15 July 2008

BICARA MALAM

Malam ni berlangsung Debat Perdana yang menemukan 2 tokoh politik tanah air yang ditunggu – tunggu seluruh rakyat Malaysia. 2 tokoh yang datang dari latar politik yang berbeza iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat dan Datuk Shabery Chik, Menteri Penerangan yang mewakili UMNO.Walau pun banyak spekulasi tentang debat berkenaan, saya yakin ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk menonton debat berkenaan yang akan disiarkan secara langsung di saluran TV 9 dan Astro Awani jam 9 malam ini.Kira – kira 10 minit lagi ketika artikel ini ditulis.

    Saya tidak bercadang atau meramalkan siapa yang menang dan siapa yang kalah dalam debat perdana malam ini. Bagi saya, harga minyak dah pun melambung naik walaupun siapa yang menang malam ini.( Maaflah jika ada yang tidak bersetuju dengan pandangan saya ). Dalam senario politik di Malaysia ala 'filem Hindustan' saya tidak nampak Pakatan Rakyat yang tunjangi oleh Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS untuk mendapat laluan mudah untuk memegang tampuk kuasa pemerintahan Negara, walaupun ini tidak mustahil.

Saya mendapat maklumat dari rakan – rakan di Petronas Penapisan harga minyak akan naik tidak lama lagi disebabkan kenaikan harga minyak global di pasaran dunia dan kesan daripada spekulasi harga akibat kelemahan matawang dollar Amerika serta berita bahawa rejim pengganas Israel akan melancarkan serangan keatas rektor tenaga nuklear milik Republik Iran yang merupakan pengeluar minyak yang keempat besar di dunia.

    Saya sebenarnya suka untuk mengimbas zaman semasa menjadi pimpinan pelajar lebih 10 tahun dulu. Saya berpeluang mendengar pembentangan dan ucapan penuh bersemangat Datuk Shabery Chik( ketika itu belum bergelar Datuk ) semasa perhimpunan pertama pertama Gabungan Pelajar Islam Malaysia ( GAMIS ) di Dewan Kompleks Haji Kelana Jaya semasa beliau berada dalam Parti Semangat 46. Beliau telah mengajar saya agar bersikap kritis dan berfikiran kritikal terhadap sesuatu isu semasa. Tidak hanya membuta tuli dan menurut sahaja seperti kerbau dicucuk hidung. Pimpinan pelajar mesti berani memperjuangkan hak dan isu rakyat.Menurut beliau sifat itu perlu ada sebagai pimpinan pelajar. Tetapi… hari ini kata – kata itu semakin jauh tersasar dan hanya tinggal memori. Kesimpulan ini semakin kuat tersemat dan terpaku rapi bila berakhirnya debat perdana pada malam ini.

BICARA PENGHUJUNG MALAM….

Selamat Datang…Ahlan wa Sahlan….pelajar baru ke IPPM. Malam ni saya selesai mengendalikan slot pertama- Ice Breaking. Setiap kali pelajar baru mendaftar, saya dah dapat menduga tugasan yang akan diberikan kepada saya. Mengendalikan Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ). Walau pun ramai pensyarah – pensyarah baru Bimbingan Kaunseling dan pensyarah lain yang lebih berkaliber di IPPM tapi nama saya masih tertera dalam buku program untuk kendalikan LDK. Saya pun tak tahu mengapa…. Itulah antara rutin tugas saya setiap kali semester baru bermula…Ada seorang pensyarah baru berjumpa dan beritahu saya, dia tidak bimbang bila dapat tahu saya menjadi Fasilitator LDK. Semua beres…Senangnya lah cakap kata saya dalam hati. Bukannya apa…apabila melakukan perkara dan aktiviti yang sama saban semester dan saban tahun…Anda sendiri tentu telah dapat menduga perasaan saya…Lebih – lebih lagi apa yang dilakukan tidak dihargai…dihormati dan difahami…

Menurut guru merangkap sifu saya Dr. Shukri Abdullah…setiap orang memerlukan 3 perkara dalam hidup :

  1. Dihargai
  2. Dihormati
  3. Difahami

Walau bagaimanapun kerana tugas dan amanah, saya akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik. Bagi saya sikap mereka yang tidak tahu menghargai, menghormati dan memahami tugas dan sumbangan orang lain saya terima sebagai cabaran. Inilah yang memberikan kekuatan kepada saya. Kerana cabaran saya Berjaya di sekolah…kerana cabaran saya berada di USM…kerana cabaran saya menjadi guru…kerana cabaran saya sambung 'master' di UTM dan kerana cabaran saya terus berada di IPPM…Insyaallah saya akan terus mencabar diri untuk lebih Berjaya, Berjaya di dunia dan Berjaya di akhirat. Justeru itu, silap besar mereka yang menganggap saya akan berundur dan lemah bila saya diberi cabaran…Insyaallah cabaran itu akan terus memberi kekuatan dan mendewasakan saya ……setiap cabaran saya akan tempuhi dan rentasi tanpa kenal erti putus asa dan kecewa selagi jantung masih berdegup dan nadi masih berdetik….Bagi saya inilah sunatullah dalam perjuangan….

    

13 July 2008

DILEMA DI ANTARA AGAMA VS PARAS RUPA



Bila Baginda Rasulullah menyatakan aspek-aspek wanita yang diberi keutamaan dalam pemilihan lelaki, ketika itulah ramai yang akan mengangguk mengiyakan kecantikan salah satu kefarduan dalam pemilihan aspek tersebut. Yang lebih menarik, kalam ini bukan sahaja berlegar dikalangan lelaki, namun wanita juga mementingkan juga aspek kecantikan rupa pada pasangannya. Jika kulitnya hitam, mukanya berjerawat, hidungnya tak mancung, kurang incinya, badannya gempal, mungkin ia bakal diletakkan dalam senarai nama yang tersisih dari pemilihan utama. Tidak kurang itu, ada yang mengatakan rupa tidak menjadi masalah tapi perwatakan dan imej mesti 'smart'. Itulah senario manusia bila diletak berbagai pilihan di depan mereka, mereka ingin memastikan pilihan itu adalah yang terbaik.

Namun sadisnya, mereka tidak meletak garis panduan dalam pemilihan tersebut yang menyebabkan penyesalan menimpa-nimpa ke atas diri mereka. Bila mereka berada lebih jauh dari itu, ketika itu perkara yang diingini tidak menjadi, yang diharapkan menjadi sia-sia. Membuat mereka berfikir kembali, menyesali pemilihan tersebut, langsung tidak menguntungkan mereka. Mungkin ada betulnya pepatah melayu pernah menyebut 'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Benarlah sabda baginda SAW; 'Aku tinggalkan kepada kamu semua 2 perkara yang kamu tidak akan sesat selamanya bilamana kamu semua berpegang 2 perkara ini, iaitu kitab Allah dan Sunnahku'.

Oleh kerana itu, kegagalan menyusuri dan mengikuti pegangan ini, menyebabkan kita terus dibawa arus duniawi yang sentiasa mencabar hati dan diri ini. Bagi menentukan pemilihan tersebut, tentunya Baginda SAW juga pernah bersabda sebagai satu 'guide line' yang paling terbaik untuk mengekalkan hubungan pasangan dan keluarga. Sabdanya; 'Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara, kerana hartanya atau kerana keturunannya atau kerana kecantikannya atau kerana agamanya, pilihlah yang beragama kerana ia akan menjaga kamu'.

Cantiknya permilihan itu bila ia berorentasikan agama. Satu aspek yang tidak dimamah usia dan terus kekal hingga kehidupan seterusnya. Namun realitinya ia sungguh payah untuk dipraktikkan. Akhirnya ia terus menjadi teori yang cantik tapi amalinya tidak sampai kemana. Itulah manusia yang selalu disebut didalam kitab suci Al-Quran sebagai mereka yang mudah terkesan dengan perhiasan duniawi. Mungkin kondisi paling selamat dalam membicara polimik ini, bila kita menggabungkan salah satu aspek bersama dengan agama. Mungkin cara ini dapat merealiasikan sedikit sebanyak sabda Baginda salallahualaihi wasalam daripada ia hanya tinggal sebagai teori semata.

Begitu hebat umat terdahulu, bila sahaja disebut oleh Baginda, hati dan jiwanya cukup bernafsu untuk melaksanakannya. Akhirnya daripada mereka ini, lahirnya generasi hebat yang meletakkan ketaatan kepada Allah dan Rasulnya dan sanggup mengorbankan nyawanya demi ketaatan ini. Sebabnya, pasangan terpilih dari agamanya terpilih yang membawa kelahiran generasi yang soleh. Itulah bandingan generasi terdahulu dengan generasi kini, memilih tersalah pilih, tidak mengetahui garis panduan dalam pemilihan dan seterusnya menyesali pemilihan tersebut. Generasi kini sebenarnya mampu ke tahap itu, tapi syaratnya biarlah pemilihan itu, meletakkan agama itu suatu prioriti yang ditekankan berbanding aspek yang lain.

Agama itulah kecantikkan hakiki. Yang tersirat berbagai rahsia yang mampu memberi kekuatan rumah tangga. Dialah bakal menjadi sayap kiri yang mengimbangi kehidupan yang mencabar ini. Yang rela bersama hadapi kesusahan, yang minta ditegur bila dia bersalah, yang ketika umur usangnya, dia tetap disayangi oleh anak-anak dan juga suami tercinta.

12 July 2008

NILAI KEMANUSIAAN SEMAKIN HILANG...


MENGHAYATI KEINDAHAN ALAM

Sepanjang saya berada di Institiut Biodiversiti Perhilitan di Lanchang Pahang, saya merasa cukup tenang. Menghayati keindahan alam ciptaan Allah sambil ditemani irama hidupan hutan yang hidup bebas. Lupa segala hiruk pikuk suasana kota yang bergelumang dengan pelbagai kisah masyarakat. Diselubungi dengan pelbagai kisah dan teori konspirasi politik yang di sulami dengan adegan –adegan yang memualkan.
Terasa berat hati untuk meninggalkan suasana rimba lebih – lebih lagi melihat telatah hidupan liar di sini yang menghiburkan. Tetapi apakan daya tanggungjawab kepada tugas dan keluarga serta komitmen lain menuntut saya untuk kembali ke suasana kota.
Bila saja mengakses internet di website dan blog berita dan isu semasa…saya hanya mampu mengeleng kepala dan mengeluh sendiri sambil memikirkan tentang senario hari ini. Apa nak jadi dengan manusia hari ini…Kadang – kadang lebih teruk dari binatang di hutan yang tidak ada akal tetapi masih lagi ada sifat – sifat penyayang dan tanggungjawab.
Renungkanlah apa yang berlaku kepada Megat Mohd Amirul Adha Sobri, 22, yang didera lebih kejam dari perlakuan seekor binatang buas di Pusat Permulihan terkenal di Kajang Selangor ( PERKID ). Lihatlah juga apa yang terjadi bila mereka yang berkuasa di peringkat tertinggi disisasat kerana salah guna kuasa. Semua ini membuat saya terfikir dan terkesima… Mungkin usia dunia ini sudah semakin tiba ke penghujungnya…Adakah kita sudah bersedia menghadapinya….Tanyalah diri kita sendiri…


MEGAT AMIRUL MENJADI MANGSA KEKEJAMAN MANUSIA


KETUA POLIS NEGARA DAN PEGUAM NEGARA DISIASAT BPR


KETUA PENGARAH IMIGRESEN DITAHAN REMAN 4 HARI OLEH BPR

07 July 2008

ILMU : PANDANGAN & FATWA DR YUFUF QARDAWI TENTANG HUKUM LEWAT...LIWAT

Seperti mana diketahui bahawa Prof Dr Yusuf Qaradawi adalah salah seorang ulama semasa yang berkemampuan mengeluarkan pendapat syarak dengan berani dan bebas tanpa rasa takut kepada seseorang pemerintah ataupun negara. Beliau adalah anggota dalam beberapa lembaga dan institusi ilmiah dan dakwah, antaranya ialah Lembaga Fiqh Rabitah Alam Islam di Makkatul Mukarramah dan Lembaga Diraja bagi Kajian Tamadun Islam di Jordan dan juga Markaz Pusat Kajian Islam di Oxford dan begitu juga Majlis Amanah di Universiti Islam Islamabad dan Organisasi Dakwah Islamih di Khartoum, Ketua Jawatankuasa Perunding Syar'ie di beberapa bank Islam, Ketua Pusat Kajian Sunnah dan Sirah di Qatar dan Pengerusi Majlis Fatawa dan Penyelidikan di Eropah.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Soalan Pertama: Jika seseorang yang dikenali oleh khalayak ramai sebagai orang yang istiqamah, berkeperibadian bersih dan salih sepanjang hidupnya, tiba-tiba dituduh dengan tohmahan-tohmahan yang keji seperti berzina, melakukan perbuatan kaum luth, membunub dan lain-lain. Apakah hukum shariah berkenaan dengan orang yang menuduh dan yang menuduh dan yang orang yang di tuduh? Adakah orang yang di tuduh wajib membela diri? Dan apakah kewajipan masyarakat Muslim berkenaan perkara ini?
Jawapan: Menuduh orang-orang yang bersih dengan tohmahan-tohmahan, terutame tohmahan-tohmahan yang besar seperti berzina, liwat dan membunuh merupakan satu perbuatan yang diharamkan secara tegas oleh Islam. Bahkan ia termasuk dalam dosa-dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah dan azab-Nya.
Sebab tohmahan-tohmahan seperti itu berupaya untuk menyerang kemuliaan diri orang-orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan. Ianya juga boleh menyebabkan orang ramai berburuk sangka terhadapnya, manakala orang-orang yang tidak diinginkan terhadapnya. Perkara sedemikian juga menyebabkan tersebamya kejahatan di kalangan orang-orang yang beriman. Oleh iru, al-Quran mengacam keras perilaku seperti ini dan mengancam para pendusta yang melakukannya dengan seksaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah s.w.t.: Terjemahan: Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminah tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata. (Surah al-Ahzab 33:58)
Firman Allah s.w.t.: Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik yang lengah (tidak pemah terlintas untuk melakukan perbuatan yang keji) lagi beriman (dengan tuduhan zina), mereka terkena laknat di dunia dan di akhirat dan bagi mereka azab yang besar. Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka minjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Di hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurur semestinya dan tahulah mereka bahawa Allah lah yang Benar, lagi yang menjelaskan (segala sesuaru menurut bakikat yang sebenarnya). (Surah an-Nur 24: 23-25)
Para ulama telah sepakat (Ijma') mengatakan bahawa dosa dan hukuman terhadap orang yang melemparkan tuduhan ke atas lelaki mukmin adalah serupa dengan dosa dan hukuman terhadap mereka yang melemparkannya ke atas wanita mukminah.
Ayat di atas turun dalam bentuk seperti ini (menggunakan perkataan mukminat) karana ayat tersebut diturunkan khas sebagai pembelaan terhadap Ummul Mukminin Aishah As-Siddiqah Binti Abu Bakar As-Siddiq Beliau merupakan salah seorang isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w. selepas khadijah, Peribadi yang suci ini terpaksa berhadapan dengan tuduhan yang keji.
Orang-orang munafik menyebarkan khabar angin tentangnya dan meleparkan tohmahan bahawa beliau telah melakukan skandal dengan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang tidak pernah diragui kebersihan peribadinya. Orang-orang munafik benar-benar telah menggunakan peluang ini dengan mengobarkan api fitnah.
Demikianlah kisah 'Hadith al-Ifki' yang telah mempermalukan dan meresahkan rumah nabi s.a.w., rumah Abu Bakar as-Siddiq serta seluruh bandar Madinah. Akhirnya turunlah ayat al-Quran daripada petala langit yang tujuh, bagi menerangkan perkara tersebut judg secara jelas dan tegas dan mengembalikan keadaan seperti sedikala. Ayat tersebut juga telah membiskan lidah-lidah para pendusta dan membersihkan kembali nama Aishah yang jujur dan suci daripada segala tuduhan jahat. Selepas turunnya ayat-ayat tursebut, kaum Muslimin pun merasa lega kerana telah terkeluar daripada fitnah yang keras dan pahit itu.
Bacalah firman Allah s.w.t. pada surah an-Nur: Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira babawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata." Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta. (Surah an-Nur 24:11-13)
Inilah hukum Allah yang tegas: sesiapa yang menuduh orang lain telah melakukan perbuatan keji seperti berzina maka dia mesti mengukuhkan tuduhannya itu dengan mendatangkan empat orang saksi yang adil cacat kepetibadinnya. Kesemua saksi itu mestilah telah melihat yang tertuduh sedang melakukan perbuaran zina dengan perempuan secara jelas dengan mata kepala mereka sendiri. Demikianlah sebagaimana yang telah di terangkan secara kiasan dalam undang-undang shariah: seperti: besi celak dimasukkan ke dalam bekasnya atau seperti pena dimasukkan ke dalam ootol dakwat. Jika orang yang menuduh tidak berjaya mendatangkan empat saksi sebagaimana yang ditrangkan di atas, maka dia dianggap sebagai seorang pendusta di sisi Allah s.w.t. Allah menegaskan bahawa si pendusta ini mesti dikenakan hukuman shariah, bahkan dia terkena tiga jenis hukuman yang tertera al-Quran al-Karim, iaitu pada firman Allah s.w.t.: Terjemahan: Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (Berbuat zina) mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) 80 kali sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik. (Surah an-Nur 24:4, 5)
Ayat-ayat yang mulia di atas menyebutkan tiga jenis hukuman terhadap jenayah yang keji itu: Pertama: Hukuman fizikal, iaitu disebat sebanyak lapan puluh sebatan. Sebatan yang menyakitkan tubuh badannya itu merupakan balasan terhadap perbuatannya menyakiti peribadi orang-orang yang baik. Tuduhan yang telah disebarkannya itu juga boleh memusnahkan kehidupan orang-orang yang dituduh beserta kaum keluarganya.
Kedua: Hukuman moral dan sosial, iaitu dengan menggugurkan segala pertimbangan moral dan sosial orang yang menuduh. Kesaksiannya dalam urusan kewangan, civil, sosial, politik tidak boleh diterima pakai. Perkataan 'kesaksian' dalam ayat di atas diturunkan dalam bentuk nakirah (am) dan berbentuk penafian. Oleh itu, ia mencakupi seluruh jenis kesaksian. Berdasarkan hal ini, orang itu wajib digugurkan haknya untuk mengundi dalam pilihan raya, terlebih lagi hak untuk diundi.
Ketiga: Hukuman agama, iaitu dengan menggelarinya sebagai orang yang fasik dan memasukkannya ke dalam golongan 'Fasiqun'. Al-Quran menyebutkan kefasikan sebagai lawan daripada keimanan. Firman Allah s.w.t.: Terjemahan: Maka adakah orang-orang yang beriman serupa dengan orang yang fasik? Mereka tidak sama. Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih, maka bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang mereka kerjakan. Adapun orang-orang yang fasik, maka tempat mereka ialah neraka. (as-Sajdah 32: 18-20)
Al-Quran juga telah melekatkan gelaran fasiq ini kepada Iblis, makhluk paling durjana. Firman Allah s.w.t.: Terjemahan: Dia adalah daripada golongan jin, maka dia berlaku fasik (derhaka) terhadap perintah Tuhannya. (Surah al-Kahfi 18:50)
Walau bagaimana pun, dengan rahmat dan kasihnya Allah masih lagi membuka pintu taubat bagi mereka yang ingin mensucikan dan membersihkan diri. Firman-Nya: Terjemahan: Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah an-Nur 24: 5)
Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa taubat hanya diperkenankan bagi memansuhkan hukuman terakhir, iaitu penggelaran dirinya sebagai fasik. Taubat tidak akan memansuhkan hukum gugurnya kesaksian dari pihaknya. Sebab perkara 'gugurnya kesaksian' dalam ayat di atas disifatkan Allah sebagai kekal. "Dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya"
Jenayah melemparkan tohmahan itu boleh menjadi lebih besar jika orang yang dituduh dikenali oleh khalayak ramai sebagai orang yang istiqamah dan salih. Mereka mengenalnya sebagai orang yang baik dan tidak pernah menyaksikan sebarang kejahatan dilakukannya. Sesungguhnya suara orang ramai merupakan pena-pena kebenaran. Kesaksian yang boleh dipertimbangkan hanyalah kesaksian orang-orang yang salih dan baik. Sebab mereka merupakan saksi-saksi Allah di atas muka bumi, sepertimana yang digambarkan oleh salah satu hadith Rasulullah s.a.w.
Pandangan dan sikap Islam dalam menjaga maruah, kemuliaan dan kehormatan diri seseorang amat tegas dan keras. Islam tidak membenarkan seorang Muslim menyakiti perasaan seorang saudaranya sesama Muslim dengan perkataan menghina, sama ada di hadapannya atau di belakangnya. Firman Allah: Terjemahan: Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang. (Surah al-Hujurat 48: 12)
Dalam satu hadith sahih, Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Setiap Muslim diharamkan untuk mencerobohi darah, harta dan maruah saudaranya sesama Muslim.
Jika Islam tidak menentukan sikap yang tegas seperti ini tentu akan terjadi perbalahan di antara selurah manusia, manakala kemuliaan serta maruah diri mereka akan ditindas. Akhirnya musnahlah seluruh hak dan kebebasan.
Bertolak atas kesedaran ini pula Islam memerintahkan kita untuk tidak menceritakan aib orang lain demi menjaga maruah dan peribadinya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada seseorang yang menggesa Ma'iz untuk mengaku berzina sehingga dijatuhkan hukuman rejam: "Jika engkau tutupinya dengan bajumu tentu lebih baik untukmu". Rasulullah juga bersabda: "Seluruh umatku akan memperolehi pengampunan, kecuali orang-orang yang suka meyebarkan aib orang lain." Dan baginda bersabda: "Sesiapa yang menutupi kesalahan seorang Muslim nescaya Allah akan menutupi (kesalahannya) di dunia dan akhirat."
Allah s.w.t. berfirman dalam al-Quran al-Karim: Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. (Surah an-Nur 24: 19)

Soalan Kedua: Adakan orang yang dituduh berhak untuk membela diri? Bolehkan ia dicegah dari melakukan hal itu? Apakah kewajipan masyarakat Muslim di sekelilingnya? Bolehkah mereka berdiam diri dan membiarkan perkara tersebut berlalu begitu sahaja?
Jawapan: Hak seseorang yang dituduh dengan tuduhan melibatkan agama, maruah serta moral ialah: Membela diri dari tuduhan orang yang telah menzaliminya dan meninggikan suaranya dalam menyuarakan kebenaran. Bahkan dalam satu ayat al-Quran Allah telah memberinya satu hak istimewa untuk melindungi kchormatan dan maruah dirinya. Firman Allah: Terjemahan: Allah tidak menyukai ucapan-ucapan buruk yang (diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang-orang yang dianiaya. Allah adalah Maha mendengar lagi Maha mengetahui. (Surah an-Nisa' 4: 148)
Tidak boleh sesiapapun mencegah atau melarang orang yang dituduh daripada membela dirinya. Ia merupakan hak yang biasa dan sah di sisi hukuman shariah. Allah telah memberikan peluang kepada Iblis yang dilaknat untuk berdebar mempertahankan dirinya di hadapan Tuhan scluruh alam. Iblis dengan petahnya mempertahankan kesombongannya dengan mengatkan, "Saya lebih baik daripada Adam." Bahkan pada hari kiamat. Allah juga memberi peluang kepada setiap diri untuk mengetengahkan pembelaan terhadap dirinya.
Oleh itu masyarakat Muslim mesti memberikan peluang kepada orang yang dituduh dan melinaungi hak dan kebebasannya seluas-luasnya dalam proses pembelaan itu. Dia mesti dibenarkan membela dirinya secara lisan, menulis di surat-surat kabar dan berucap di radio dan televisyen. Terutama jika pandangan umum akan memberi kesan yang cukup beras dalam kes tersebut.
Secara shariah, dia tidak boleh diserahkan kepada taring-taring para lawannya yang mencarik-carik kredibilitinya siang dan malam dan membiarkan masyarakat awam hanya menjadi penonton tanpa mampu berbuat apa-apa. Akibatnya, pintu pun tertutup rapat di hadapan orang yang dituduh. Dia tidak mampu melawan sebab tidak memiliki sebarang kelengkapan sedangkan para musuhnya memiliki seluruh jenis senjata. Mereka telah melucuti dirinya daripada sebarang kekuasaan, bahkan lebih dari itu, mereka juga telah mengajak orang ramai untuk ikut serta dalam 'angkatan dusta' dengan menyebarkan perkataan-perkataan jahat yang tidak pernah diingkari. Firman Allah: Terjemahan: Kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya sebagai sesuatu yang ringan sahaja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar. (Surah an-Nur 24: 15)
Masyarakat Muslim merupakan satu masyarakat yang saling bertimbang rasa dan penuh tanggung jawab antara satu sama lain. Ia tidak akan membiarkan seorang yang baik dan tidak bersalah menjadi korban satu kezaliman yang kuat, konspirasi dan makar (tipu daya) yang memusnahkan. Masyarakat Muslim tidak akan berdiam diri menyaksikan perkara itu semua, sebab seseorang yang berdiam diri terhadap kebenaran serupa dengan syaitan bisu. Allah s.w.t. berfirman: Terjemahan: Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah satu berita bohong yang nyata." (Surah an-Nur 24: 12)
Inilah sepatutnya sikap masyarakat mukmin yang mengambil berat antara satu sama lain. Allah berfirman: Terjemahan: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. (Surah at-Taubah 9: 71)
Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Seorang Muslim itu merupakan saudara kepada Muslim yang lain. (Oleh itu) dia tidak boleh menzalimi atau membiarkannya terlantar. (Muttafaqun 'alaihi)
Pengertian 'tidak membiarkannya' dalam hadith di atas ialah tidak melepaskannya atau meninggalkannya begitu sahaja dalam menghadapi kesukaran. Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
Maksudnya: Tolonglah saudaramu sama ada dia zalim atau dizalimi. Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, tentu kami akan menolongnya jika dia dizalimi. Tetapi bagaimanakah kami menolongnya jika dia sendiri berlaku zalim? Rasulullah bersabda: "Dengan mencegahnya dari melakukan kezaliman. Begitulah menolongnya." (Muttafaqun 'alaihi)
Islam mewajibkan masyarakat Muslim untuk menolong orang yang dizalimi dari terus dianiaya oleh orang yang zalim tanpa mengira berapa tinggi darjat atau pangkat penzalim itu. Hadith nabi menjelaskan:
Maksudnya: Jika kamu melihat umatku telah takut untuk mengatakan kepada si zalim wahai zalim, mereka telah ditinggalkan (Allah) Setiap Muslim yang mengenal kebaikan peribadi saudaranya wajib membelanya jika ia mendengar saudaranya itu dibertakan secara buruk. Satu hadith menyebutkan: Maksudnya: Sesiapa yang membantah untu(melind) maruah saudaranya, nescaya Allah akan menolak api neraka daripada wajahnya pada hari kiamat. (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)
Soalan Ketiga: Bagaimana caranya mewujudkan satu perbicaraan yang jujur, berkecuali dan adil. Tidak dipengaruhi oleh kuasa pemerintah dan hanya menggunakan shariah sebagai landasan hukum yang sah. Juga direstui oleh orang ramai sebagai hakim dalam memutuskan perselisihan dan pertelingkahan?
Jawapan: Orang yang dituduh melakukan perbuatan zina (al-Maqzuf), liwat atau sepertinya tidak perlu dibicarakan. Sebaliknya yang perlu dibicarakan ialah orang yang menuduh. Sebab dia telah melemparkan tuduhan 'qazaf' (melemparkan tuduhan zina) maka dia wajib mengemukakan bukti-bukti yang kukuh. Kaedah shariah berkenaan hal ini ialah: Orang yang menuduh wajib mengemukakan bukti dan orang yang dituduh wajib mengucapkan sumpah.
Walau bagaimana pun, dalam kes seperti ini, orang yang dituduh tidak dituntut untuk bersumpah. Sebab pada dasarnya setiap manusia itu bersih daripada sebarang tuduhan, seperti mana secara hukum asalnya setiap Muslim meati berbaik sangka dan memandang dengan pandangan yang baik sesama mereka.
Adalah hak setiap orang yang dituduh dengan tohmahan keji ini untuk menuntut orang yang menuduhnya dalam satu perbicaraan mahkamah shariah yang adil. Manakala kewajipan seorang Qadhi Muslim yang menangani kes ini dengan cara yang diredhai Allah dan hukum shariah-Nya ialah: menuntut penuduh untuk mengemukakan bukti berkenaan dakwaannya, iaitu empat orang saksi sepertimana yang diterangkan oleh al-Quran. Jika dia tidak berbuat demikian maka gugurlah dakwaannya. Qadhi wajib menegakkan hukuman Allah ke atas dirinya iaitu dengan menyebatnya sebanyak 80 sebatan, menghilangkan haknya dalam memberi kesaksian, dan mengecapnya sebagai faslk melainkan jika ia bertaubat.
Pengecualian untuk hukum tersebut hanya pada satu kes sahaja sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu jika seorang suami menuduh isterinya sendiri melakukan perbuatan zina. Inilah ketentuan fardhu Allah terhadap mereka berdua yang dikenali dengan istilah "al-Li'an". Dalam hal ini, suami tidak dituntut untuk mengemukakan empat orang saksi terhadap perbuatan zina yang dilakukan oleh isterinya sendiri dan dilihatnya dengan mata kepalanya sendiri. Dia juga tidak diwajibkan untukterus bersekedudukan bersama isterinya yang didakwa atau diyakini berkelakuan buruk itu. Itulah sebabnya Allah menentukan satu prosedur hukum yang berakhir dengan perceraian abadi antara kedua-duanya. Firman Allah s.w.t.: Terjemahan: Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), sedangkan mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka kesaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima: bahawa laknat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta. Isterinya itu dihindarkan daripada hukuman oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah, sesungguhnya itu benar-benar termasuk orang-orang yang dusta. Dan (sumpah) yang kelima: bahawa laknat Allah atasnya jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar.
Soalan Keempat: Jika seorang pemimpin negara di beberapa kawasan berselisih pendapat dengan timbalannya mengenai isu-isu kewangan, pentadbiran, politik dan lain-lain sehingga mereka berdua saling melemparkan tuduhan-tuduhan antara satu sama lain, maka apakan cara shariah untuk menyelesaikan pertelingkahan di antara kedua-duanya?
Jawapan: Cara yang terbaik berkenaan dengan perkara ini ialah melantik pihak berkecuali ini tidak boleh dipengaruhi oleh pujukan atau ugutan daripada penguasa atau ganjaran atau ancaman daripada permerintah. Dia mesti melihat kepada perkara ini dengan pandangan yang neutral, adil dan mementingkan maslahat umat, sambil berusaha sedaya upaya untuk mencari taufik daripada Allah dalam memutuskan perkara tersebut. Sesungguhnya tengan Allah itu sentiasa berada bersama jamaah, berstu padu itu akan sentiasa mendatangkan kebaikan, manakala perpecahan adalah punca segala keburukan.
Inilah yang pernah dilakukan oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah. Sebelum itu para sahabat yang berada bersamanya atau bersama Mu'awiyah juga telah melakukan perkara yang sama, kaum Khawarij menentang kebijaksnaan tersebut seraya melaungkan slogan: "tidak ada hukum kecuali hukum Allah. Tetapi Abdullah bin Abbas r.a berjaya membungkam mereka dengan hujah-hujah yang jelas dan tegas. Beliau menjelaskan bahawa usaha mencari orang tengah sebagai hakim justeru diperbolehkan oleh Allah dalam perkara-perkara yang jauh lebih remeh seperti perselisihan dalam keluarga antara suami isteri. Jika ia dibolehkan dalam perkara-perkara besar yang melibatkan perselisihan faham berkaitan dengan umat. Selanjutnya Abdullah bin Abbas r.a membacakan firman Allah berikut dihadapan mereka: Terjemahan: Dan jika kau khuatir akan berlakunya persengketaan di antara kedua-dua (suami isteri), maka kirimlah seorang hakam (juru pendamai) daripada keluarga lelaki dan seorang hakam daripada keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang hakam itu bermaksud mengadakan perbaikan, nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah an-Nisa' 4:35)
Saya berpendapat bahawa satu jawatan kuasa yang terdiri daripada para cendekiawan Muslim yang bijaksana dari negara Indonesia, Pakistan, Arab Saudi atau lainnya yang dapat mengadili perselisihan ini dengan kebenaran-kebenaran yang Allah tunjukkan kepada mereka diiringi niat salih, keazaman yang benar, usaha yang bersungguh-sungguh. Dan dengan itu terlerailah segala kesulitan, terbukalah jalan dan berlakulah kesepakatan (taufik) sepertimana pesanan Allah s.w.t berkenaan juru pendamai.
Terjemahan: Jika kedua orang hakam (juru pendamai) itu bermaksud mengadakan perbaikan nescaya Allah memberi taufik kepada mereka suami isteri itu. (Surah an-Nisa' 4:35)
Amat besar harapan saya terhadap saudara-saudara saya di negara Malaysia tercinta, agar mereka berusaha sedaya upaya untuk memadamkan api fitnah dan kembali bersatu padu memperkuatkan ketahanan bangsa, demi menghadapi pakatan-pakatan jahat yang dirancang oleh kuasa-kuasa besar bagi menghancurkan mereka secara khas dan kaum mislimin secara umum. Dan itulah cara termudah bagi mereka menikmati kekayaan dan khazanah negara sedangkan umat dalam kealpaan dan bercakaran sesama sendiri.
Jiwa saya seperti berkecai dan hati saya rasa seperti dihiris melihat kejadian-kejadian yang berlaku terhadap umat Islam. Allah telah menjadikan mereka sebagai umat terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, tetapi sayangnya mereka saling melancarkan tipu daya untuk menjatuhkan antara satu sama lain. Akhirnya yang rugi tentulah negara dan bangsa sendiri. Manakala pihak yang memperolehi keuntungan daripada perselisihan tersebut ialah Israel, Amerika dan kausa-kuasa lain yang menanti peluang untuk menyerang kaum Muslimin. Merekalah yang melaga-lagakan untuk memetik hasil daripada pergaduhan dan pertelingkahan yang berlaku. Mereka menikmati hasil yang maksima daripada pergaduhan antara dua kelompok. Wala hawla Wala Quwata Illa Billah.
Saya mengingatkan saudara-saudara saya akan firman Allah s.w.t Terjemahan: Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai. Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu semasa kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu jadilah kau kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara. Dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat kepadamu, agar kamu memperolehi petunjuk. (Surah Ali Imran 3:103)

04 July 2008

Bingkisan Jumaat…

Sedar tak sedar…Hari ni dah pun 1 Rejab 1429 Hijrah. Kalendar kat penjuru kanan atas di blog ni ada 'technical error' masih lagi menunjukkan 29 Jamadil Akhir. Ramai yang ternanti – nantikan kehadiran bulan ini untuk melipat gandakan amalan kerana 'terpesona' dengan tawaran pahala dan fadhilat yang berlipat kali ganda. Benarkah begitu ? Sila rujuk 2 artikel saya selepas ini yang membicarakan tentang Bulan Rejab.

Walau bagaimanapun apa yang pasti seperti yang disepakati oleh para ulamak ( rujuk artikel selepas ini ) , dalam bulan rejab merupakan satu daripada 4 bulan yang diharamkan oleh Allah SWT daripada berlaku peperangan dan persengketaan serta perselisihan yang membawa kepada permusuhan berlarutan yang tersemat dendam kesumat dan bermaharajalela budaya fitnah memfitnah. Perkara ini turut diakui oleh Perdana Menteri sebagai yang terburuk sepanjang 30 tahun beliau terlibat dalam politik. Sila klik link di bawah :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0704&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Di Negara kita…Bulan Rejab yang tiba seolah – olah member isyarat kepada kita bahawa satu 'peperangan besar' akan berlaku dalam senario politik negara…Kebelakangan ini banyak peristiwa pelik dan kadang kala tak masuk akal serta melucukan berlaku…Tak perlulah saya mengulasnya…seluruh dunia dah tahu… sama – sama kita nantikan skrip dan episod yang seterusnya. Siapa lagi pelakon dan watak pelakon utama serta pelakon tambahan atau pelakon 'pak pacak' yang akan muncul selepas ini. Nampaknya cerita sudah semakin menarik…permainan semakin rancak…pertarungan semakin sengit…babak – babak semakin mendebarkan…Mari – mari kita lihat siapa yang kenaaaaaaaa……Wallahu'alam…


 


 

Peristiwa penting di dalam Bulan Rejab

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

  1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
  3. Perang Tabuk - mengingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M).
  4. Hijatul Wada', di dalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu: Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yg tunggal ialah Rejab

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

(Surah Al Israa': 1)

BULAN REJAB: DI ANTARA KEBENARAN DAN KEPALSUAN….

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual di mana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.

Tarikan dan seruan yg ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis-hadis yg mengandungi Fadilat-Fadilat beribadat di dalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku- buku kecil yg mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam begitu laris dipasaran menjelang bulan Rejab.

Begitu juga di zaman era Internet ini (ICT), e-mail dan maling list yg diforwardkan mengandungi 'cut & paste' dari fadilat-fadilat Rejab yg terkandung di dalamnya. Rata-rata tarikan fad'il (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor penarik kepada kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat sunat. Injeksi faktor ini dapat kita lihat dengan jelas penerapannya di dalam budaya Melayu-Islam seperti rangkap- rangkap sya'ir di bawah ini:[1]

Rejab bulan menabur benih Sya'ban bulan menyiram tanaman Ramadan bulan menuai

Rejab menyuci badannya Sya'ban menyucikan hati Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah Sya'ban bulan syafaat Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat Sya'ban bulan muhibbah Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala Sya'ban diganda 700 pahala Ramadan diganda 1000 pahala

Mungkin timbul beberapa persoalan yg tersimpan di dalam lubuk hati kita: -mengapa bulan Rejab sahaja yg dipilih mempunyai kelebihannya?

Pernah atau tidak kita terfikir yg mungkin berita-berita ini ditokok tambah (exaggerate) oleh manusia biasa yg bercakap atas nama Nabi saw?

Mengapa di dalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir- zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan? Di sini kita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama'-ulama' muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat yg terdapat didalam bulan itu sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yg terkandung didalam Rejab.

-------------------

Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan Haram

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat di dalam Firmah Allah swt di dalam Surah Al- Taubah ayat 9: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.

Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."

Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan "di antaranya empat bulan yg dihormati" ialah: "Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab"[2]

Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan- bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), di mana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10 hb Muharam).

-------------

Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?

Disini nyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat Rejab.

1. Sheikh Atiyah Al-Saqr.

a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan Palsu.

Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat di dalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:[3]

"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, di mana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."

Menurut Al-Saqr lagi bahawa:

"Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan di dalam risalahnya dengan topiknya: Penjelasan yg datang di dalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat di dalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu"

b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain.

Fadilat Rejab secara umumnya berada di dalam Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman Allah di dalam surah Taubah:36 dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada', di dalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu: Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yg tunggal ialah Rejab. Di masa itu orang Islam ditegah melakukan kezaliman, peperangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.

c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya.

Berkata Al-Saqr lagi bahawa: "Amalan Saleh di dalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya di dalam bulan-bulan Haram, yg didalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja [berpuasa] hari pertama atau pun hari akhir.

Berkata Ibnu Hajar: 'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau Hasan'."

Beliau memetik beberapa hadis da'if dan palsu, diantaranya ialah:

i. "Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa satu hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if.

ii. "Barangsiapa berpuasa sehari di dalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa di dalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari mka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" - hadis ini Dha'if.

iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa rejab menurut hari, dan di dalamnya terkandung matan :

"Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" - Hadis ini palsu.

d. Tidak ada solat khas di dalam Rejab.

Daripada Hadis yg tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat:

"Barangsiapa yg solat Magrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab." - Itu adalah hadis Mawdhu'

e. Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya:

Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al- Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya di dalam Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah- sejarah yg berlaku dibulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya.

"Ini adalah manusia yg prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama di dalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya di dalam agama, dan ganjaran yg besar daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini.

Adalah lebih aula di dalam bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yg berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mengingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M). Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu pengajaran darinya, di mana orang Islam menganggapnya berlaku di dalam bulan Rejab. Allah yg Maha Mengetahui."

2] Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain

Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yg terdapat di dalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya [4]: "tidaklah ada kesahihan di dalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya - di dalamnya ada 4 bulan haram - Al- Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat.

Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa di dalam Sya'ban.."

b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu.

Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya: "Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab - "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"..... Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu! .... yakni penipu.. Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama.

Di situ ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini.... Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan di dalam Hadis yg memasukkan perkara yg berlebih-lebihan...."

c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.

Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan di dalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya : "Berkata ulama': Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar di atas perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih ke atas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong."

d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu

Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yg boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis.

Kata beliau: "Ulama' telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya... sesungguhnya telah datang hadis:

"Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong....." (Riwayat Muslim di dalam muqadimahnya yg Sahih),

tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya .... maka di sana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb.........."

3. Ibnu Hajar Al-Asqalani

Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat didalam fatwa Shiekh Al-Saqr[5] mengenai fadilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar:

"Ibnu Hajar di dalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yg melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad (niat) yg bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya dikhaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda: "Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail". - riwayat Muslim. Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yg di dalamnya terkandung puasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yg dinaqalkan oleh Abi Bakar Al- Thorthorshi didalam bukunya "Bid'ah wa hawadith" bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis:

1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.

2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yg kekal.

3. Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yg lainnya kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : "Puasa adalah amalan kebajikan". Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar."

---------------

4] Dr. Sayid Saabiq

Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa:

"Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan- bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram". Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh[6].

------

Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif

Di bawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:[7]

a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al- Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salam pada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya? - Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.

b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat ke atas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat. - Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.

c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan. - Hadis sangat Dhaif. *Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar. *Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk. *Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpuasa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah. - Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk. *Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.

e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir. - Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.

f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga. - Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu'.

---------------

Bagaimana beramal di dalam bulan ini?

a. Shiekh Mahmud Al-Sya'rawi[8] di dalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan 'am yg afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad:

"Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw,katanya: Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata: Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah di bulan Haram, maka sesungguhnya di dalamnya dari Taubat Allah swt ke atas satu kaum, dan terdapat taubat di dalamnya untuk satu kaum yg lain"

Jelas di sini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah swt di dalam bulan-bulan ini.

--------

b. Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab [9]:

"Bulan Muharam dari segi syara' dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga Sya'ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil disan keatasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA ber'itiqad yg khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi masalah."

Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda: ((Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah di bulan Allah Al- Haram)). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya'ban di mana Nabi saw berpuasa dengannya"

------------

c. Seorang Ulama' Islam dari negara Syria yg terkenal pada masa kini, Dr Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakkan iman empat mazhab (Syafiie, Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai terdapatnya amalan berpuasa sunat di dalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya. Kata Dr Wahbah Zuhaily[10]: "Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat di sisi Mazhab Maliki dan Syafiie, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa di bulan Haram, pada mereka itulah puasa yg afdal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah saw: ((Seafdal solat ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan ialah di bulan Allah Al-Haram)). Seafdal puasa di bulan haram ialah Hari Al-Asyura', sebagaimana di antaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah: Sunat berpuasa di dalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu:- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu."

-------

d. Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab [11] juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa di bulan- bulan haram, katanya: "Mengenai sunat berpuasa dibulan Rejab dan Sya'ban, Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan hanbali......... Hanbali: Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka tidaklah Makruh."

---------

e. Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa di dalam bulan Rejab itu sunat atau bid'ah, beliau telah menjawab [12]:

"Berpuasa di dalam bulan adalah maqbul dan mustahab, ke atas semua perkara. Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak berpuasa di dalam bulan Sya'ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah ... Beliau berpuasa dan berbuka disetiap bulan, seperti riwayat mengatakan: ((Beliau berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa)) (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud).

Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yg kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari di dalam bulan Syawal, dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh", selepas berbuka, mereka akan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari Syawal... Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari A'id. INI TIDAK DATANG DARI NABI SAW, atau pun dari para sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan berbuka sehari. Tidak ada berterusan didalam puasa. Semua kebaikan adalah menurut Salaf dan keburukan adalah dari rekaan para Khalaf. Barangsiapa yg ingin ber'iitiba' dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikur Nabi saw di mana tidak berpuasa sepenuhnya di dalam Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya di dalam Sya'ban. Dan ini adalah yg lebih utama. Wa Billahi Tawfiq."

Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan- bulan haram, tetapi tidaklah sepenuh bulan Rejab dan Sya'ban, kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau sahabat-sahabatnya ataupun para ulama' Salaf.

---------

Puasa-Puasa sunat yg lain

Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya'rawi didalam fatwanya[13] menjawab persoalan mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8 jenis puasa yg beliau sifat sebagai: "Puasa yg orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah" Puasa-puasa sunat (suka rela):

"1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji.

2. Hari Asyura', disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.

3. 6 hari didalam bulan Syawal.

4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu:- hari 13,14 dan 15.

5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.

6. Berpuasa di dalam bulan-bulan haram iaitu:- Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga 9 Zulhijjah.

8. Berpuasa penuh didalam Sya'ban atau dengan banyaknya."

Para Fuqaha' berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa sunat, tetapi dia masih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia mengqada'kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.[14]

-------

Kesimpulan

1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr)

2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)

3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada keempat-empat bulan-bulan haram.(Al-Saqr, Al- Qardawi)

4. Tiada ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al- Qaradawi).

5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa dan bertaubat. (Al-Sya'rawi)

6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah: - hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muharam (Bin Bazz)

- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (Hanafiah

-Al-Zuhaily)

- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)

- berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).

7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)

8. Tidak boleh HANYA berpuasa di bulan Rejab sahaja, di mana 3 bulan- bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)

9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur di dalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.

10. AWASLah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik).

Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab atau bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada 'role model' atau contoh kita, iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt didalam surah Al-Ahzab ayat 21:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Al-Ahzab - 21].

Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yg telah diajarkan oleh Rasulullah saw.

wassalam


===============

Rujukan :

1] Budiman Radzi. Fazilat bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadzan. Alor Setar : Muzakkir Enterprise, 1990.

2] Tafsir Jalalain. Harf.com. URL : http://quran.al-islam.com/arb/Default.asp

3] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp? hFatwaID=10249

4] Shiekh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - kesahihan fadilat Rejab. URL : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp? hFatwaID=1308

5] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp? hFatwaID=10249

6] Sayyid Sabiq. Fikh Al-Sunnah. Beirut : Al-Fath Lil'alam Al-Arabi, 1995 (cetakan khas dari manar Al-Dauliyah). ms 596.:

7] Prof. Madya Dr. Farid Ahmad Mohd Isa Jalil. Himpunan hadis-hadis lemah & palsu. Kuala Lumpur : Syarikat Nurulhas

8]. Shiekh Mohammad Mutawali Al-Sya'rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi, 2000. ms. 371.

9] Syiekh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa. Riyad : Dar Al-Watan, 1996 ms. 269.

10] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu. Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989. ms 591.

11] Abdul Rahman Al-Jaziry. Kitaabu Al-Fikhu a'la al-Mazaahibi Al- Arba'ah. Dar Al-Manar, 1999. ms447-448

12] Shiekh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - Puasa Rejab. URL : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp? hFatwaID=1310

13] Sheikh Mohammad Mutawali Al-Sya'rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi, 2000. ms 415

14] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu.Damsyik : Dar Al- Fikr, 1989. ms 595.

03 July 2008

PELAJAR IPT TERLIBAT AKTIVITI TAK BERMORAL...

Seramai 93 orang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), kesemuanya warga tempatan terlibat dalam kes khalwat sepanjang tempoh dua tahun lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, seramai 64 orang pelajar terlibat pada tahun 2006 tetapi ia berkurang kepada 29 orang pada 2007.

"Kes salah laku pelajar IPT yang melibatkan perundangan hanyalah membabitkan kes khalwat. Yang lain, kes hanyalah berkaitan dengan pelanggaran peraturan kampus dan tatatertib," katanya menjawab soalan Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR-Hulu Selangor) pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Jelas Khaled, kesalahan yang tidak melibatkan perundangan itu turut merangkumi kesalahan penyelewengan akademik seperti meniru, membawa nota semasa peperiksaan dan memplagiat serta kesalahan lalu lintas.

"Pada tahun 2006, seramai 861 orang pelajar dikenakan tindakan tatatertib di keseluruhan IPTA manakala jumlahnya menurun kepada 522 orang pada 2007," ujarnya.

Sebagai langkah pencegahan, Khaled berkata, pelbagai usaha telah dijalankan merangkumi penganjuran aktiviti bersifat kenegaraan, kemasyarakatan, badan beruniform, dialog akademik, ceramah kesedaran dan motivasi serta ceramah agama.

"Pihak kementerian percaya dalam menangani masalah ini, penglibatan semua pihak adalah penting dalam membentuk golongan pelajar yang bukan saja terpelajar, tapi juga menghormati tuntutan agama dan budaya," katanya.

KENAIKAN HARGA BARANG…RASULULLAH DAH RAMALKAN

Sedar atau tidak, kita umat Islam berbangsa melayu ini amat jarang mungkin meneliti amaran, saranan dan ramalan Rasulullah berkaitan keadaan dan kondisi umat pada akhir zaman.

Ramalan Al Quran berkaitan pembakaran minyak di Hijaz, ramalan Rasulullah berkenaan keadaan pengepungan bumi Iraq (economic sanction), gencatan senjata umat Islam dengan bangsa eropah-Amerika, perkembangan system IT dan komunikasi awam dan sebagainya jarang sekali dikupas di masjid-masjid.

Hebatnya Rasulullah iaitu insan wahyu terulung ini. Saya berminat mengambil potongan hadis sahih seperti yang dibawah untuk kita teliti.

Bersabda Rasulullah SAW daripada Auf Bin Malik,


 

" Aku menghitung ada enam perkara yang akan terjadi menjelang hari kiamat iaitu; ……kemudian melimpahnya wang (harta) sehingga apabila seseorang diberi gaji seratus dinar maka ia tetap tidak puas…."


 

( Riwayat al-Bukhari)


 

Menurut Amin Muhammad Jamaluddin( 2004) , pada zaman Rasulullah satu dinar dapat membeli seekor kambing. Pada hari ini pendapatan 500 dinar tetap tidak mencukupi. Selain nafsu serakah, ia dipengaruhi oleh harga barang dunia yang semakin meningkat akibat salah tadbir ekonomi dan politik, penghakisan dan penyerapan bahan mentah secara wewenang serta sikap monopoli dan eksploitasi mata wang dunia demi kepentingan peribadi (perangai Yahudi).

Jadi Rasulullah sudah nampak akan terjadinya senario hari ini di mana permintaan (demand) melebihi pengeluaran (surplus), inflasi meningkat serta sikap gaya mewah dan berlumba-lumba ke arah kemewahan berlaku. Mari kita letili sedikit fakta di bawah.

Harga kertas dan alatan tulis akan meningkat hingga hujung tahun ini iaitu sehingga 50% ! ( Kata Alexander Lee jurucakap bagi penjual buku Selangor, Pertubuhan Percetakan akhbar wilayah Cina Pusat dan Selangor dalam The Star 22 Jun 2008). Akibatnya, pendidikan akan menjadi perniagaan.

Buku ilmiah akan dikurangkan sebaliknya lambakan bahan picisan dan lucah memenuhi pasaran kerana hanya bahan sebegitu akan menjadi perhatian ramai di dalam suasana bahan pencetakan mahal. Jadi ia boleh mempengaruhi moral sesebuah negara juga.

Kenaikan harga petrol adalah sebayak 41% dan diesel 63%. Akibatnya tarif elektrik naik. Harga barang naik. Gejala sosial dan jenayah akan menigkat. Lihat sahaja pada zaman Jepun sebaik sahaja Jepun memperkenal sistem matawang yang tiada nilai. Inflasi meningkat lebih 100% ! Jenayah meningkat. Jepun ambil tindakan mudah dengan membunuh sahaja pencuri atau dikerah ke Siam dan Burma membuat jalankeretapi maut.


 

Kenaikan CPI ( Indeks Harga Pengguna) adalah disebabkan;

kenaikan harga minyak dan krisis kekurangan makanan global.

The Star juga melaporkan 22 Jun 2008 (mukasurat 22) mengenai kegelisahan dan bahana yang menimpa kini terhadap peniaga kecil mahupun peniaga sederhana modal. Akibat kenaikan harga kos (raw material), menyebabkan produk atau perkhidmatan terpaksa naik.

Tetapi peniaga kecil dilarang menaikkan harga. Gaji pekerja kerajaan (awam) tidak segera dinaikan. Gaji pekerja swasta pula mestilah berdasarkan kenaikan gaji pekerja kerajaan kerana kos sara diri di tetapkan oleh kerajaan.


Bayangkan kini kenaikan bahan asas untuk bahan pembinaan adalah sebanyak 15% hingga 20% secara umum. Untuk terperinci sebagai contoh kenaikan harga simen( 21%), pasir ( 14%), steel bar ( 60%) dan lain-lain lagi ( rujukan Master Bulders Assosiation Of Malaysia).

Akibatnya tempat tinggal tiada jaminan. Sedangkan kehendak asasi manusia ialah tempat berlindung, udara, makanan dan pakaian. Ini hak setiap manusia dalam sesebuah negara. Rasuah dan salah moral di kalangan jurutera serta kontraktor akan berlaku. Bahan murah dan banyak akan digunakan.


 

Akibatnya kes-kes seperti MRR2, Highland Tower dan sebagainya boleh berlaku. Banyak kehilangan nyawa dan kerugian berlaku hanya akibat kenaikan harga melampaui kemampuan individu. Lihat kenaikan harga makanan asasi negara ini di bawah.


 

Indeks Harga Pengguna Sehingga disember 2007


 

Sayur sayuran 6.4 %, Makanan diproses 3.8 %, Makanan laut 3.0 %, Daging 3.0 %, Nasi, Roti & Bijirin 2.1 %, Minyak and Lelemak 1.2 %, Gula, Jam, Manisan, Coklat,Biskut1.0 %, Buah-buahan 0.7 %


 

Senarai Barang Yang Mengalami Kenaikan Ketara


 

Cili Merah (+) 20.8 %, Tembikai (+) 15.3 %, Tembikai Susu (+) 9.2 %, Kajang Panjang (+) 8.7 %, Bawah Kecil (+) 6.9 %, Tomato (+) 6.3 %, Ikan Indian mackerel (+) 6.2 %, Ikan Hardtail scad (+) 4.9 %, Ikan Round scad (+) 4.7 %, Kailan (+) 4.5 %, Pizza (+) 4.3 % Tepung Gandum 107%, Tepung Beras 110%, Susu Pekat 75%, Telur 35%, Marjerin 64%


 

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Mengapa Kenaikan Harga Barang Melampau ( Oleh Dr Shafie Abu Bakar )

Disebabkan oleh faktor-faktor yang dapat kita sebutkan sebagai faktor dalaman dan luaran.


 

a) Faktor Dalaman


 

Sebahagian dari faktor dalaman yang penting yang kenaikannya ketara memberi kesan kepada peningkatan harga barangan dan perkhidmatan ialah:


 

Pengkoporatan, Penswastaan dan Perjanjian Berat Sebelah


 

Dapat dikatakan kerajaan mengambil langkah silap dengan pengkorporatan dan penswastaan projek-projek lebuhraya secara berterusan, terbuka dan berat sebelah kerana ia lebih mengutamakan syarikat konsesi daripaa kepentingan rakyat.Tinggi pendapatan ialah PLUS sebanyak RM15.91 bilion dikuti Jambatan Pulau Pinang RM1.7 bilion dan Elite RM1.05 bilion. Selain daripadanya keuntungan antara RM990 juta ke RM 300 juta


 

Harta Negara/Rakyat Menjadi Milik Syarikat


Petronas melonjak dengan keuntungan. Contoh bagi kunci kewangan berakhir 31 Mac 2007 Petronas mendapat untung sebanyak RM46.4 bilion mengatasi keuntungan Mac 2006 sebanyak RM 43.1 bilion (NST March 28, 2007: 4). Bagi tahun Mac 2005 keuntungan sebanyak 35.56 bilion (tertinggi sejak 30 tahun operasi sebelumnya) dan bagi Mac 2004 RM23.66 bilion (UM 1 Julai 2005: 21). Dengan keuntungan tahunan semakin meningkat sejak berpuluh tahun yang lepas (sejak 1970an), Petronas mengungkit ianya telah memberi subsidi kepada rakyat sejak sepuluh tahun lepas berjumlah lebih RM50 bilion (The Star, 28 October 2007: F25).


 

Jana Kuasa dan Sumber Air


 

Api dan air adalah keperluan asasi bagi rakyat. Kedua-dua sumber ini perlu dikawal oleh negara untuk mengelak dari eksploitasi dan monopoli pihak swasta. Misalnya TNB turut berhasrat menaikkan tarifnya pada awal 2008 kerana minyak dan gas akan naik (UM, 20 Okt. 2007: 1), padahal bagi kunci kira-kira berakhir pada 31 Ogos 2007 TNB mendapat untung tertinggi 88% berjumlah RM4.06 bilion berbanding tahun sebelumnya hanya sebanyak RM2.16 bilion(The Star Biz, 26 Oct. 2007: 1).


 

b) Faktor Luaran


 

Memanglah diakui faktor luaran – dimaksudkan luar negara memberi kesan pada kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti kenaikan harga minyak yang kesannya bersifat global, kurangnya pengeluaran seperti gandum disebabkan kemarau dan bertambahnya populasi dunia. Misalnya walaupun pengeluaran makanan dunia tahun ini terbanyak iaitu 1.66 bilion ton melebihi 89 milion tan dari tahun lepas dan bertambah makmurnya penduduk seperti di Cina dan India yang mampu membayar lebih makanan (The Economist December 8, 2007: 81), dari satu pihak pula terdapat 36 negara dengan jumlah penduduk seramai 854 milion yang kekurangan makanan menyebabkan keperluan makanan masih tidak kecukupan (The Star October 21, 2007: N42).


 

Bahan makanan yang sepatutnya untuk dimakan, tetapi bertukar fungsi kepada biofuel dan ethanol untuk bahan tenaga alternatif seperti hasil kelapa sawit, soya, jagung dan tebu. Ini menyebabkan harga makanan sedemikian meningkat tinggi. Termasuk inflasi akibat dari turunnya nilai dolar khususnya bagi negeri-negeri yang bergantung nilaian pada mata wang tersebut.


Kenaikan harga barang dunia adalah disebabkan sikap manusia dan akan mempengaruhi sikap manusia juga. Manusia membina dunia menjurus kearah kebejatan, anak cucu manusia juga akan meneruskan nilai kebejatan malah lebih buruk lagi. Yang penting pemimpin yang mengurus ekonomi da politik perlu dididik bukan sekadar menjaga indeks, pengeluaran dan pencairan wang semata-mata