05 April 2009

NAJIB TERDESAK PULIH IMEJ


Semua seperti serba tidak kena dengan Dato Seri Najib, PM Malaysia ke 6 dalam memulihkan imej dan pesonaliti beliau setelah dilantik sebagai PM.

Selepas dilantik menjadi PM, Najib ditontonkan dalam media massa mencium tangan ibunya untuk menggambarkan Najib seorang anak yang 'solleh'. sebelah malamnya diambil pula gambar mengerjakan solat berjemaah di rumah untuk menampilkan imej 'kewarakan' Najib.

Semalam beliau agak marah-marah apabila dituduh mengambil tindakan populis dengan membebaskan 13 tahanan ISA dan menarik sekatan keatas Harakah dan Suara Keadilan.

Apabila beliau membuat 'lawatan mengejut' ke sekitar Kuala Lumpur semalam, hari ini beliau digambarkan sebagai PM berjiwa rakyat dalam tajuk muka depan beberapa akhbar utama.

Jika Pak Lah sebelum ini selepas baru dilantik menjadi PM, menunjukkan imej keturunan ulama dengan menjadi imam solat Dzhuhor, teringin rasanya melihat Najib menjadi imam dalam solat Maghrib atau Isyak di mana-mana masjid dalam kawasan pilihanraya kecil yang sedang berlangsung sekarang. Kemudian boleh sampaikan tazkirah sementara menunggu waktu Isyak. Mungkin tajuk yang sesuai ialah bahaya rasuah, kewajipan menutup aurat atau tajuk tujuh dosa besar!

Apa yang dilakukan, seolah-olah Najib cukup terdesak untuk memulihkan imej dan menutup pelbagai dakwaan salah laku yang melibatkan beliau. Tetapi ibarat kata pepatah Melayu, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Lebih-lebih lagi kalau ia dibuat berulang-ulang kali!

04 April 2009

CABARAN KEPADA DS NAJIB


Cukup banyak yang diperkatakan dengan 3 dasar 'penting' Dato' Seri Najib dalam ucapan sulung sebagai PM ke 6. Ramai yang memuji, ramai yang berhati-hati dan tidak kurang juga yang 'tolak tepi' dasar 'baru' yang diumumkan Najib semalam.

Terus terang walaupun saya berterima kasih dengan 3 langkah yang diumumkan semalam, saya tetap menganggap ia sebagai projek 'mee segera' dan 'gula-gula politik'. Jika Najib betul-betul ingin membuat pembaharuan dan memulihkan demokrasi dan imej beliau yang tercalar selama ini saya mencabar beliau melaksanakan langkah berikut :

1. Membenarkan Pakatan Rakyat memiliki akhbar harian.
2. Media massa khususnya TV dibebaskan dari cengkaman pemerintah Umno@BN. Jika enggan, benarkan pakatan Rakyat memiliki stesen TV sendiri.
3. Hapuskan semua akta-akta yang bertentangan dengan prinsip demokrasi, keadilan dan hak asasi manusia seperti ISA, OSA, AUKU dan Akta Hasutan.
4. Membebaskan sepenuhnya kuasa kehakiman dan perundangan daripada kuasa eksekutif (kerajaan yang memerintah).
5.Bebaskan semua tahanan ISA
6. Membenarkan semua kakitangan kerajaan bergiat aktif dalam politik.
7. Membebaskan SPRM daripada arahan eksekutif / kerajaan.
8. Mansuhkan serta merta pelaksanaan PPSMI

03 April 2009

PROJEK 'MEE SEGERA' DARI PM BARU ???


Sekoyong-koyong Dato' Seri Najib dilantik sebagai memanda Perdana Menteri ke 6, maka beliau mengumumkan langkah yang disifatkan oleh segelintir pihak sebagai tamparan kepada Pakatan Rakyat. Langkah-langkah 'pembaharuan' tersebut di antaranya ialah membebaskan 13 tahanan ISA serta merta termasuk dua tahanan Hindraf, menarik semula 'larangan' terhadap Harakah dan Suara Keadilan serta kajian semula terhadap pelaksanaan ISA.

Bagi saya ia bukan tamparan kepada Pakatan Rakyat tetapi tamparan dan sindiran kepada kepimpinan Pak Lah sebelum ini. Langkah ini menunjukkan bahawa seolah-olah Najib lebih mempunyai sifat 'keperimanusiaan' berbanding Pak Lah.

Apa yang dituntut dan diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat selama ini ialah mansuhkan ISA secara total. Bukan hanya membebaskan 13 orang sahaja seperti tindakan sekarang.Bicarakan mereka di mahkamah terbuka. Masih ramai lagi yang menderita dan terseksa dalam Kem Tahanan Kamunting. Begitu juga dengan penarikan permit Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan itu memang sudah menjadi hak Pakatan Rakyat dalam negara yang menjunjung prinsip demokrasi.

Adakah Najib berani dengan melaksanakan dasar yang dituntut oleh rakyat sekian lama? Membenarkan himpunan aman dalam negara demokrasi, menghapuskan akta zalim seperti Akta Hasutan, OSA dan AUKU? Adakah Najib bersedia untuk membersihkan namanya dengan mewujudkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat isu Altantuya dan komisyen kapal selam?

Adakah itu dinamakan pembaharuan atau projek 'mee segera' sama-samalah kita lihat perkembangan yang seterusnya. Umum mengetahui peribadi Najib yang dipersoalkan bukan sahaja oleh rakyat dalam negara tetapi juga pelbagai media antarabangsa. Lebih-lebih lagi sekarang sedang berlangsung tiga pilihanraya kecil serentak yang menjadi pengukur penerimaan rakyat kepada Najib sebagai PM baru serta isyarat suara rakyat berkaitan isu semasa yang sedang panas di dalam negara.

Justeru itu adalah sangat penting untuk Najib untuk cuba mengikis dan menutup segala dakwaan skandal dan penyelewengan yang dihadapi selama ini dengan melaksanakan dasar yang menunjukkan bahawa segala tuduhan dan dakwaan sebelum ini seolah-olah silap.

Seperti biasa media pro Umno@BN akan berusaha sedaya upaya untuk menggambarkan kebaikan dan 'kewarakan' Najib sebagai Perdana Menteri baru untuk menutup pelbagai dakwaan yang dihadapi.

Walau bagaimanapun saya tetap berterima kasih dengan langkah Najib 'membebaskan' 13 tahanan ISA dan 'membebaskan' media milik PAS dan PKR.

TAHNIAH NAJIB, TAKZIAH BUAT RAKYAT MALAYSIA


Tahniah akhirnya Dato seri Najib dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6. Lengkap sudahlah teori RAHMAN yang menjadi teka teki selama ini.

Takziah pula kepada rakyat Malaysia kerana anda kini diterajui oleh seorang Perdana Menteri yang paling kontorversi dalam sejarah Malaysia. Belum pernah dalam sejarah moden dunia, seorang Perdana Menteri dipilih di kalangan mereka yang dikaitkan dengan pelbagai skandal dan penyelewengan.

Malah negara haram Israel pun , tidak teragak-agak untuk mengheret presiden mereka ke muka pengadilan kerana terlibat dengan skandal dan jenayah.

Belum pernah dalam sejarah politik Malaysia, ahli parlimen pembangkang atau Pakatan Rakyat sebulat suara menolak calon perdana Menteri daripada parti yang menguasai majoriti di parlimen.Apa-apapun apa yang ingin dielakkan telah pun berlaku. Kepada pejuang keadilan dan cintakan kebenaran ia ibarat satu mimpi ngeri yang telah menjadi kenyataan.

Ada yang berpendapat berilah Najib peluang, masih terlalu awal untuk menilai dan menghukum beliau. Bagi saya peluang itu boleh diberi kalau sebelum ini Najib adalah seorang yang suci dan bersih dari pelbagai dakwaan.

Kita sama-sama tunggu apakah berita 'gempar' yang akan diumumkan oleh DSAI esok di Bukit Selambau. Adakah ia akan kembali membawa sinar kepada rakyat di negara ini yang suram atas pelantikan Najib? Sama-samalah kita nantikan esok.

02 April 2009

BN MASIH TAK INSAF DENGAN PROJEK MEE SEGERA

Dalam ucapan di Persidangan Agong Umno DS Najib meminta agar Umno menghentikan 'projek mee segera' setiap kali pilihanraya berlangsung. Menurut beliau, taktik itu sudah lapuk dan ketinggalan zaman.

Walau bagaimanapun Umno hanya pandai bercakap je, tetapi pelaksanaan hampehh...Seolah-olah tak mengambil pengajaran 'tulah' yang menimpa calon BN di Bukit Selambau yang ditimpa kemalangan akibat projek jalan 'mee segera' yang dibuat oleh BN sendiri sempena pilihanraya.

Terkini Tan Sri Muhamammad Md Taib mengumumkan 'ole-ole' kepada 150 keluarga miskin tegar di Bukit Gantang. Kita akan bina 154 buah rumah dan kita akan beri secara percuma (kepada golongan miskin)," kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Beliau, juga ketua penerangan Umno, mengumumkan bantuan itu di program ramah mesra kementeriannya di Kampung Air Tin, DUN Changkat Jering pada hari kelima kehangatan kempen pilihanraya kecil parlimen tersebut pagi tadi.

Nak tolong orang miskin tolonglah, dialu-alukan tetapi kenapa hanya sibuk-sibuk dalam kawasan pilihanraya kecil di Bukit Gantang sahaja? Walhal masih ramai lagi golongan fakir dan miskin yang merempat memerlukan bantuan dan perhatian kerajaan.

Semua ini menjadi bukti bahawa umno@BN hipokrit dalam menolong dan membantu rakyat!

DYMM AGONG TIDAK PERKENAN NAJIB SEBAGAI PM?


Maklumat terkini yang diterima, DYMM Agong dikatakan meminta agar pelantikan Najib sebagai PM ke 6 ditangguhkan. Insyallah maklumat terkini akan menyusul selepas segala maklumat disahkan.

Sekiranya berita ini benar seperti maklumat yang diterima ini merupakan satu kemenangan rakyat dan satu tamparan yang paling hebat kepada DS Najib dan kepada umno@BN.

BUKTI SAHIH!!! POLIS TERLIBAT DALAM KEMPEN UMNO@BN


Selama ini pihak polis dalam mana-mana Pilihanraya Umum dan Pilihanraya Kecil sering menolak dakwaan bahawa mereka terlibat dalam menyebelahi Umno@BN dan bertindak berat sebelah kepada pakatan Rakyat.

Di antaranya dakwaan kelulusan permit yang berat sebelah, polis menghalang ceramah dan mengugut dengan pelbagai akta seperti Akta Polis dan Akta Hasutan kepada Pakatan Rakyat.

Terbaru dalam arahan pelik dari polis melarang isu Altantuya dan tindakan Sultan Perak dibangkitkan dalam PRU Bukit Gantang. Apa yang lebih pelik dan ajaib, larangan itu hanya berfokus di Bukit Gantang sahaja tetapi masih belum ada arahan bagi kawasan PRK di Bukit Selambau dan Batang Ai.

Hari ini Pakatan Rakyat menunjukkan bukti bahawa polis melalui FRU telah diperalatkan oleh Umno@BN untuk tampal poster Umno@BN !Perkara ini didedahkan oleh Timbalan Presiden Pas Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam satu sidang akhbar. Beliau secara menyindir memberitahu bahawa Pas juga berminat untuk membayar kepada polis jika turut berminat membantu mengawal petugas-petugas piliahnraya Pas dan Pakatan Rakyat yang terlibat dalam menampal poster.

Apakah ini bidang tugas baru Polis Diraja Malaysia? Elok rasanya nama itu ditukar kepada Polis UmnO@BN Malaysia. Adakah hanya orang Umno@BN yang menjadi pembayar cukai untuk membayar gaji polis berkenaan? Jelas wujud salah guna kuasa di sini. Adakah SPRM tidak berminat untuk menyiasat dan mengambil tindakan? Ohh..lupa, SPRM hanya berminat dengan kes-kes yang berkaitan lembu sahaja.!



01 April 2009

KHIR TOYO KE DISNEYLAND TARIK PELABUR?


Tembelang mantan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo terus dibongkar oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Terbaru Khir Toyo didapati telah menggunakan dana milik PNSB milik penuh Kerajaan Selangor sebanyak RM 1.6 juta untuk membiayai lawatan bersama keluarganya untuk menarik 'pelabur' di Paris dan Disneyland di Orlando. Perkara ini diumumkan dalam keterangan yang diberikan oleh CEO PNSB kepada panel sisatan yang ditubuhkan,

Tahniah dan syabas kepada Khir Toyo kerana usahanya untuk menarik 'pelabur' berkenaan mula menampakkan hasil apabila rakyat Selangor menolak Umno@BN dalam pilihanraya umum lalu.

UMNO@BN SEMAKIN TERTEKAN DI BUKIT GANTANG

Umno@BN boleh dikatakan telah menggunakan pelbagai taktik untuk meraih undi dan sokongan di Bukit Gantang. Seperti biasa semua media seperti RTM dan Kumpulan TV3, NST, Utusan Melayu sudah menjadi lidah rasmi Umno@BN. Dari isu derhaka hinggalah isu longkang tersumbat semua telah cuba dipasak kepada pengundi di Bukit Gantang supaya memangkah Umno@BN. Itu belum campur pelbagai aset kerajaan yang 'dimilikUmnokan' untuk sekian lama.

Bab duit usahlah cerita. Duit yang ditabur terutama menjelang hari pengundian nanti rasanya lebih dari cukup untuk bina 'Hyper Market' di Bukit Gantang.

Tetapi itu semua serba tidak kena bagi Umno@BN di Bukit Gantang. Mereka mula mengakui bahawa jentera serta sokongan rakyat kepada calon Pas mendahuli calon Umno@BN. Khususnya di kalangan pengundi bukan Melayu.

Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek. Bukan itu sahaja gerak kerja dan strategi kempen Pakatan Rakyat jauh lebih baik dari Umno@BN.

Daripada kain rentang, bendera parti, baju T dan lencana, jelas sekali hari ini Pakatan telah memiliki sumber-sumber setanding BN."Di Bukit Gantang, BN sedang bergelut dengan tugas berat (untuk menang)."

Sementara ADUN Umno Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohamed Radzi pula menyifatkan calon BN itu menghadapi cabaran besar meyakinkan pengundi Melayu di Trong, satu daripada tiga DUN bawah Bukit Gantang.

Walau bagaimanapun, saya ingin mengingatkan kepada semua jentera Pakatan Rakyat agar tidak leka dan termakan dengan kata-kata daripada pihak Umno@BN. Ini mungkin salah satu strategi kempen gerak saraf agar jentera pakatan rakyat merasa selesa dan terlalu yakin sehingga mengabaikan gerak kerja yang lebih taktikal dan agresif terutama menjelang hari pembuangan undi. Dalam masa yang sama tidak lupa hubungan dengan Allah SWT agar kemenangan rakyat yang semakin hampir dapat diterjemahkan pada hari 7 April nanti.

31 March 2009

DINASTI PM BN TERAKHIR


Dato Seri Najib semakin hampir untuk menjadi PM ke 6 Malaysia. Dijangkakan pada Jumaat ini satu majlis angkat sumpah akan diadakan di Istana Negara.Ini bermakna lengkaplah teori R.A.H.M.A.N kitaran PM Malaysia mengikut ramalan penganalisis politik.

Jika ramalan penganalis poltik tepat maka, Najib akan menjadi PM dari dinasti BN yang terakhir. Ini juga menjadi berita baik kepada Pakatan Rakyat merealisasikan kejatuhan BN dalam PRU ke 13 benar-benar menjadi kenyataan.

Kebangkitan dan momentum politik baru Malaysia jelas memihak kepada Pakatan Rakyat. Dari setiap lapisan masyarakat tua dan muda daripada pelbagai latar agama, budaya serta status ekonomi,

Namun, sebelum kemenangan dapat diterjemahkan kepada kenyataan, mehnah dan tribulasi yang lebih hebat dijangka mendepani laluan Pakatan Pakatan Rakyat ke arah kemenangan yang lebih besar.Tetapi itu sudah menjadi asam garam dalam perjuangan.

Belum lagi menjadi PM, Najib telah menunjukkan gaya kepimpinannya yang bakal menjadi cabaran besar kepada Pakatan Rakyat. Isu Altantuya, Projek Liwat 2, tindakan ala lanun Jack Sparrow di Perak dan tindakan yang semakin menghakis konsep demokrasi seperti pengantungan akhbar Harakah dan Suara keadilan serta tindakan polis yang keterlaluan dalam majlis ceramah semuanya dikaitkan dengan Najib.

Dalam memastikan 'keselamatan' dan pengaruhnya serta melunaskan 'dendamnya', saya menjangkakan Najib akan kembali mengikut jejak langkah mentornya Tun Dr. Mahathir mengambil alih Kementerian Dalam Negeri untuk menyekat kemaraan dan kebangkitan rakyat.

Walau bagaimanapun, semakin banyak tindakan keras dan membelakangi prinsip demokrasi, sebenarnya akan semakin mencepatkan hayat BN untuk terus bersemadi dalam lipatan sejarah hitam politik negara.