19 November 2008

CHUA SOI LEK KEMARUK NAK JADI MENTERI?-MALAYSIAKINI


Timbalan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek disifatkan terlalu 'kemaruk' untuk memegang jawatan menteri Kabinet sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan pelantikan beliau sebagai Pengerusi Biro Pemantau Dasar Kerajaan tidak memberikannya peluang untuk berbakti kepada parti.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, berkata beliau tidak mempunyai niat negatif apabila melantik Dr Chua ke jawatan itu, sebaliknya percaya pengalaman serta pengetahuan yang dimiliki bekas Menteri Kesihatan itu amat diperlukan untuk menyelesaikan pelbagai isu dan kembali kukuhkan parti.

"Dia terlalu obses. Apa yang saya maksudkan ini tidak ada kurang dan tidak lebih," katanya apabila ditanya sama ada sebagai orang nombor dua dalam MCA, Dr Chua mempunyai alasan kukuh memegang sebarang jawatan menteri Kabinet.

Ong berkata, sesuatu isu yang wujud dalam parti bukan datang sekelip mata tetapi sudah bertapak sekian lama.

"Selepas penyusunan semula Kabinet selepas Pilihan Raya Umum lalu, ramai menteri Kabinet adalah muka baru.

"Dia (Dr Chua) orang paling sesuai untuk memaklumkan kepada pucuk pimpinan MCA langkah yang perlu diambil bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti," katanya.

Nampaknya, perpecahan dalam Umno sudah berjangkit ke komponen BN lain seperti MCA dan MIC. Jika dibiarkan golongan ini terus berkuasa habis haru biru negara ini. Asyik bercakaran dan bergaduh sesama sendiri kerana inginkan kuasa dan kedudukan. Menjadi mangsa adalah rakyat yang tersepit akibat pecaturan politik yang begitu memualkan.

Dalam senario kegawatan ekonomi, mereka yang berkuasa sepatutnya lebih serius untuk mencari formula memulihkan ekonomi negara yang disifatkan oleh penganalisis ekonomi lebih teruk dari tragedi pada 1986.

Berbalik kepada 'kemaruk' Chua Soi Lek nak jadi menteri, beri sahaja jawatan lamanya sebagai menteri kesihatan supaya lebih banyak 'eksperimen' dapat dilakukan.

3 comments:

Anonymous said...

kenapa masih nak guna lagi pelakon filem lucah ni?Amat memalukan dalam Kabinet Kerajaan Malaysia kalau menteri yang ada skandal ini di lantik semula.Sekiranya Chua Soi Lek ini dilantik semula bermakna Malaysia menghalalkan perlakuan sumbang.Maka oleh itu jangan didakwa rakyat Malaysia yang merogol.Chua Soi Lek lebih sesuai "pelakon Filem".

Anonymous said...

UMNO kemaruk cari penggenap untuk meneruskan pengusaaan, itulah sebab cina makan babi dan pelakon blue ni masih tidak diharamkan dalam kerajaan.

Anonymous said...

Anwar di dakwa.Tapi kenapa Chua Soi Lek yang gila babi seks ini tak didakwa?Kenapa dia dibiarkan sahaja.Cuba pihak berkuasa buat serbuan ke rumah "pelakon Filem" ni, saya grantee banyak lagi filem lucah yang dia telah buat dan siap untuk pasaran ke luar negara.Pelakon Bleu ni tak layak jadi menteri.