08 January 2011

ROBENGAH BERITAHU RAIS YATIM 'MELAYANNYA DENGAN BAIK"

Amah Indon yang mendakwa menjadi mangsa rogol Dato Seri Dr Rais Yatim mendakwa bahawa dirinya dilayan dengan baik. Wartawan akhbar Bernama sanggup terbang ke Indonesia semata-mata untuk mendapat penjelasan dari Robengah tentang dakwaan perkosaan yang berlaku.

Robengah dipetik sebagai berkata, Datuk melayannya dengan baik serta serta sering diberi wang dan ole-ole jika tidak mana mungkin dapat bertahan selama lapan tahun.

Kenyataan penafian Robengah sebenarnya menimbulkan lebih banyak tanda tanya dan persoalan. Kalau dilayan dengan baik mengapa berhenti secara tiba-tiba? Bagaimana dengan laporan Migrant Care tentang kenyataan bahawa kejadian rogol itu berlaku melibatkan amah dan majikan.

Tidak ada kemungkinankah Robengah diberi wang dan ole-ole untuk membuat kenyataan penafian dirinya dirogol? Semua ini mengingatkan kepada saya tentang banyak kes dan skandal yang didakwa melibatkan pemimpin Umno/BN yang 'selesai di luar mahkamah'. Ingat lagi kes seorang menteri yang kini menjadi duta yang didakwa meraba punggung di Kelab Malam The Curve?

Akhirnya kes itu senyap begitu sahaja, tetapi rakyat tidak lupa dengan apa yang berlaku. Jika itu tuduhan berlaku kepada pimpinan Pakatan Rakyat maka akhbar pengampu dan penipu seperti Utusan Malaysia bertindak bukan sahaja sebagai pendakwa tetapi seperti hakim di mahkamah.

Di Malaysia, kalau sekadar kenyataan boleh berubah dalam sekelip mata itu bukan perkara pelik dan baru. Kenyataan bersumpah P Balasubramaniam dalam kes Altantuya berubah tak sampai 24 jam! Kenyatan liwat Sukma dan Dr Munaawar Annas berubah selepas yang dituduh mendakwa liwat tak berlaku. Malah banyak lagi kenyataan yang berubah dalam masa singkat, mungkin ini kelebihan senario politik di Malaysia.

Kenyataan PM bahawa kenapa baru sekarang perkara ini dihebohkan sedangkan ia berlaku tahun 2007 merupakan satu kenyataan atas angin. Kes Dato Seri Anwar didakwa berlaku tahun 2008 tetapi kenapa baru kini diheboh-hebohkan dan didakwa ke mahkamah? Seperti kebetulan pula kes DSAI muncul ketika rakyat tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku kepada Altantuya. Adakah akhbar milik Umno/BN terpaksa bermati-matian menafikan kejadian rogol amah ini wujud apabila isu liwat yang didakwa kepada DSAI yang heboh diperkatakan dan dijaja ke sana ke mari tenggelam dengan dakwa rogol ini?

Tidak ada cara lain dan pilihan kepada Rais Yatim kecuali mengheret mereka yang mendakwa tentang isu rogol ini ke mahkamah. Secara tidak langsung duit menang saman ini boleh digunakan untuk pakej melancong ke Indonesia sambil membeli ole-ole dari sana!

06 January 2011

ISU ROGOL AMAH: SEKADAR NAFI JE ???

Bukan setakat 1Malaysia, seluruh dunia dah tahu bahawa terdapat dakwaan ada menteri kabinet Malaysia merogol amahnya sendiri. Buat malu je, dengan amah sendiri pun jadi!

Setelah sekian lama cerita dan dakwaan ini tersebar, baru semalam yang didakwa menafikan terlibat. Penafian ini bukan di mahakamah atau di depan Suruhanjaya Diraja tetapi melalui media yang terkenal dengan sikap penipu dan pengampu.

Itu pun selepas empat laporan polis dibuat. Bila ada laporan polis sepatutnya akan dibuka kertas siasatan. Saya yakin laporan polis ini tak akan membawa apa-apa makna kerana mangsa sudah berada di negara asal. Polis Malaysia tak boleh untuk soal siasat mangsa dan saksi. Kecuali ada jaminan mangsa dan saksi dibawa dan diberi perlindungan oleh pihak keselamatan. Tetapi itu tak akan berlaku dalam suasana semasa hubungan Malaysia-Indonesia. Lihatlah apa yang berlaku dalam kes Mahanomara bekas isteri kerabat diraja Kelantan tak berapa lama dulu.

Sepatutnya menteri yang didakwa terlibat mengheret individu, media atau organisasi yang melibatkan beliau dalam kes ini ke mahkamah. Ini tuduhan berat dan membabitkan maruah dan imej negara kepada dunia. Persoalannya beranikah menteri berkenaan menyaman pihak terbabit ke mahkamah?

Mungkinkah selepas ini undang-undang Malaysia akan dipinda jika pihak yang dituduh dengan kesalahan jenayah cukup sekadar buat penafian kepada media..Bila dah buat penafian maka tutup dan buang kes !

01 January 2011

ADA SESIAPA KEHILANGAN AMAH ?

ROGOL BUKAN JENAYAH JIKA DILAKUKAN OLEH MENTERI?

Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja berita tentang jenayah rogol dipaparkan dalam media cetak dan elektronik. Mereka yang bersalah diheret ke muka pengadilan dan menerima pembalasan setimpal mengiku undang-undang negara.

Kebiasaannya pelaku jenayah ini akan cuba menyembunyikan wajah apabila di bawa ke muka pengadilan. Mereka yang terduduh tahu perbuatan jenayah itu adalah perbuatan hina dan tercela. Memalukan keluarga, masyarakat, negara dan agama. Kecualilah pelaku jenayah ini tidak mempunyai hati dan perasaan serta memliki naluri kebinatangan. Si penjenayah boleh tersenyum dan ketawa serta buat muka selamba seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Inilah senario yang sedang berlaku dalam negara. Seorang menteri kabinet dikaitkan dengan jenayah rogol tetapi masih bebas ke sana sini. Berlagak muka selamba dan hadir ke majlis-majlis rasmi tanpa rasa bersalah.

Tuduhan ini adalah sangat berat, saya sendiri tidak tergamak menyiarkan nama menteri berkenaan. Walaupun dalam laporan Harakah Daily ada memberi bayangan jelas menteri terbabit dan laporan media baharu terutamanya blog seperti Tukar Tiub dan RockyBru menyiarkan menteri yang berkenaan secara terang-terangan beserta dokumen dan bukti nyata.

Saya yakin mana-mana individu yang dilibatkan dengan jenayah rogol akan malu besar selagi namanya tidak dibersihkan dengan dakwaan berat seperti ini. Cara terbaik tak perlu diajar. Boleh guna mahkamah atau saluran media. Saman pihak yang menuduh, jika tak bersalah duit menang saman itu cukup untuk tujuh keturunan.

Lainlah kalau rogol bukan satu kesalahan dalam kabinet 1Malaysia. Kalau bukan rogol dengan kejadian itu dilakukan secara suka sama suka ia tetap kesalahan iaitu berzina! Maka tidak ada ruang bagi seseorang lebih-lebih lagi berstatus menteri hanya mendiamkan diri dengan tuduhan yang sangat-sangat berat.

Saya rasa menteri berkenaan diarah menutup mulut kerana kes yang menggemparkan ini telah merencatkan cadangan untuk membuat pilihanraya umum dalam tempoh terdekat. Lainlah kalau Umno/BN bercadang untuk ambil pendekatan 'berani mati' dengan membuat pilihanraya mengejut ketika ada menteri didakwa merogol.

25 December 2010

HA..HA..84% RAKYAT MALAYSIA FAHAM 1MALAYSIA

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata 84% rakyat Malaysia faham konsep 1 Malaysia berbanding sasaran 75% yang ditetapkan. Kajian itu berdasarkan kajian terhadap 15,353 responden.

Baguslah macam tu, nampaknya pak cik dan mak cik di Hulu Tembeling, Kuala Berang, Sik, Kuala Nerang termasuk yang tinggal di Pengkalan Hulu di Perak sudah faham konsep 1Malaysia. Jadi tak sia-sialah Umno/BN bayar pada syarikat Yahudi Apco Worlwide RM 77 juta setahun kerana hasilnya sangat memuaskan.

Maka apa tunggu apa lagi kalau dah 84% sudah faham konsep 1Malaysia, bubarkan parlimen sekarang, Umno/BN senang-senang boleh menang besar.

Kalau cakap dengan orang kampung boleh le temberang. Nak tanya kepada Rais Yatim, siapa responden yang 15,353 tu? Adakah kajian itu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan berdasarkan min dan sisihan piawainya?

Kalau berani saya cabar dedahkan hasil kajian tersebut untuk buktikan rakyat benar-benar menyokong Umno/BN. Adakah kajian ini untuk menutup dapatan kajian badan bebas Merdeka Centre populariti PM sudah merudum? Mungkin juga kajian ini untuk menutup kesedihan atau perasaa gundah gulana pimpinan Umno bahawa majoriti rakyat Selangor menyokong Pakatan Rakyat?

Apa yang pelik bin ajaib, kajian yang diumumkan oleh Rais Yatim ini muncul tiba-tiba ketika isu Dato Seri Anwar digantung selama 6 bulan selepas mengaitkan 1Malaysia dengan 1Israel di Parlimen. Kajian yang muncul tiba-tiba seperti munculnya 'surat sokongan' daripada Apco Worlwide 1Malaysia tak sama dengan 1Israel untuk menghalalkan tindakan 'Pendekar Mustar' yang mengantung ahli parlimen Pakatan Rakyat. Kajian ini juga muncul tiba-tiba ketika kerajaan Pakatan Rakyat melarang sebarang logo dan promosi terhadap 1Malaysia dalam program melibatkan kerajaan negeri.

Kita tunggu lagi apa kejutan seterusnya yang akan muncul secara tiba-tiba....1Malaysia!

UMUM BONUS RM 100.9 JUTA: PENEROKA TERTIPU LAGI

Melihat kepada angka RM100,916,600 bonus Felda yang diumumkan oleh PM 1Malaysia hari ini, ramai peneroka mungkin sudah mula memasang angan-angan. Tukar kereta baru, tukar langsir baru, pergi shopping dengan anak cucu atau pun pergi makan young tau fu..

Mungkin angka lebih RM 100 juta sengaja dipilih nak melupakan fobia sekejap janji 100 hari Pakatan Rakyat jika berjaya memerintah negara selepas PRU ke 13. Mungkin juga kebetulan dengan pilihanraya kecil DUN Tenang yang pengundinya ramai terdiri daripada peneroka Felda.

Kalau ikut statistik sehingga November 2009, jumlah peneroka seluruh Malaysia ialah seramai 112635 orang. Daripada jumlah itu hanya 94,281 atau 83.70 peratus yang dapat bonus. Selebihnya masuk angin keluar asap! Dijangkakan setiap peneroka hanya menerima RM 400 - RM 1200 sahaja. Jumlah yang sangat kecil berbanding harga sawit yang sekarang melambung di pasaran dunia.

Untuk peneroka Felda tak sampai RM 1200 maksimum, tetapi berapa pula bonus staf Felda dan Felda Plantations? Paling kurang bonus mereka tidak kurang 2 bulan gaji! Tak percaya pergi tanya saudara mara yang kerja dengan Felda.

Inilah yang selalu dibangkitkan, ke mana pergi untung Felda? Jika PM 1Malaysia berani sila beritahu pada pengundi di Dun Tenang nanti berapa untung Felda dan ke mana duit tersebut dibelanjakan.

Semua ini sudah cukup membuktikan bahawa keringat dan hasil peneroka diperah secukupnya tetapi malangnya mereka cuma dapat sisa-sisa daripada hasil yang diperolehi. Tetapi peneroka Felda jangan kecil hati kalau tidak mana kerajaan 1Malaysia nak cari duit bayar firma Yahudi Apco Worlwide RM 77 juta setahun....Peneroka sepatutnya rasa bangga...Keranamu Malaysia...



23 December 2010

LAGI KENYATAAN MERAPU PEMIMPIN UMNO TENTANG LARANGAN SELANGOR GUNA LOGO 1MALAYSIA

Langkah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melarang menggunakan logo 1Malaysia rupa-rupanya bukan sekadar menimbulkan 'ribut' di pihak Umno tetapi juga turut mendedahkan betapa merapu dan tidak cerdiknya beberapa pemimpin Umno.

Setakat ini yang paling merapu ialah kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata kebebasan mengumpul orang dan memberi lambang menerusi pertubuhan adalah dibenarkan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. “Larangan itu adalah tidak sah dan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) mungkin tidak memahami dan menyedari peruntukan yang terdapat di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kenduri Rakyat di Kampung Air dekat sini hari ini.

Apabila kena atas batang hidung Umno, kata tak hormat undang-undanglah, tak hormat pelembagaanlah dan macam-macam lagi untuk menghalalkan tindakan mereka.

Betullah, memang patut subjek sejarah ni diajar kepada pemimpin Umno dan bukan kepada budak-budak di sekolah. Terbukti ramai di kalangan mereka yang buta dan cepat lupa kepada fakta sejarah.

Apakah mereka lupa puak-puak inilah yang sering menurunkan bendera dan banner serta apaa-apa yang berkaitan dengan logo PAS,PKR dan DAP di kawasan yang dikuasai mereka. Paling terbaru tindakan Ketua Menteri Melaka yang mengarahkan pihak berkuasa tempatan merobohkan papan tanda dan banner Pas di Pejabat MTD Bukit Baru di premis milik parti. Apakah itu tak melanggar pelembagaan?

Sebab tu lah agaknya kerana terlalu merapu kononnya hak dalam pelembagaan membenarkan guna logo sampai beg sekolah yang 'dihadiahkan' oleh Umno ada logo Umno/BN? Adakah itu dibenarkan oleh pelembagaan? Membenarkan logo parti pada beg budak sekolah?



Umno/BN sebenarnya bukan sahaja cukup fobia dengan logo parti lawan, malah warna yang mempunyai persamaan dengan pihak Pakatan Rakyat akan cuba dihapuskan. Masih ingat dengan penukaran logo Petronas? Arahan siapa dan atas sebab apa?

Nasihat saya kepada pemimpin Umno kalau nak bercakap jangan ikut sedap mulut, bercakap dengan hujah dan fakta. Belajar dan fahamkan sejarah dan jangan asyik merapu tak tentu hala.

18 December 2010

SIAPA BODOH, SIAPA GILA DAN SIAPA KELAS 3?


Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Beberapa hari lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan bahawa keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar oleh mahkamah.


Menurut beliau, parlimen serta kuasa speaker adalah yang paling tinggi dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah. Membaca komen beliau sebelum ini sudah membuatkan saya cukup meluat dan menyampah. Mula-mula dengan angkuh dan bongkak dituduhnya ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai bodoh dan gila. YB Karpal Singh peguam terkemuka dituduhnya peguam kelas tiga. Cukup celupar betul mulut menteri ini.

Boleh jadi kerana terlalu nak mengampu dan membodek sehingga lupa pada fakta dan sejarah yang tak sampai pun setahun. Kes di Perak tindakan rampasan kuasa ala lanun Umno BN dengan mengheret dan mencekik speaker YB V Sivakumar membuktikan bahawa Umno cukup menghormati kuasa speaker dan sidang dewan.

Kes itu yang kemudiannya dirujuk hingga ke mahkamah Persekutuan membuktikan bahawa kenyataan Nazri kelmarin bukan sahaja silap besar tetapi memang betul-betul merapu dan sasau tak tentu pasal.


Sepatutnya subjek sejarah yang diwajibkan di sekolah tahun depan diajar dahulu kepada pemimpin Umno dan BN yang buta dan tak faham sejarah. Kalau fakta yang tak sampai setahun dah lupa inikan pula fakta tentang asal usul agama, agama dan bangsa.


Tetapi saya yakin dengan sistem kehakiman dan keadilan yang ada di negara hari ini saya yakin fakta dan sejarah boleh berubah dalam sekelip mata. Macam-macam boleh berlaku dalam 1Malaysia lebih-lebih lagi kalau pemimpin Umno@BN yang ada pada hari ini terus dibiarkan berkuasa. Maka kuasa rakyat adalah segala-segalanya, jangan sampai rakyat turun ke jalan raya sekali lagi.

16 December 2010

INIKAH ANAK MENTERI UMNO YANG TUDUH MP PAKATAN 'BODOH' DAN 'GILA"


Ada seorang menteri Umno@Apco berkata ahli Pakatan Rakyat bodoh dan gila berikutan cadangan mengheret Speaker ke mahkamah. Kalau tak silap menteri tu jaga bab undang-undang. Gambar-gambar ni pernah disiarkan dulu. Cuma nak ajak semua berfikir kalau anak sendiri tak tahu nak didik dan jaga dengan baik, orang ni yang kita nak harapkan jaga undang-undang negara?









Agak-agak boleh kenal tak siapa bapaknya ?

07 December 2010

PANDAI BETUL KHIR TOYO TAWAR MENAWAR HARGA


Musim cuti sekolah, maka ramai yang melancong bersama keluarga. Ke utara, Selatan dan Pantai Timur atau mungkin ke luar negara. Setiap kali melancong biasanya diselitkan dengan aktiviti membeli belah membeli sesuatu sebagai tanda kenangan. Kepada mereka yang ingin membeli belah sila dapatkan petua daripada Khir Toyo.

Ternyata Khir Toyo seorang yang cukup pandai dalam bab tawar menawar. Bayangkanlah tanah harga RM 6.5 juta ditawarnya dapat RM 3.5 juta. Cukup-cukup hebat, mungkin ada ilmu yang patut kita belajar dengan Khir Toyo.
Jangan ikut macam pemimpin Umno lain, dah le beli dengan harga mahal komisyen je dah RM 600 juta macam beli kapal selam. Itu belum lagi harga pen dan skru driver yang melambung belipat kali ganda seperti yang sering didedahkan dalam penyelewengan yang dikesan oleh Jawatankuasa Laporan Audit Negara. Servis kereta perdana plat M 5 milik kerajaan Negeri Melaka sampai lebih RM 300 ribu, tetapi apa kesudahan ceritanya? Alah membeli menang memakai?Itu belum lagi kos repair rumah je sampai RM 65 juta, kalau tak silap rumah tu terletak di Putrajaya.

Lepas ni Khir Toyo tak perlu risau jika hilang elaun dan pencen wakil rakyat serta rumah dan tanahnya dirampas kerana dia boleh keliling Malaysia buat kursus atau ceramah tentang petua membeli dengan harga murah. Sekurang-kurangnya boleh ajar pemimpin Umno/BN daripada mengikis dan menghabiskan duit rakyat serta membazir tak tentu pasal!