Perdana Menteri, Dato seri Najib Tun Razak mengumumkan kabinet pembaharuannya petang tadi. Mungkin inilah kabinet 'glokal' yang pernah diutarakan oleh Najib sebelum ini. Kepada menteri dan timbalan menteri yang lama dan baru yang terpilih tahniah diucapkan. Kepada yang terkeluar mereka perlu menerima hakikat bahawa bahawa mereka tidak menepati kriteria 'pembaharuan' yang diinginkan oleh Najib dalam motto 'keramatnya' satu Malaysia, rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan!
Maknanya yang tersingkir tidak lagi menepati citarasa rakyat dan prestasi menurut persepsi Najib.
Tidak ada apa yang istimewa dalam kabinet Najib kecuali usaha beliau untuk kembali menarik golongan agama dengan melantik Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom bekas Pengarah Kagat sebagai Menteri Hal Ehwal Agama Islam.
Tetapi ia tidak mampu menggugat pakatan Rakyat dan kembali menarik sokongan rakyat kepada Umno kerana telah terbukti penolakan rakyat kepada Umno adalah penolakan total yang berkait rapat dengan dasar dan idealis Umno yang semakin menyimpang jauh. Malah telah terbukti kemasukan tokoh-tokoh agama dalam Umno sebelum ini seperti bekas Imam Masjid Negara dan Ummu Hadhari, Dr. Mashitah Ibrahim tidak mampu mengubah dasar dan perjuangan Umno yang terang-terang seperti mempermain dan mempersendakan Islam.
Dalam pemilihan Umno di peringkat bahagian dan pusat tokoh-tokoh agama tersingkir seorang demi seorang atau mula menjauhkan diri daripada Umno apabila Pak Lah 'bersara' sebagai presiden Umno dan Perdana Menteri.
Apa-apapun pembentukan kabinet baru Najib bakal menambah kronik perpecahan yang berlaku dalam Umno hari ini. Bukan sekadar retak menanti belah tetapi hanya menunggu masa untuk bersepai.
Tidak melantik Khairy yang menang Ketua Pemuda tetapi melantik Mukhriz yang tewas ibarat halilintar yang bakal menggoncang Umno. Tidak melantik Khairy tidak mengapa jika Mukhriz pun tidak dilantik sama. Tetapi dengan melantik Mukhriz jelas secara terang-terang Najib ingin menunjukkan kuasa dan pengaruhnya. Ini juga satu penghinaan kepada Khairy dan secara tidak langsung kepada Pak Lah dan penyokong-penyokongnya yang masih bertapak dalam Umno.
Apa reaksi Khairy dan penyokong-penyokong Pak Lah? Sama-samalah kita tunggu...
09 April 2009
MISTERI TERUS MENYELUBUNGI KES ALTANTUYA

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman mati kepada Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar kerana didapati bersalah membunuh wanita warga Monggolia Altantuya Sharibu.
Walaupun hukuman telah dijatuhkan, kes ini terus menimbulkan misteri tentang apa yang berlaku di sebalik pembunuhan berkenaan. Menurut peguam pemerhati keluarga mangsa, Karpal singh walaupun sabitan telah dikenakan kepada kedua-dua tertuduh sehingga hari ini masih tidak jelas apakah motif pembunuhan tersebut dilakukan. Adakah kedua-dua yang didapati bersalah bertindak sendirian tanpa arahan daripada sesiapa?
Lebih-lebih lagi pembunuhan tersebut dilakukan dengan begitu sadis dan tragis sehingga menggemparkan bukan sahaja dalam negara tetapi seluruh dunia.
Adakah kedua-dua bekas polis berkenaan membunuh kerana bermotifkan dendam, cemburu atau menjadi pembunuh upahan? Atau adakah kedua-dua pesalah itu membunuh untuk menguji sejauh mana kecanggihan aset senjata dan bom C4 yang dimiliki oleh pasukan keselamatan negara?
08 April 2009
APA MAKNA DI SEBALIK GAMBAR INI?
TERIMA KASIH DR MAHATHIR BANTU KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT

Ucapan terima kasih dan penghargaan mencurah-curah diberikan kepada semua jentera Pakatan Rakyat baik dari PAS,PKR dan DAP dari semua peringkat kerana kerja kuat yang membantu kemenangan menawan dua bukit dalam PRK semalam.
Walau bagaimanapun kita wajar mengucapakan jutaan terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir atas jasa dan sumbangan beliau sebagai PM sebelum ini yang banyak menyumbang kepada kemenangan bergaya kepada Pakatan Rakyat.
Di antara sumbangan besar Dr. Mahathir ialah :
1. Membuat persempadanan semula kawasan pilihanraya selepas PRU tahun 1999 dengan memecahkan kawasan majoriti Melayu. Ini bertujuan untuk melaksanakan dasar pembangkang'sifar' atau menawan kembali kerusi yang dimenangi oleh Pas.
2. Melaksanakan dasar 'kuku besi' sepangang 20 tahun sebagai PM menyebabkan kemarahan rakyat semakin meluap-luap kepada Umno@BN.
3. Sepanjang pemerintahan beliau rasuah, nepotisme dan kronisme semakin menjadi-jadi sehingga mewujudkan pepecahan yang kronik dalam Umno.
3. Melaksanakan dasar 'langit terbuka' dalam dunia ICT menyebabkan rakyat lebih cepat mengetahui segala tindak tanduk dan pembohongan Umno@BN dengan web dan blog melalui kemudahan internet jalur lebar.
4. Kembali menyertai dan berkempen untuk Umno@BN sehingga majoriti rakyat tidak mempunyai pilihan selain daripada menolak Umno@BN.
Saya berharap Dr. Mahathir akan dipilih menjadi penasihat kepada kerajaan dan Umno@BN dan DS Najib serta lebih proaktif dalam kempen Umno agar mempercepatkan lagi hayat Umno@BN daripada sejarah politik negara.
KABINET 'BERSIH' NAJIB?
UMNO@BN TIDAK DAPAT MENERIMA KEKALAHAN DI DUA BUKIT

Laporan muka depan Utusan Malaysia BN 1, PAS, PKR 1. Jelas menunjukkan hakikat sebenar Umno@BN tidak dapat menerima hakikat kekalahan di dua bukit. Umno@BN melalui 'lidah rasminya' cuba menggambarkan bahawa kedudukan adalah seri! Lucunya dengan akhbar pengampu Umno@BN nombor satu ni.
Kekalahan di Batang Ai adalah sesuatu yang tidak mengejutkan Pakatan Rakyat melalui PKR kerana menyedari hakikat sikap masyarakat Sabah dan Sarawak yang masih ketinggalan dari sumber maklumat terkini dan arus pembangunan. Jadi mereka memang mudah digula-gulakan oleh Umno@BN dengan projek 'mee segera'.
Kemenangan di dua bukit cukup menggerunkan Umno@BN yang fikir bahawa perubahan kepimpinan dalam Umno@BN serta kembalinya Tun Dr. Mahathir akan mengembalikan sokongan kepada mereka. Mereka silap besar. Rakyat bukan sahaja menolak pemimpin dalam Umno@BN tetapi majoriti rakyat sebenarnya menolak Umno@BN secara keseluruhan. Umno@BN seperti tidak insaf dan mengakui hakikat ini bahawa mereka hanya menunggu masa sahaja untuk ditalkinkan dalam PRU ke 13 akan datang.
Umno@BN masih merasakan dengan kuasa dan duit mereka boleh membeli dan melakukan apa sahaja. Tunggulah PRU ke 13 ini. sudah terlewat untuk Umno@BN membuat perubahan. Rakyat sudah cukup muak dan meluat dengan gaya hipokrit dan menindas rakyat yang dilakukan oleh Umno@BN sepanjang 50 tahun berkuasa.
Umno@BN kini sudah cukup terdesak untuk meniti saat-saat parlimen dibubarkan. Saya jangkakan Umno@BN akan menggunakan pendekatan 'mesra' dan 'menindas' untuk memastikan mereka kekal sebagai kerajaan.
07 April 2009
RASMI DUA BUKIT BERJAYA DITAWAN
Sebentar tadi Pegawai SPR bagai kawasan Pilihanraya Bukit Selambau mengumumkan calon PKR M. Manikumar menang dengan majoriti 2403 undi.
Tetapi apa yang lebih menarik semua 13 calon bebas hilang wang deposit. Mungkin boleh masuk guinnes book of record! Bermakna strategi pihak tertentu menaja calon bebas untuk memecahkan undi Pakatan Rakyat ternyata silap besar dan menikam diri. Walau bagaimanapun tahniah kepada SPR dan kerajaan kerana bertambah hasil masul daripada calon yaang hilang deposit RM 8000 seorang X 13. Banyak tu...
Tetapi apa yang lebih menarik semua 13 calon bebas hilang wang deposit. Mungkin boleh masuk guinnes book of record! Bermakna strategi pihak tertentu menaja calon bebas untuk memecahkan undi Pakatan Rakyat ternyata silap besar dan menikam diri. Walau bagaimanapun tahniah kepada SPR dan kerajaan kerana bertambah hasil masul daripada calon yaang hilang deposit RM 8000 seorang X 13. Banyak tu...
ANALISIS AWAL KEMENANGAN DI DUA BUKIT DAN KEKALAHAN DI BATANG AI
- Majoriti rakyat menolak pembaharuan dalam Umno@BN.
- Rakyat menolak taktik lama Umno@BN- ugut,duit,projek 'mee segera',provokasi dll.
- Media massa alternatif (web dan blog)mengatasi peranan media milik Umno@BN seperti Utusan melayu, TV 3 dan Berita Harian.
- Majoriti orang Melayu, Cina dan India menolak Umno@BN.
- Majoriti Rakyat Perak 'memprotes' rampasan kuasa Umno@BN di Perak yang diketuai oleh DS Najib
- Umno@BN bakal ditalkinkan dalam Pru ke 13.
- DS Najib dinasti terakhir PM dari Umno@BN seperti berakhirnya teori R.A.H.M.A.N
- Umno@BN di bawah DS Najib akan melaksanakan dasar yang lebih keras kepada Pakatan Rakyat
- Sabah dan Sarawak kekal menjadi benteng terakhir Umno@BN menjelang PRU ke 13
- Rakyat Perak bakal memberi kemenangan lebih besar kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya DUN bulan Jun ini?
- Maklumat tak sampai di Batang Ai..Kat rumah panjang kat sana mana kemudahan internet macam kat Semenanjung..Mudahle Umno@BN terus menipu rakyat Sarawak
- Faktor lain kemenangan Umno@BN di Batang Ai…DUIT..DUIT..DUIT..
- Pas dan PKR menang di kebanyakan saluran 3, 4, 5 dan 6 di 2 Bukit – menunjukkan golongan muda 21 hingga 35 tahun bersama Pakatan Rakyat.
- Faktor anak tempatan sudah tidak relevan, yang paling penting ialah ketokohan calon.
KEPUTUSAN RASMI:CONFIRM ! NIZAR MENANG
PAS TERUS MARA DI BUKIT GANTANG DAN PKR KEKAL DI BUKIT SELAMBAU
BUKIT GANTANG : PAS 20,021, BN 17,076, Independent 56. Majority 2,945.
BUKIT SELAMBAU : PKR MENANG DENGAN 2396 MAJORITI
ANALISIS AWAL AKAN MENYUSUL
BUKIT SELAMBAU : PKR MENANG DENGAN 2396 MAJORITI
ANALISIS AWAL AKAN MENYUSUL
Subscribe to:
Posts (Atom)




