1

Saya mencadangkan agar Zulkifli Nordin yang kata 110% video lucah semalam adalah Dato Seri Anwar supaya belajar bagaimana Anwar boleh buat kerja 3 dalam 1. Melanggani pelacur sambil bergurau senda bersama keluarga dan anak cucu serta boleh melayari Twitter dan Face book. Hebatkan? Kalau nak fitnah pun patut-patutlah....Tak takut dosa pahala ke? Macam mana Zulkifli Nordin kata 110% sama? Polis pun tak siasat lagi? Sumber klik sini

"AKAN PERTAHANKAN PUTRAJAYA DENGAN APA SAHAJA...." TERMASUK DNA DAN VIDEO ???

21 March 2011

UMNO-BN AKAN ROSAKKAN MINDA RAKYAT DENGAN CERITA LUCAH SELAGI BERKUASA

Rakyat di negara ini wajib menukar kerajaan Umno-BN yang ada pada hari ini jika tidak mahu anak-anak dan juga generasi hari ini dan akan datang dirosakkan dengan cerita-cerita berunsur lucah.

Selama ini generasi muda di negara ini didedahkan dengan cerita seks melampau yang dihalalkan oleh Umno-BN melalui Konspirasi Liwat 1. Macam-macam istilah lucah dan cerita-cerita dalam kelambu dihidangkan kepada rakyat di negara ini.

Apabila Liwat 1 gagal, muncul pula Liwat 2. Maka sekali lagi golongan mudah ditayangkan cerita lucah percuma tanpa sebarang sensor daripada Finas. Namun Liwat 2 juga tidak memuaskan hati mereka. Walapun puak-puak dalam Umno-BN menjadi seperti hantu polong terpekik terlolong kemaruk kepada DNA Dato Seri Anwar itu juga tidak cukup memuaskan hari mereka.

Maka, hari ini ada pula Video Seks Anwar yang kononnya dirakam di sebuah SPA. Maka iklan percuma yang dibuat di Seri Carcosa rumah rasmi tetamu kerajaan akan terus menjerumuskan generasi muda ke lembah hina. Menggunakan rumah tetamu milik kerajaan sudah cukup memberi gambaran bahawa kerja menyebarkan video lucah ini didalangi dan direstui pimpinan pihak tertinggi.

Seolah-olah kebetulan pula, video lucah itu dilancarkan serentak dengan pembubaran DUN Sarawak. Niat jahat ini makin terserlah apabila hanya wartawan pro Umno-BN diberi tiket ekslusif secara percuma.

Adakah ini yang kita hendak pertontonkan pada rakyat khususnya generasi muda di negara ini? Selagi Umno-BN dibiarkan berkuasa lebih banyak unsur kelucahan melampau akan dilakukan semata-mata kerana takut hilang kuasa. Mereka akan lakukan apa sahaja tanpa mengira halal dan haram. Umno-BN kini dalam keadaan nazak, kenaikan harga minyak dunia semakin menghimpit dan mengeringkan rizab dan simpanan negara. Kerajaan Umno BN yang boros berbelanja dan terlibat dengan pelbagai penyelewengan tidak mampu lagi bertahan. Kalau nak naik harga minyak sekarang, rakyat akan naik minyak dan menyebabkan Umno-BN tidak popular. Maka fikiran rakyat perlu dipesongkan. Umno-BN kena buat sesuatu untuk dapat mandat besar rakyat. Pilihanraya perlu diadakan segera. Maka tanpa DNA video pun bolehlah!!!!

16 March 2011

NAJIB JUGA WAJIB SERAH DNA


Dua tiga hari ini meriah betul demontrasi anjuran Umno di sana sini. Semua ini kerana kemaruk kepada DNA Dato Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan yang sedang dihadapinya. Walaupun berhadapan dengan pelbagai fitnah dan tohmahan Anwar berani tampil di mahkamah mempertahankan dirinya. Boleh saja kalau Anwar nak lari keluar negara seperti Raja Petra dan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam tetapi beliau memilih untuk tampil ke mahkamah untuk membuktikan segala dakwaan ke atasnya adalah fitnah dan palsu belaka.

Sehingga hari ini segala tindakannya dalam perbicaraan ini adalah berdasarkan peruntukan undang-undang. Peguamnya berhujah secara ilmiah dan fakta bukannya berhujah macam lawyer buruk.

Apabila mahkamah yang digunakan oleh mereka yang mengheret Anwar dalam kes ini menolak bukti DNA maka puak-puak ini mula kepanasan. Seperti yang saya katakan sebelum ini, perbicaraan ini bukan sekadar pertembungan peribadi antara tokoh politik dalam negara tetapi menjadi penentu dan survival Umno/BN pada masa depan dalam pilihanraya. Bebasnya Anwar ibrarat malapetaka besar bagi Umno/BN.

Jadi tak peliklah, apabila mahkamah membuat keputusan tidak memihak kepada mereka, mereka yang menjadi dalang kospirasi ini memperalatakan anak buah mereka untuk berdemontrasi kononnya untuk menengakkan keadilan dan membuktikan kebenaran.

Anwar mereka minta serah DNA untuk buktikan dirinya tak bersalah. Bagaimana pula dengan Dato Seri Najib? Walaupun dua orang tertuduh telah menerima hukuman tetapi ia masih lagi tidak mampu mengubah dan persepsi masyarakat bahawa Najib terlibat dalam kes Altantuya.

Maka cara terbaik kalau mengikut formula Umno, Najib kena serah DNA buktikan dirinya tidak bersalah. Buktikan anak Altantuya di Monggolia tidak mempunyai spesis darah sama dengannya. Buktikan dirnya bercakap benar, kalau sekadar bersumpah semua orang boleh buat. Kalau sekadar sumpah boleh membersihkan nama dan menolak dakwaan bersalah tidak perlu susah payah Anwar ke mahkamah.

Selagi Najib tidak membuktikan dirinya suci dan bersih dengan menyerah DNA maka selagi itu persepsi atau tanggapan umum masyarakat tidak berubah bahawa Najib terlibat dalam kes Altantuya.

15 March 2011

CEROBOH CERAMAH PAS BEKAS OCPD DIARAH BAYAR RM 200 RIBU


Tahniah kepada Dr. Hatta Ramli, sahabat saya saudara Mazlan Yassin dan saudara Nazri kerana setelah sekian lama akhirnya berjaya dalam kes saman terhadap bekas OCPD Polis Rompin, Hanafi Daud kerana menghalang dan menangkap pimpinan PAS terbabit di Markas Pas Desa Teratai Muadzam Shah dalam satu majlis ceramah pada 10 Mei 2004.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuantan, Puan Sazlina Safie membuat keputusan tersebut hari ini setelah Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan menyatakan kepada mahkamah bahawa anak guam beliau bersetuju membayar plaintif-plaintif RM200 ribu.

Kes hari ini ditetapkan untuk perbicaraan taksiran gantirugi.

Pada 26 Ogos 2009, Hakim Datuk Mariana Yahya telah memutuskan bahawa defendan telah menyalahgunakan kuasanya apabila membuat serbuan ke atas markas PAS dan menangkap serta menahan Dr Hatta, Mazlan dan Nazri.

Kes ini sekaligus memberi amaran kepada pasukan keselamatan supaya bertindak mengikut undang-undang tanpa menjadikan diri mereka sebagai kuda tunggangan Umno. Dalam masa yang sama keputusan perbicaraan ini memberi momentum kepada semua pimpinan PAS di semua peringkat untuk terus mengadakan sesi ceramah dan penerangan dari masa ke semasa kepada rakyat yang dahagakan maklumat dan kebenaran.

14 March 2011

UMNO MENGIDAM BULU ANWAR???


Geli hati apabila melihat demontrasi yang dilakukan Umno di seluruh negara. Pastinya ada arahan yang meminta demontrasi itu diadakan. Siapa yang arah kita sendiri boleh fikir. Dari awal lagi rakyat Malaysia tahu kes ini bermotif politik. Perjalanan kes ini pun walaupun belum menuju ke penamat satu persatu mula terdedah watak dan dalang terlibat di sebalik kes ini.

Cukup hebat laungan dan sorak pemuda dan wanita Umno yang mengidam pada bulu Dato seri Anwar Ibrahim. Mengapa hanya bulu Anwar yang mereka tergila-gilakan? Macam mana dengan dua DNA asing yang turut ada dalam rektum Saiful? Mengapa hanya satu sahaja yang menarik minat pendakwaraya dan juga Umno yang dilabel lelaki Y?Bagaimana dengan dua DNA yang boleh dilabel Lelaki X dan Z? Boleh jadi juga DNA Ezam Md Nor atau DNA Ibrahim Ali atau siapa sahaja yang berkemungkinan?

Umno tahu DNA itu merupakan tali hayat mereka. Tanpa DNA itu mungkin masa depan Umno gelap dan berhadapan risiko kekalahan teruk dalam pilihanraya umum akan datang. Walaupun Anwar masih mempunyai bukti alibi bersama beberapa individu lain pada dakwaan masa kejadian, penolakan bukti DNA merupakan satu tamparan kepada pendawaraya dan Umno dalam kes ini.

Belum pernah dalam sejarah perundangan dan mana-mana mahkamah dunia tertuduh boleh dipaksa menyerahkan bukti DNA. Menjadi tanggungjawab pendakwaraya untuk membuktikan kes ini bukan pihak pembela dan tertuduh. Akta Keterangan yang didakwa oleh pendakwaraya dan pencacai Umno hanya melibatkan memberi sampel cop jari dan tandatangan sahaja dan bukan bukti DNA. Tak tahu lah mungkin kerana desakan dari Umno, mahakamah Malaysia akan sekali lagi memecahkan rekod dunia.

P/S : Bacaan dewasa sahaja...