21 June 2008

LAGI – LAGI TENTANG NAIK MINYAK….

Kegawatan politik dan ekonomi serta sosial ekoran kenaikan harga minyak semakin dirasai. Petunjuk ini berdasarkan perkembangan politik terkini Negara. Pelbagai pihak sama ada dari pihak pemerintah dan Pakatan Rakyat mulah melahirkan pelbagai luahan dan pandangan serta protes manifestasi tekanan hidup yang melanda. Khabar angin kuat melanda bahawa pada petang ini ada 'Tsunami ke 2' melanda politik Negara, sama – samalah kita nantikan kesahihan berita ini. Sila layari blog ini http://zul4kulim.blogspot.com/ untuk berita lanjut.


 

    Dalam dunia pendidikan kegawatan yang berlaku turut dirasai. Pekeliling terbaru dari Kementerian telah menggariskan beberapa dasar yang sebelum ini menjadi amalan. Di antaranya semua kursus, mesyuarat, seminar dan apa juga aktiviti perlu dilaksanakan di premis milik kerajaan sahaja, tidak lagi dibenarkan dibuat di hotel, resort atau pusat peranginan. Banyak juga projek – projek mega kementerian Pelajaran yang ditangguhkan buat sementara waktu. Rujuk Berita Harian edisi cetak atau online hari ini:

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20080621004249/Article/index_html

Berita terbaru mungkin akan datang guru pelatih yang baru mendaftar di Institiut Perguruan ( IPG ) pada masa akan datang tidak lagi dibayar elaun seperti yang dinikmati sekarang sebaliknya digantikan dengan pinjaman perjanjian boleh ubah ( Hanya mereka yang memperolehi CGPA 2.75 ke atas sahaja yang tidak perlu menjelaskan pinjaman ) serta pelbagai lagi langkah serta dasar berjimat cermat yang akan diumumkan dari masa ke semasa.

Bagi saya, saya bersetuju dengan semua langkah ini sebagai rakyat yang turut sama merasai tempias kenaikan harga minyak dan inflasi Negara . Tetapi bagaimana dengan projek – projek yang lain seperti tajaan kepada pasukan Sauber Petronas dalam Formula One yang mencecah billion ringgit, penganjuran Formula 1 di Sepang Circuit saban tahun, pembelian jet peribadi, pembinaan istana dan rumah mewah ala artis Hollwood, penganjuran majlis- majlis secara membazir, pembinaan Masjid Kristal untuk tatapan @ pelancong yang bernilai ratusan juta ringgit, bayaran gaji CEO TNB yang ura – ura nak dinaikkan 100 % sila rujuk

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15226&Itemid=50

(Sedangkan pada masa yang sama bermula 1 Julai tariff letrik bagi mereka yang menggunakan melebihi RM 43 akan dinaikkan hampir 20 % ) serta banyak lagi. Saya sering berkata pada rakan – rakan yang 'naik minyak' ekoran kenaikan harga minyak ,saya dapat menerima kenaikan harga minyak di Malaysia walaupun mencecah berapa ringgit sekalipun kalau ia disebabkan isu global yang tak dapat dielakkan. Tetapi apa yang berlaku mereka yang duduk di atas menyuruh rakyat di bawah berjimat dan ubah gaya hidup, sebaliknya mereka yang duduk di atas perlu menjadi contoh bukan sekadar membuat 'pengorbanan kecil' tetapi ibarat ayam bertelur sebiji riuh sekampung


 

20 June 2008

APA NAK JADI ? MARAHKAN SUAMI AL QURAN DIHINA …





Seseorang mungkin terlalu geram terhadap suami sendiri - tetapi kenapalah al-Quran pula yang harus menjadi mangsanya?

Kitab suci itu digunting dan diconteng dengan perkataan-perkataan yang sarat kemarahan dan maki-hamun.

Contengan-contengan di halaman kitab tersebut membayangkan kekecewaan yang sangat mendalam terhadap pasangan hidupnya, antaranya "hang memang tak adil", "siksaan demi siksaan kamu bagi kenapa", dan "kenapa jodohkan aku".

Menurut satu perkumpulan belia, naskhah al-Quran itu ditemui oleh seorang pengutip barangan lusuh di sebuah tong sampah di Taman Jalai Jaya, Jitra dalam daerah Kubang Pasu pada Khamis minggu lalu.

Setiausaha Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) Basir Ismail memberitahu Malaysiakini hari ini, naskhah itu kemudian diserahkan kepadanya petang semalam di pejabatnya di Bandar Darulaman.

PELAJAR HARI INI SEMAKIN GANAS

Jika 20 tahun lalu golongan pelajar sekolah hanya dikaitkan dengan jenayah kecil-kecilan seperti mencuri, kini keadaan jauh berubah apabila mereka semakin `garang' apabila dikesan turut terbabit kes jenayah rogol, samun bersenjata api, pecah rumah dan rusuhan.

Dakwaan ini dibuktikan melalui statistik tahun lalu di mana 86 kes jenayah kekerasan dan 198 kes jenayah harta benda, dikaitkan dengan penjenayah di kalangan pelajar.

Walaupun statistik itu menunjukkan hanya dua peratus pelajar di ibu kota yang terbabit, kegiatan jenayah yang bermula seawal usia 12 hingga 18 tahun itu sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan kepada pihak berkuasa.

Pembabitan pelajar dalam kegiatan jenayah ini dikatakan berkemungkinan didorong kepesatan pembangunan yang sekali gus menyaksikan tuntutan kehidupan yang semakin mendesak dan serba moden.


 

Statistik terbaru dibentangkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, semalam menunjukkan jenayah kekerasan dicatatkan sebanyak 86 kes manakala bagi jenayah harta benda sejumlah 198 kes dilaporkan berlaku.

Bagi jenayah kekerasan yang membabitkan pelajar pada tahun lalu, merusuh dicatatkan paling tinggi dengan 39 kes, manakala samun berkawan tanpa senjata api (14) diikuti samun (12), mendatangkan cedera (tujuh), samun berkawan bersenjata api dan ugutan jenayah masing-masing (lima) dan pemerasan serta rogol masing-masing mencatatkan (dua) kes.

Bagi jenayah harta benda yang membabitkan pelajar pada tahun lalu pula, curi motorsikal mencatatkan kes tertinggi iaitu 109, curi (63), pecah rumah siang dan malam (21), dan ragut (lima).

Sehubungan itu, Muhammad Sabtu meminta masyarakat mengamalkan kembali amalan tegur-menegur antara satu sama lain yang kini kian dilupakan bagi membendung kegiatan jenayah terbabit.

Katanya, amalan ini perlu dihidupkan supaya masyarakat saling mengambil berat selain dapat mengekang aktiviti jenayah.

"Sikap seperti ini semakin dilupakan kerana masing-masing sudah tidak mahu ditegur dan menegur sesama sendiri apabila melihat masyarakat melakukan jenayah," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis Dialog Guru Disiplin, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Polis dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), semalam

 

15 June 2008

ANAK YANG BERGADUH DI SEKOLAH BAPA JADI MANGSA

Gara-gara cuba meleraikan pergaduhan antara anaknya dengan rakan, seorang lelaki patah hidung dan lebam pada badan akibat dibelasah oleh bapa rakan anaknya itu kelmarin.

Pada kejadian pukul 2.15 petang itu, mangsa Ahmad Shah Hashim yang baru selesai solat Jumaat terpandang anaknya sedang bergaduh dengan seorang rakannya di pekarangan masjid di Kuala Kedah.

Sebagai bapa, dia cuba meleraikan pergaduhan tersebut tetapi tindakannya itu telah disalah anggap oleh bapa rakan anaknya itu yang kemudiannya datang mendapatkan anaknya serta memberi amaran.

Menurut Ahmad Shah, selepas kejadian dia dan anaknya terus pulang ke rumah untuk berehat.

Bagaimanapun tambahnya, tepat pukul 2.30 petang, bapa budak tadi yang dikenali sebagai 'Halim Besi' datang ke rumahnya dan terus membelasah tanpa penjelasan.

"Dia masuk ke rumah dan memaki hamun saya serta menumbuk hidung saya hingga patah sebelum menendang dada kiri dan kanan saya.

14 June 2008

PELAJAR SEKOLAH HARI INI...

Klip video pergaduhan pelajar sekolah menengah di utara semenajung...

INFO :MENCARI ANTIVIRUS PERCUMA TERBAIK DARI INTERNET

VIRUS....seumpamanya makin menjadi-jadi. Ia bukan sahaja merunsingkan pengguna komputer malah sekaligus menakutkan.

Apa tidaknya, komputer yang penuh dengan data dan maklumat penting boleh musnah dengan sekelip mata apabila komputer terpaksa difromat lantaran diserang oleh anasir tersebut.

Tidak boleh tidak, pemasangan perisian Antivirus merupakan satu kemestian. Persoalan timbul, Antivirus mana yang terbaik? Saya cuba membuat ujian terhadap 5 perisian Antivirus percuma yang boleh dimuat-turun dari website pereka perisian berkenaan.

Saya tidak mengambilkira perisian Anti-virus berbayar kerana ia tidak termampu oleh kebanyakan pengguna dan saya tidak menggalakkan sebarang penggunaan perisian yang di"crack"kan kerana pada bila-bila masa perisian yang di pecahkan koding itu boleh berinteraksi dengan pemiliknya melalui fail rahsia yang tidak disedari oleh penggunanya.

Saya membuat analisa setelah menjalankan perisian ini di komputer yang berisi lebih 15GB data setiap satu.

Berikut ialah hasil kajian saya. Ia mengikut turutan dari yang paling saya gemari kepada yang kurang saya gemari.

AOL ACTIVE VIRUS SHIELD

Site: http://www.activevirusshield.com

Saiz : 14,263 kb
Nilai :

Perisian antivirus percuma ini didasarkan kepada salah satu program antivirus berbayar terbaik iaitu - Kaspersky Antivirus, dan mengimbas dengan cemerlang serta melakukan kemaskini secara automatik dari makmal Kaspersky.
Saya mendapati kadar pengesanan virus.gr : 99.62%; dengan 16GB data ia menimmbas selama 31 min, 16 saat; jumlah fail : 224,565.

Ulasan beberapa pakar mendapati AOL Active Virus Shield ini diberikan taraf 5 bintang contohnya http://www.vnunet.com dan PC Authority,
manakala CNET Review dan ZDNET Review memberikan nilaian VERY GOOD kepada perisian ini.




AVAST 4 HOME EDITION

Site: http://www.avast.com

Saiz : 13013 kb
Nilai :

Avast! Home Edition ialah satu pakej anti-virus yang lengkap, percuma untuk pengguna persendirian. Ia mempunya dua antaramuka - untuk novis dan untuk pengguna mahir), Pengimbas virus dengan Standard Shield (yang melindungi komputer dari membuka dan melaksanakan progam malware) dan juga pengimbas email yang akan mengimbas semua email yang masuk atau keluar. Avast! Home boleh juga diakses di Windows Explorer dengan menu butang kanan tetikus dan juga didatangkan dengan screen saver istimewa yang boleh mengimbas sistem sewaktu komputer anda tidak aktif. kemaskini begitu mudah dan pantas. Perisian ini ialah untuk demo 60 hari dan anda boleh terus menggunakannya secara percuma tanpa tamat tempoh dengan mendaftar di lamanwebnya untuk mendapatkan kunci pengaktifan percuma melalui email.


BITDEFENDER 8 FREE EDITION

Site: http://www.bitdefender.com



Saiz : 13493 kb
Nilai :

BitDefender Free Edition mengandungi pengimbas virus, pengemaskinian dalam talian tetapi tidak malangnya di versi percuma, ia tidak mempunyai pengimbas secara "real-time" dan juga tidak mengimbas email Ia akan mengimbas fail dengan pantas termasuk fail-fail arkib seperti zip dan boot sector. Ia juga boleh di akses dari Windows Explorer dengan mengklik butang kanan.

AVIRA ANTIVIRUS

Site: http://www.free-av.com/

Saiz : 14076 kb
Nilai :

Freeware ini adalah satu-satunya antivirus percuma yang yang agak baik. Antivirus yang satu ini dapat melindungi PC anda dari serangan virus hingga mencapai 80.000 jenis varian virus termasuk virus macro dan trojan beserta variannya. Kekurangannya adalah tidak tersedianya kemaskini secara automatik, sehingga Anda harus melakukan mengemaskini secara manual. Dengan begitu resource pada PC Anda tidak habis terpakai oleh aplikasi ini.

AVG 7.5 FREE EDITION
Site : http://www.grisoft.com

Nilai :
Ukuran : 12.7 MB

Tidak banyak antivirus percuma yang boleh bekerja sehebat AVG 7.5, maka dari itu freeware ini saya masukkan dalam salah satu jajaran freeware terbaik 2007. AVG 7.5 memiliki berbagai kelebihan seperti kemaskini automatik, melindungi PC anda dari serangan virus secara mendadak dan yang paling menarik adalah kemampuan antivirus ini dalam melakukan scan e-mail yang ada di dalam e-mail client anda dan dapat mengintegrasikan AVG 7.5 dengan e-mail client anda. Namun dari ujian yang dilakukan masih banyak juga virus yang terlepas dari imbasan program ini. Jadi kami tidak dapat merekomenkan sepenuhnya perisian ini seandainya anda seroang pengguna komputer yang aktif.

MEMBACA AL QURAN DARI INTERNET

Terjemahan pelbagai bahasa termasuk Malaysia dan Indonasia. Cukup manarik sila ke sana dan bookmark.Bacaan 5 Qari terkenal...

http://www.quranexplorer.com/quran/


 


 

AKHIRNYA PENSYARAH IPG DINAIKKAN GRED JAWATAN

PUTRAJAYA: Gred bagi 23,471 pegawai di sektor pendidikan membabitkan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, guru Tingkatan Enam dan guru sekolah menengah yang mempunyai lebih 1,750 murid, dinaikkan, berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Serentak itu, semua pengetua sekolah menengah Tingkatan Enam dinaikkan daripada gred DG48 kepada DG52 manakala penyelia Tingkatan Enam diberi taraf Penolong Kanan Tingkatan Enam Gred DG48 dan DG44 masing-masing jika sekolah mereka mempunyai 10 kelas atau lebih dan sembilan kelas atau kurang.

Kelulusan kerajaan itu juga membabitkan 794 pengetua sekolah Tingkatan Enam bergred DG52 dan 116 pengetua sekolah menengah mempunyai 1,750 murid atau lebih (sekolah enrolmen 1,750) yang kini dikategorikan dalam gred sama.

Berikutan peningkatan gred itu, pelajar Tingkatan Enam akan dijenamakan sebagai mahasiswa dengan guru khusus akan disediakan bagi mengajar mereka, selewat-lewatnya mulai tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian akan menyediakan guru khusus memandangkan sebahagian guru terbabit turut mengajar pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima yang akan menduduki peperiksaan besar.

"Dengan cara itu kita akan ubah sistem pengajaran melalui kuliah, tutorial dan juga cara yang diamalkan di universiti," katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan keputusan kerajaan berhubung perkara itu di Kementerian Pelajaran, di sini semalam.

Turut terbabit dalam kenaikan gred itu ialah 158 Penolong Kanan Tingkatan Enam (untuk 10 kelas dan atas) bergred DG48 dan 636 Penolong Kanan Tingkatan Enam (untuk sembilan kelas ke bawah) bergred DG44 serta 1,039 guru akademik serta kokurikulum bergred DG52, DG48 (3,311) dan DG44 (8,728).

Alimuddin berkata, kenaikan gred pensyarah di IAB itu membabitkan sejumlah 757 jawatan iaitu satu untuk kategori DG54, 77 (DG52), 250 (DG48) dan 429 (DG44).

Kenaikan gred pensyarah di IPG pula membabitkan 4,772 jawatan iaitu 28 untuk DG54, 584 (DG52), 1,933 (DG48) dan 2,227 (DG44); serta 3,160 jawatan di Kolej Matrikulasi, iaitu 256 untuk DG52, 1,085 (DG48) selain 1,719 (DG44).

"Kelulusan terbesar permohonan menerusi Anggaran Belanja Mengurus (Perjawatan) 2008 itu membuka peluang kenaikan pangkat kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPRS) di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

"Urusan pengisian jawatan adalah secara berterusan dan bukan secara sekali saja," katanya

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng, berkata pengumuman yang dibuat Kementerian Pelajaran itu tepat pada masanya selaras usaha meningkatkan profesionalisme perguruan.

"Kita berharap Penolong Kanan di sekolah menengah biasa yang bergred A dan B turut dinaikkan ke gred DG48 supaya setaraf guru biasa dan penolong kanan di Tingkatan Enam," katanya

12 June 2008

Renungan Pagi….

Berlaku 2 pengumuman penting semalam oleh PM semalam :-

  1. Harga minyak tidak akan dinaikkan pada tahun ini lagi walaupun harga minyak dunia mencecah US 200.
  2. Kakitangan awam akan mendapat 2 kali bayaran gaji iaitu pertengahan dan hujung bulan mulai Ogos ini.


 

Pada pandangan saya kedua – dua pengumuman oleh PM ini tidak banyak mengubah kemelut dan tekanan hidup kenaikan harga barang keperluan dan perkhidmatan serta terbaru kenaikan harga minyak hingga 41 % ( RM 1 untuk diesel dan RM 0.78 untuk petrol ). Bank Negara meramalkan inflasi akan meningkat hingga 6 %.

    Ini bermakna kemungkinan harga minyak naik lagi pada jam 1201 am 1 Januari 2009 akan berlaku. Tinggal kira – kira 6 bulan je lagi. Begitu juga bayaran gaji 2 kali dalam sebulan, jumlah gaji yang diterima tetap sama mungkin ia akan sedikit membantu dari aspek pengurusan kewangan dan aliran tunai isi rumah.

    Persoalannya adakah kita semua sudah bersedia untuk berhadapan 'Tsunami' atau "Nargis' yang bakal melanda Negara…Sehari dua ni cukup terasa bila mula mengisi minyak 'mahal' ke dalam kereta Toyota Vios yang dikategorikan antara kereta yang 'jimat minyak'. Bayangkanlah sebelum ini ke Johor Bahru untuk menyelia praktikum kos minyak pergi balik JB – Melaka hanya lingkungan RM 60 kini dah mencecah RM 100. Kereta Toyota Unser yang masuk kateogori " sedut minyak" dah 3 hari dalam garaj…

Semalam bila bersembang dengan seorang penjual pisang goreng dia memberitahu mungkin tak lama lagi dia 'pencen'. Semua kos berkaitan perniagaannya seperti minyak masak dan harga pisang sudah mula naik tak kanlah dia kata nak jual harga pisang goreng 2 keping RM 1. Siapa yang sanggup beli, katanya. Begitu juga katanya dengan pengumuman bayaran rebet untuk pemilik kenderaan yang akan mula dibayar pada Sabtu ini, bagi yang ada kereta dan motor mungkin dapat le sedikit untuk menampung kos hidup. Tapi katanya…macam mana petani,nelayan atau orang kampung yang tak mampu nak memiliki kereta dan motor. Apa yang mereka dapat ? Ini semua membuat saya termenung dan berfikir sehingga sekarang…Bagaimanalah agaknya nasib golongan bawahan yang menghadapi kesan kegawatan ekonomi ini…..