09 June 2008

AKSI MAT REMPIT DAN MINAH REMPIT TERLAMPAU

PERADUAN 100 HARI 100 KERETA HARAM KATA MUFTI PERLIS

APA yang hendak dipersoalkan lagi kalau haram tetap haram! Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah mengeluarkan 'fatwa'nya bahawa pertandingan Sertus Hari 100 Kereta anjuran Celcom (M) Berhad adalah haram.

Menurutnya ada unsur-unsur judi dalam peraduan itu seperti pembelian nombor ekor.

Bukan saja Mufti Perlis berpendapat demikian, Mufti Johor, Noh Gadut juga berpendapat peraduan berkenaan berusur juga kerana ia memberi harapan tinggi kepada peserta dan ia adalah tidak baik.

Dua orang Mufti telah mengeluarkan fatwa masing-masing. Jadi apa yang hendak dipertahankan lagi. Fatwa dan pandangan Mufti adalah pandangan tertinggi dalam bidang agama. Pandangannya adalah paling berwibawa. Tentunya mereka membuat pandangan itu berasaskan kepada hukum-hukum yang jelas dan tidak ada unsur-unsur kepentingan peribadi ataupun keuntungan syarikat.

Sikap Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Shazali Ramly yang mempertahankan peraduan itu adalah tidak tepat dan dilihat cuba melawan pandangan Mufti serta mengelirukan orang ramai. Alasan Shazali pihaknya telah membuat kajian menyeluruh termasuk merujuk fatwa mengenai produk telekomunikasi sebelum membuat peraduan itu.

Kenyataan Shazali itu lari daripada isu sebenarnya dan mengelirukan orang ramai. Apa yang dirujuk itu ialah mengenai produk telekomunikasi dan bukan mengenai peraduan itu.
Saya pasti kalau Celcom bertanya kepada ulama dan Mufti mengenai peraduan itu ianya tidak akan dibenarkan.

Tidak ada mana-mana Mufti di dunia ini yang akan membenarkan apa-apa juga yang berunsur judi dalam apa-apa jua peraduan.

Jelas, bahawa langkah Celcom mengadakan peraduan itu tidak mendapat pandangan dari pihak berwajib dalam agama sebelum ianya dilancarkan. Jadi adalah elok kalau Celom menarik balik peraduan berkenaan dan para penggunakan khasnya pelanggan Celcom juga tidak mudah mabuk untuk memiliki kereta dan terbabit dengan peraduan berkenaan.

Dalam Islam kalau sesuatu itu haram ianya tetap haram tidak boleh dicungkil ataupun disesuaikan dengan apa-apa keadaan. Di sinilah keistimewaan dan ketinggian hukum Allah s.w.t itu.

08 June 2008

SEKADAR RENUNGAN….


 

Malaysia adalah salah sebuah Negara pengeskport minyak. Bandingkan harga Negara lain yang turut menjadi pengeksport minyak...


 

Negara

Harga Seliter Minyak

UAE

RM1.19

Bahrain

RM0.87

Qatar

RM0.68

Arab Saudi

RM0.38

Nigeria

RM0.32

Venezuela

RM0.16


 


 


 


 

Di Venezuela, harga seliter petrol hanya RM0.16, manakala di negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, UAE dan Qatar, harga seliter petrol di antara RM0.38-RM1.19. Wajarkah harga petrol negara kita berlipat ganda berbanding negara pengeskspot lain ? Persoalannya ke manakah keuntungan Petronas yang dikhabarkan mencecah RM 70 bilion setahun ? Adakah telah habis digunakan untuk menaja pasukan formula one Sauber – Petronas yang mencecah RM 1 Billion setahun ? Menganjurkan Formula 1 yang kosnya jutaan ringgit untuk disaksikan oleh nelayan di Pantai Puteri Melaka dan petani di Pendang Kedah atau penoreh getah di Felda Jelai N. Sembilan? Mereka yang berkenaan sahaja yang tahu jawapannya....

Meningkatkan Keyakinan Diri…

Di dalam persekitaran yang penuh cabaran ini, pasti semua individu menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan, iaitu masalah Keyakinan Diri. Bagaimana kita mengekalkan atau meningkatkan keyakinan diri kita?

Berikut merupakan beberapa tip yang boleh diambil sebagai panduan untuk meningkatkan keyakinan diri anda :  Kita sebagai seorang individu yang normal atau kurang upaya, mempunyai kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Oleh itu, anda yang dapat mengenali diri anda dengan baik pasti anda mengetahui kelebihan dan kekurangan diri anda itu.

Dengan itu, anda diminta untuk mengasah kelebihan anda dan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Dengan cara ini seseorang itu betul-betul menghargai usaha sendiri dan puas dengan apa yang dikecapi hasil daripada usaha yang dilakukan.

Kedua, ambil risiko. Anggap kegagalan merupakan satu proses pembelajaran dan pengalaman. Jika anda gagal tidak bermakna anda tidak berkebolehan.

Mungkin kegagalan itu berpunca daripada keterbatasan kebolehan atau kemahiran diri. Jangan risau bahawa kemahiran hidup boleh dibentuk dan anda pasti akan mampu untuk berjaya sekiranya anda memperbaiki segala kelemahan yang ada daripada pengalaman kegagalan yang lalu. Ingat!!!

Anda mungkin tidak semestinya akan berjaya setelah mencuba untuk kali kedua.. anda mungkin kena melalui percubaan demi percubaan tidak kira berapa kali, 3...4...10...100 dan ........

Jika tidak berjaya juga jangan bimbang, mungkin anda memang tidak berkebolehan untuk melakukannya... ingat bukan itu sahaja yang anda boleh lakukan... banyak lagi perkara lain yang boleh dilakukan.  Ketiga, sentiasa berfikiran positif.

Jika anda dihantui oleh fikiran negatif, ingatkan diri anda bahawa anda mempunyai kelebihan yang lain yang boleh dimanfaatkan. Sebagai contoh, katakan kawan anda amat pandai dalam pengiraan (subjek matematik) dan anda pula mudah untuk mengingat (subjek sejarah). Anda dan kawan anda boleh belajar bersama secara berkumpulan dan saling tolong-menolong untuk mencapai  kecemerlangan akademik. Ingat sentiasa berfikiran positif bahawa anda melakukannya untuk faedah anda dan kawan anda iaitu untuk berjaya.  

I
ngat apa yang anda lakukan, lakukan untuk diri anda. Abaikan apa yang diperkatakan oleh orang lain tentang diri anda, apa yang penting adalah anda menyayangi diri anda dan anda lakukan hanya untuk  kesejahteraan diri anda.  

Nobody Perfect!

05 June 2008

MINYAK DAH NAIK HARGA ! ANDA BAGAIMANA ?

Seperti dijangka dan diramal harga minyak naik lagi. Cuma kali ini kenaikan yang dianggap 'menggila' dan 'terlampau'. Pada peringkat awal menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahril Samad memaklumkan kenaikan minyak akan berlaku pada bulan Ogos tapi tanpa sebarang 'signal'harga minyak dinaikkan bagi petrol RM 0.78 dan diesel RM1. Maka berpusu –pusu kenderaan sejak dari petang tadi berbaris panjang mengisi minyak. Di kampung isteri di Kuala Rompin situasi sama berlaku.....Termasuklah saya...Tetapi cukupkah satu tangki penuh untuk tahan selama setahun ? Kenaikan secara mengejut ini tidak memberi peluang kepada rakyat untuk bersedia untuk menghadapi kenaikan yang saya sebutkan sebelum ini pasti berlaku.

    Kenaikan ini sudah pasti akan menekan dan menjejaskan kehidupan rakyat. Selepas ini pasti kita pasti akan menyaksikan 'pesta'kenaikan harga barang yang sudah naik cukup 'terlampau'. Spontan saya memberi tahu ( secara bergurau ) pada anak saya yang bersekolah darjah 1, 3 dan 4 lepas ni duit belanja harian akan dikurangkan dari RM 1.50 sehari kepada RM 1 sebagai langkah berjimat ( ubah gaya hidup kata PM malam tadi ). Apa anak saya jawab...sepatutnya abah kena naik duit belanja dari RM 1.50 kepada RM 2.00 kerana katanya lepas ni barang makanan kat kantin sekolah mesti naik. Dalam hati saya kata 'budak – budak pun tahu"....

    Bagaimanalah nasib guru – guru dan pensyarah di IPG yang berulang –alik setiap hari berpuluh kilometer sehari ke tempat kerja.sedikit sebanyak sudah pasti ia akan menjejaskan kehidupan harian mereka dan tidak dapat dielakkan ia secara tidak langsung akan mengganggu tumpuan di tempat kerja. Bagaimana pula nasib mereka yang lain ?

    Selepas ini kita akan dapat menyaksikan juga peningkatan yang lebih drastik masalah sosial di kalangan rakyat Malaysia. Kehidupan yang makin terhimpit akan mendesak manusia untuk berfikiraran singkat untuk melakukan pelbagai gejala tidak sihat dan tingkah laku jenayah seperti penyelewengan, rasuah, merompak, menipu dan macam – macam lagi yang kita harap perkara ini tidak akan berlaku.

    Apa yang paling penting untuk kita semua bagaimana persediaan kita semua...seperti yang saya nyatakan sebelum ini, mengeluh dan marah – marah tidak akan menyelesaikan masalah berfikirlah dengan waras dan carilah alternatif dan penyelesaian terbaik. Setiap perkara yang berlaku sudah pasti ada hikmah di sebaliknya

03 June 2008

APA DAH JADI ???


Setiap kali kerajaan ingin merasionalkan kenaikan harga minyak kepada rakyat maka ' lagu lama' perbandingan harga minyak dengan Negara lain akan dimainkan. Seolah – olah member gambaran bahawa kenaikan harga minyak adalah munasabah dan masih rendah dengan Negara lain. Mari kita amati 'lirik' lagu ini.


Harga petrol di negara ini hanya RM1.92 seliter dan diesel (RM1.58),


berbanding di Thailand RM4 seliter bagi petrol dan diesel RM3.50 seliter,


Indonesia (RM2.57),


Filipina (RM3.45),


Singapura (RM5.07) dan


United Kingdom (RM7.03).


Sepintas lalu, 'sejuk' dan terubat hati bila membuat perbandingan senario di atas. Tetapi sebagai rakyat yang 'cerdik' mari kita buat analisis seperti berikut :



  1. Malaysia menghasilkan lebih 700 ribu tong minyak sehari melalui telaga minyak teutama di perairan Terangganu, sabah dan Sarawak. Singapura pula tidak ada setitik minyak pun kecuali minyak yang tumpah daripada kapal yang lalu di perairan Singapura.

  2. Minyak yang dihasilkan oleh Malaysia adalah jauh lebih banyak dari Thailand dan Filifina …sudah pasti sumber pendapatan yang diperolehi oleh Malaysia lebih banyak. Lebih – lebih lagi bila harga minyak dunia meningkat( hampir USD 130 setong ) …sudah pasti untung pun meningkat. Mana pergi keuntungan Petronas yang dikhabarkan mencecah RM 80 Billion setahun ?

  3. Penduduk Malaysia hanyak sekitar 23 juta sahaja…Thailand 3 – 4 kali ganda. Indonesia lebih 200 juta. Minyak yang dihasilkan oleh Indonesia dan Filifina adalah digunakan di dalam Negara sendiri dan tidak mencukupi untuk kegunaan sendiri walaupun Indonesia termasuk dalam Negara Opec ( Negara pengeluar minyak utama dunia ) Sebaliknya Malaysia adalah Negara pengesport minyak.

  4. Tidak munasabah kita nak buat perbandingan dengan Singapura dan United Kingdom…Pendapatan perkapita rakyat kedua – dua Negara adalah jauh lebih tinggi…Misalnyanya gaji guru di Singapura yang baru berkhdimat adalah mencecah 3 ribu dollar Singapura ( kalau tukar dengan RM ? ) Di Malaysia ? Gaji pensyarah IPG di Malaysia ??? Sama je dengan gaji cikgu berijazah di Malaysia yang berkhidmat di kawasan Felda.

Justeru itu, tidak adil untuk kita 'mainkan' lagu lama ini setiap kali hendak menghalalkan kenaikan harga minyak. Rakyat sudah cukup terbeban pada hari ini…mungkin cikgu – cikgu sekolah kena ubah gaya hidup seperti pernah disarankan oleh pemimpin kanan Negara tak lama dulu….Ubah gaya hidup !!!


 


02 June 2008

MINYAK OH MINYAK…






Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini membayangkan harga minyak petrol dan diesel akan naik mulai Ogos depan.

"Ia akan berlaku. Harga petrol akan naik, saya fikir mungkin dalam Ogos tahun ini apabila sistem subsidi diberi penstrukturan semula," katanya.

Kenaikan harga minyak itu selari dengan penstrukturan mekanisme baru skim subsidi minyak yang dinikmati rakyat kini.

Jadi…adakah kita semua dah bersedia dengan kenaikan harga minyak kali ni ? Bila harga minyak naik secara logiknya harga barang akan naik…Nak angkut beras,minyak, gula tepung dan barang keperluan lain mesti guna lori…nak gerakkan lori kena isi minyak. Lainlah kalau lori guna air paip atau air laut…Tak logik kalau ada orang kata harga barang tak naik bila harga minyak naik. Apabila kerajaan mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam tak lama dulu ramai yang gembira serta bertepuk dan bersorak. Saya dan isteri mendapat kenaikan kira –kira sebulan gaji seorang supervisor kilang…banyak tu…Tetapi kami sedikit pun tidak merasa gembira…Tidak berterima kasih ? Tidak bersyukur ? Renungkanlah sendiri…

kalau 3 tahun dulu budget RM 400 boleh isi minyak untuk sebulan tapi kini RM 600...

Kalau 3 tahun dulu kos barang keperluan harian RM 500 sebulan kini RM 1000..pun tak cukup

Kalau 3 tahun dulu RM 100 boleh beli lauk di pasar untuk 2 minggu…sekarang paling kurang RM 100 seminggu…

Itu baru kos yang besar – besar yang Nampak…belum yang lain – lain lagi…

Apa yang paling penting di sini…kebijaksanaan kita dalam menguruskan kewangan….mengeluh tak menyelesaikan masalah…marah – marah hanya menambah stress je… silap haribulan bertambah lagi kos untuk mendapat rawatan darah tinggi…lemah jantung dan lain – lain…Di sini saya nak menurunkan formula sebelum kita membeli atau berbelanja terhadap sesuatu cuba kita tanya pada diri kita sendiri 4 soalan berikut : Adakah duit yang kita hendak gunakan untuk berbelanja atau beli sesuatu termasuk dalam kategori mana :

  1. Penting dan mendesak (bayar bil, hutang kad kredit, ansuran kereta, sewa rumah, susu anak, barang dapur ..??? )
  2. Penting tetapi tidak mendesak ( beli rumah,simpanan, pelaburan, kereta baru, insurans, pakaian baru??? )
  3. Tak penting tetapi mendesak ( Rawatan perubatan, top up, bayar pinjaman pelajaran, bagi mak dan ayah di kampung ??? )
  4. Tak penting dan tak mendesak ( telefon baru, aksesori tambahan, melancong, makan di luar ??? )


     

BERINTERAKSI MENURUT ISLAM

Begitu banyak buku-buku popular mengenai pengembangan diri, seperti karangan Dale Carnegie 'How to Win Friends & Influence People' atau John C. Maxwell '25 Ways To Win With People' atau Stephen R. Covey dengan 'The 7 Habits of Highly Effective People' atau berbagai terbitan Gramedia lainnya seperti 'Cara memperingkatkan kemahiran Komunikasi Anda'.

Bagaimana cara 'hidup lebih baik' dengan membina hubungan yang baik dengan orang lain di sekitarnya, begitulah ungkapan yang disampaikan. Bagaimana cara berinteraksi dengan orang lain, mengasah kepekaan emosional, bertoleransi, selalu bersikap positif, tips-tips mendapat dan mempengaruhi teman, cara berkomunikasi yang baik, memahami lebih dahulu, dan sebagainya.

Menariknya, Islam sebagai agama yang sempurna, sudah mengajarkan semua itu, dengan Rasulullah SAW sebagai model utamanya. "Innama bu'itstu liutammima makaarimal akhlaq" - "Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlaq", demikian sabda Rasulullah SAW. Akhlaq dalam seluruh bidang kehidupan. Bagaimana berinteraksi dengan orang tua, dengan sanak keluarga, dengan tetangga, dan seterusnya. Rasulullah SAW mengajar bagaimana cara berinteraksi dengan sesama muslim juga.

Pertama, mencintai muslim lain sebagaimana mencintai dirinya sendiri:
"Tidak beriman salah seorang di antara kamu sampailah dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" (HR. Bukhari & Muslim)

Menyukai apa yang disukai muslim lain sebagaimana dirinya menyukai apa yang dia sukai, dan membenci apa yang dibenci muslim lain sebagaimana dirinya membenci apa yang dia benci:
"Perumpamaan orang-orang mukmin dalam berkasih sayang dengan sesama mereka seperti satu tubuh. Jika salah satu anggota tubuh sakit, maka seluruh tubuh akan merasakan baik (sakit) demam dan tidak bisa tidur" (HR. Bukhari & Muslim)

Seorang muslim itu tidak menyakiti muslim lain dengan perbuatan atau perkataan:
"Seorang muslim adalah orang yang muslim lainnya selamat dari gangguan lidah dan tangannya" (HR. Bukhari & Muslim)

Hendaklah bersikap tawaduk kepada setiap muslim dan tidak sombong kepadanya:
"Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku hendaklah kamu tawaduk sehingga tidak ada orang yang membanggakan diri kepada yang lain" (HR. Abu Dawud & Ibnu Maajah)

Tidak menyampaikan berita atau mengadu domba kepada sebahagian yang lain tentang apa yang didengarnya daripada sebahagian yang lain:
"Tidak akan masuk Syurga orang yang suka mengadu domba" (HR. Bukhari & Muslim)

Apabila marah kepada seseorang, maka tidak boleh menghindarinya lebih dari tiga hari:
"Tidak boleh seorang muslim menghindari saudaranya lebih dari tiga hari, keduanya saling bertemu lalu saling berpaling. Sebaik-baik orang di antara keduanya adalah orang yang memulai mengucapkan salam" (HR. Bukhari & Muslim)

Melakukan kebaikan kepada setiap muslim semampunya dengan tidak membezakan antara keluarga dan yang bukan keluarga:
"Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah berbicara dengan seseorang melainkan beliau menghadapkan wajahnya ke wajah teman bicaranya lalu Rasulullah SAW tidak akan berpaling dari wajah seseorang sebelum dia selesai berbicara" (HR. Ath-Thabrani)

Tidak masuk ke rumah muslim lain tanpa meminta izin. Jika sampai tiga kali tidak diizinkan, maka harus kembali (pulang):
"Meminta izin itu tiga kali. Yang pertama untuk menarik perhatian tuan rumah, kedua memperbaiki, dan ketiga agar memberi izin atau menolak" (HR. Bukhari & Muslim)

Menghormati orang tua dan menyayangi anak-anak:
"Tidak termasuk dalam golongan kami orang yang tidak menghormati orang tua dan tidak menyayangi anak kecil" (HR. Bukhari & Abu Dawud)

Selalu memberikan kegembiraan, bermuka manis, dan bersikap lembut kepada semua muslim:
"Tahukah kamu kepada siapa api neraka diharamkan?" Para sahabat menjawab, "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui". Lalu Nabi SAW bersabda, "Kepada orang yang lemah lembut, yang selalu memudahkan, dan selalu dekat (akrab)" (HR. Tirmidzi)

Janganlah berjanji kecuali bermaksud menepatinya:
"Ciri-ciri orang yang munafik itu terbahagi kepada tiga; apabila berbicara dia berdusta, apabila berjanji dia mengingkari, dan apabila diberi amanah dia berkhianat" (HR. Bukhari & Muslim)

Bersikap adil dan tidak melakukan sesuatu kepada muslim lain kecuali apa yang ia sukai untuk diperlakukan kepada dirinya sendiri:
"Siapa yang ingin dijauhkan dari api Neraka dan masuk Syurga maka hendaklah dia mati dalam keadaan mengucap bahawa Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, dan hendaklah dia memperlakukan orang lain dengan sesuatu yang disukainya jika dilakukan pada dirinya" (HR. Muslim)

Mendamaikan sesama muslim yang bersengketa jika menemukan jalan (penyelesaian) ke arah itu:
"Bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah hubungan di antara kamu kerana sesungguhnya Allah akan memperbaiki hubungan di antara orang-orang beriman di Hari Kiamat" (HR. Al-Hakim)

Menutup aib setiap muslim:
"Siapa yang menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat" (HR. Muslim)

Menghindari tempat-tempat yang boleh mendatangkan fitnah demi untuk menjaga hati orang lain agar tidak berburuk sangka dan juga untuk menjaga lidah mereka agar tidak mengumpat:
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra bahawasanya Rasulullah SAW berbicara dengan salah seorang isterinya kemudian ada lelaki lalu dipanggil oleh Nabi SAW seraya berkata, "Ya Fulan, ini adalah isteriku Shafiyyah".

Membantu setiap muslim yang memerlukan pertolongan dan berusaha memenuhi pertolongan saudaranya itu sesuai kemampuannya:
"Sesungguhnya aku diberi dan diminta. Sering diminta kepadaku pertolongan sedangkan kamu ada di sisiku, maka ikutlah memberi bantuan agar kamu diberi pahala dan Allah SWT memutuskan apa yang dicintai-Nya melalui kedua tangan Nabi-Nya" (HR. Bukhari & Muslim)

Mengucapkan salam terlebih dahulu sebelum berkata kepada muslim lain dan menjabat tangan ketika memberi salam itu:
"Jika salah seorang di antara kamu bertemu dengan saudaranya maka ucapkanlah, Assalamu'alaikum warahmatulLah" (HR. Abu Dawud, Tirmidzi & an-Nasa'i)

"Tidaklah dua orang muslim bertemu lalu berjabatan tangan melainkan keduanya akan diampunkan (dosanya) sebelum mereka berpisah" (HR. Abu Dawud, Tirmidzi & Ibnu Majah)

Menjaga kehormatan jiwa dan harta saudaranya sesama muslim dari kezaliman orang lain apabila dirinya mampu membela dan menolong serta mampu memperjuangkannya sebab itu merupakan kewajiban baginya:
"Barangsiapa yang membela kehormatan saudaranya maka dia akan terlindung dari api Neraka" (HR. Tirmidzi)

Menjawab ucapan muslim lain yang bersin:
"Seorang muslim yang bersin dijawab jika dia bersin tiga kali dan jika (lebih dari tiga kali) maka itu adalah penyakit flu" (HR. Abu Dawud)

Memberi nasihat kepada setiap muslim dan bersungguh-sungguh ingin selalu memberikan kegembiraan ke dalam hati setiap muslim itu:
"Sesungguhnya salah seorang di antara kamu adalah cermin bagi saudaranya, jika dia melihat sesuatu (pada saudaranya) maka hendaklah dia membersihkannya" (HR. Abu Dawud & Tirmidzi)

Melawat muslim yang sakit:
"Siapa yang melawat orang sakit bererti dia duduk di taman-taman Syurga, jika dia hendak berdiri, maka ditugaskan tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakannya sampai malam hari" (HR. al-Hakim)

Mengiringi jenazah orang muslim:
"Barang siapa yang mengiringi jenazah, maka akan mendapatkan pahala satu qirath. Jika dia berdiri sampai jenazah itu dikubur, maka dia mendapatkan pahala dua qirath" (HR. Bukhari & Muslim)

"Satu qirath seperti (berat/besarnya) bukit Uhud" (HR. Muslim)

Menziarah kubur orang muslim:
"Aku belum pernah melihat pemandangan yang lebih menakutkan dari kuburan" (HR. Tirmidzi, Ibnu Maajah, & al-Hakim)

30 May 2008

PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR…..

Lima jam rusuhan kelmarin melibatkan hampir 100 pelajar sebuah kolej di Mantin dan penduduk sekitarnya. Isu politik?

Hanya gara-gara sekumpulan warga tempatan tidak berpuas hati hubungan seorang pelajar Afrika dengan wanita Melayu di situ sehingga mencetuskan pergaduhan dan menyebabkan cedera parah.

Menurut siasatan polis Negeri Sembilan, beberapa pelajar Melayu dan penduduk sekitar kolej yang tidak senang dengan hubungan tersebut menyerang lelaki Afrika itu.

Serangan sekumpulan 20 hingga 30 lelaki Melayu menyebabkan dua lagi rakan mangsa, juga dari Afrika, turut mengalami kecederaan.

"Seorang daripadanya dilaporkan parah selepas patah bahagian tangan, manakala dua lagi pelajar berkenaan dibenarkan pulang selepas dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Ja'afar," kata ketua polis negeri Datuk Osman Salleh.
 
Kejadian yang tercetus mulai jam 9.30 malam kelmarin berjaya dileraikan kira-kira 2.30 pagi, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Semasa kejadian, beberapa kereta mengalami kerosakan dan sebuah pondok pengawal di hadapan kediaman pelajar dari benua itu turut dirobohkan, kata Osman.

Menurut polis, kedua-dua pihak bersenjatakan kayu dan kejadian itu dikelaskan sebagai merusuh. Mereka disiasat bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Menurut akhbar itu lagi, hampir 50 pelajar Afrika berkumpul di hadapan flat kediaman mereka di sebuah taman perumahan di Mantin sambil memegang beberapa batang kayu besbol dan besi.

Mereka menjerit meluahkan rasa tidak puas hati apabila rakan-rakan mereka dibelasah sekumpulan lelaki Melayu.

Keadaan bertambah tegang sejurus selepas tengah malam apabila mereka enggan berganjak walaupun polis dan pengurusan kolej cuba menenangkan mereka.

Sebaliknya ada di antara mereka cuba bertindak agresif.

Suasana di luar kawasan kediaman yang berpagar itu pula menyaksikan, laporan itu dipetik, sekumpulan lelaki dan penduduk berhampiran berdiri di bahagian kanan jalan dan turut membawa kayu besbol yang diletakkan dalam semak dan dalam kereta mereka.

Insiden itu dapat dikawal apabila sepasukan polis yang diketuai timbalan ketua polis daerah Seremban, Supt. Azmi Abu Kassim berjaya berunding bersama wakil pelajar Afrika dan pengurusan kolej kira-kira pukul 2.30 pagi semalam.

29 May 2008

9 SEBAB HATI ANDA TIDAK BAHAGIA…




1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklahh padahnya.

Wallahualam