03 July 2008

PELAJAR IPT TERLIBAT AKTIVITI TAK BERMORAL...

Seramai 93 orang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), kesemuanya warga tempatan terlibat dalam kes khalwat sepanjang tempoh dua tahun lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, seramai 64 orang pelajar terlibat pada tahun 2006 tetapi ia berkurang kepada 29 orang pada 2007.

"Kes salah laku pelajar IPT yang melibatkan perundangan hanyalah membabitkan kes khalwat. Yang lain, kes hanyalah berkaitan dengan pelanggaran peraturan kampus dan tatatertib," katanya menjawab soalan Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR-Hulu Selangor) pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Jelas Khaled, kesalahan yang tidak melibatkan perundangan itu turut merangkumi kesalahan penyelewengan akademik seperti meniru, membawa nota semasa peperiksaan dan memplagiat serta kesalahan lalu lintas.

"Pada tahun 2006, seramai 861 orang pelajar dikenakan tindakan tatatertib di keseluruhan IPTA manakala jumlahnya menurun kepada 522 orang pada 2007," ujarnya.

Sebagai langkah pencegahan, Khaled berkata, pelbagai usaha telah dijalankan merangkumi penganjuran aktiviti bersifat kenegaraan, kemasyarakatan, badan beruniform, dialog akademik, ceramah kesedaran dan motivasi serta ceramah agama.

"Pihak kementerian percaya dalam menangani masalah ini, penglibatan semua pihak adalah penting dalam membentuk golongan pelajar yang bukan saja terpelajar, tapi juga menghormati tuntutan agama dan budaya," katanya.

KENAIKAN HARGA BARANG…RASULULLAH DAH RAMALKAN

Sedar atau tidak, kita umat Islam berbangsa melayu ini amat jarang mungkin meneliti amaran, saranan dan ramalan Rasulullah berkaitan keadaan dan kondisi umat pada akhir zaman.

Ramalan Al Quran berkaitan pembakaran minyak di Hijaz, ramalan Rasulullah berkenaan keadaan pengepungan bumi Iraq (economic sanction), gencatan senjata umat Islam dengan bangsa eropah-Amerika, perkembangan system IT dan komunikasi awam dan sebagainya jarang sekali dikupas di masjid-masjid.

Hebatnya Rasulullah iaitu insan wahyu terulung ini. Saya berminat mengambil potongan hadis sahih seperti yang dibawah untuk kita teliti.

Bersabda Rasulullah SAW daripada Auf Bin Malik,


 

" Aku menghitung ada enam perkara yang akan terjadi menjelang hari kiamat iaitu; ……kemudian melimpahnya wang (harta) sehingga apabila seseorang diberi gaji seratus dinar maka ia tetap tidak puas…."


 

( Riwayat al-Bukhari)


 

Menurut Amin Muhammad Jamaluddin( 2004) , pada zaman Rasulullah satu dinar dapat membeli seekor kambing. Pada hari ini pendapatan 500 dinar tetap tidak mencukupi. Selain nafsu serakah, ia dipengaruhi oleh harga barang dunia yang semakin meningkat akibat salah tadbir ekonomi dan politik, penghakisan dan penyerapan bahan mentah secara wewenang serta sikap monopoli dan eksploitasi mata wang dunia demi kepentingan peribadi (perangai Yahudi).

Jadi Rasulullah sudah nampak akan terjadinya senario hari ini di mana permintaan (demand) melebihi pengeluaran (surplus), inflasi meningkat serta sikap gaya mewah dan berlumba-lumba ke arah kemewahan berlaku. Mari kita letili sedikit fakta di bawah.

Harga kertas dan alatan tulis akan meningkat hingga hujung tahun ini iaitu sehingga 50% ! ( Kata Alexander Lee jurucakap bagi penjual buku Selangor, Pertubuhan Percetakan akhbar wilayah Cina Pusat dan Selangor dalam The Star 22 Jun 2008). Akibatnya, pendidikan akan menjadi perniagaan.

Buku ilmiah akan dikurangkan sebaliknya lambakan bahan picisan dan lucah memenuhi pasaran kerana hanya bahan sebegitu akan menjadi perhatian ramai di dalam suasana bahan pencetakan mahal. Jadi ia boleh mempengaruhi moral sesebuah negara juga.

Kenaikan harga petrol adalah sebayak 41% dan diesel 63%. Akibatnya tarif elektrik naik. Harga barang naik. Gejala sosial dan jenayah akan menigkat. Lihat sahaja pada zaman Jepun sebaik sahaja Jepun memperkenal sistem matawang yang tiada nilai. Inflasi meningkat lebih 100% ! Jenayah meningkat. Jepun ambil tindakan mudah dengan membunuh sahaja pencuri atau dikerah ke Siam dan Burma membuat jalankeretapi maut.


 

Kenaikan CPI ( Indeks Harga Pengguna) adalah disebabkan;

kenaikan harga minyak dan krisis kekurangan makanan global.

The Star juga melaporkan 22 Jun 2008 (mukasurat 22) mengenai kegelisahan dan bahana yang menimpa kini terhadap peniaga kecil mahupun peniaga sederhana modal. Akibat kenaikan harga kos (raw material), menyebabkan produk atau perkhidmatan terpaksa naik.

Tetapi peniaga kecil dilarang menaikkan harga. Gaji pekerja kerajaan (awam) tidak segera dinaikan. Gaji pekerja swasta pula mestilah berdasarkan kenaikan gaji pekerja kerajaan kerana kos sara diri di tetapkan oleh kerajaan.


Bayangkan kini kenaikan bahan asas untuk bahan pembinaan adalah sebanyak 15% hingga 20% secara umum. Untuk terperinci sebagai contoh kenaikan harga simen( 21%), pasir ( 14%), steel bar ( 60%) dan lain-lain lagi ( rujukan Master Bulders Assosiation Of Malaysia).

Akibatnya tempat tinggal tiada jaminan. Sedangkan kehendak asasi manusia ialah tempat berlindung, udara, makanan dan pakaian. Ini hak setiap manusia dalam sesebuah negara. Rasuah dan salah moral di kalangan jurutera serta kontraktor akan berlaku. Bahan murah dan banyak akan digunakan.


 

Akibatnya kes-kes seperti MRR2, Highland Tower dan sebagainya boleh berlaku. Banyak kehilangan nyawa dan kerugian berlaku hanya akibat kenaikan harga melampaui kemampuan individu. Lihat kenaikan harga makanan asasi negara ini di bawah.


 

Indeks Harga Pengguna Sehingga disember 2007


 

Sayur sayuran 6.4 %, Makanan diproses 3.8 %, Makanan laut 3.0 %, Daging 3.0 %, Nasi, Roti & Bijirin 2.1 %, Minyak and Lelemak 1.2 %, Gula, Jam, Manisan, Coklat,Biskut1.0 %, Buah-buahan 0.7 %


 

Senarai Barang Yang Mengalami Kenaikan Ketara


 

Cili Merah (+) 20.8 %, Tembikai (+) 15.3 %, Tembikai Susu (+) 9.2 %, Kajang Panjang (+) 8.7 %, Bawah Kecil (+) 6.9 %, Tomato (+) 6.3 %, Ikan Indian mackerel (+) 6.2 %, Ikan Hardtail scad (+) 4.9 %, Ikan Round scad (+) 4.7 %, Kailan (+) 4.5 %, Pizza (+) 4.3 % Tepung Gandum 107%, Tepung Beras 110%, Susu Pekat 75%, Telur 35%, Marjerin 64%


 

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Mengapa Kenaikan Harga Barang Melampau ( Oleh Dr Shafie Abu Bakar )

Disebabkan oleh faktor-faktor yang dapat kita sebutkan sebagai faktor dalaman dan luaran.


 

a) Faktor Dalaman


 

Sebahagian dari faktor dalaman yang penting yang kenaikannya ketara memberi kesan kepada peningkatan harga barangan dan perkhidmatan ialah:


 

Pengkoporatan, Penswastaan dan Perjanjian Berat Sebelah


 

Dapat dikatakan kerajaan mengambil langkah silap dengan pengkorporatan dan penswastaan projek-projek lebuhraya secara berterusan, terbuka dan berat sebelah kerana ia lebih mengutamakan syarikat konsesi daripaa kepentingan rakyat.Tinggi pendapatan ialah PLUS sebanyak RM15.91 bilion dikuti Jambatan Pulau Pinang RM1.7 bilion dan Elite RM1.05 bilion. Selain daripadanya keuntungan antara RM990 juta ke RM 300 juta


 

Harta Negara/Rakyat Menjadi Milik Syarikat


Petronas melonjak dengan keuntungan. Contoh bagi kunci kewangan berakhir 31 Mac 2007 Petronas mendapat untung sebanyak RM46.4 bilion mengatasi keuntungan Mac 2006 sebanyak RM 43.1 bilion (NST March 28, 2007: 4). Bagi tahun Mac 2005 keuntungan sebanyak 35.56 bilion (tertinggi sejak 30 tahun operasi sebelumnya) dan bagi Mac 2004 RM23.66 bilion (UM 1 Julai 2005: 21). Dengan keuntungan tahunan semakin meningkat sejak berpuluh tahun yang lepas (sejak 1970an), Petronas mengungkit ianya telah memberi subsidi kepada rakyat sejak sepuluh tahun lepas berjumlah lebih RM50 bilion (The Star, 28 October 2007: F25).


 

Jana Kuasa dan Sumber Air


 

Api dan air adalah keperluan asasi bagi rakyat. Kedua-dua sumber ini perlu dikawal oleh negara untuk mengelak dari eksploitasi dan monopoli pihak swasta. Misalnya TNB turut berhasrat menaikkan tarifnya pada awal 2008 kerana minyak dan gas akan naik (UM, 20 Okt. 2007: 1), padahal bagi kunci kira-kira berakhir pada 31 Ogos 2007 TNB mendapat untung tertinggi 88% berjumlah RM4.06 bilion berbanding tahun sebelumnya hanya sebanyak RM2.16 bilion(The Star Biz, 26 Oct. 2007: 1).


 

b) Faktor Luaran


 

Memanglah diakui faktor luaran – dimaksudkan luar negara memberi kesan pada kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti kenaikan harga minyak yang kesannya bersifat global, kurangnya pengeluaran seperti gandum disebabkan kemarau dan bertambahnya populasi dunia. Misalnya walaupun pengeluaran makanan dunia tahun ini terbanyak iaitu 1.66 bilion ton melebihi 89 milion tan dari tahun lepas dan bertambah makmurnya penduduk seperti di Cina dan India yang mampu membayar lebih makanan (The Economist December 8, 2007: 81), dari satu pihak pula terdapat 36 negara dengan jumlah penduduk seramai 854 milion yang kekurangan makanan menyebabkan keperluan makanan masih tidak kecukupan (The Star October 21, 2007: N42).


 

Bahan makanan yang sepatutnya untuk dimakan, tetapi bertukar fungsi kepada biofuel dan ethanol untuk bahan tenaga alternatif seperti hasil kelapa sawit, soya, jagung dan tebu. Ini menyebabkan harga makanan sedemikian meningkat tinggi. Termasuk inflasi akibat dari turunnya nilai dolar khususnya bagi negeri-negeri yang bergantung nilaian pada mata wang tersebut.


Kenaikan harga barang dunia adalah disebabkan sikap manusia dan akan mempengaruhi sikap manusia juga. Manusia membina dunia menjurus kearah kebejatan, anak cucu manusia juga akan meneruskan nilai kebejatan malah lebih buruk lagi. Yang penting pemimpin yang mengurus ekonomi da politik perlu dididik bukan sekadar menjaga indeks, pengeluaran dan pencairan wang semata-mata


 

01 July 2008

CATATAN PAGI…

Sehari dua ini senario politik Negara cukup mendebarkan. Pelbagai andaian, tafsiran, analisis serta kesimpulan dilakukan oleh pemerhati dan ahli politik Negara. Pagi – pagi lagi bila melangkah ke bilik rehat staf ada pensyarah bertanya pandangan saya tentang isu yang berlaku. Masa tengah menaip ni pun orang masih bertanya saya lagi tentang isu ni. Kadang – kadang malas nak beri komen dan pandangan sebab asyik – asyik mengulang perkara yang sama. Istilah 'liwat' dan 'lewat' meniti dari bibir ke bibir. Dua istilah yang bunyi seakan – akan sama tetapi membawa pengertian yang sangat jauh berbeza. Ibarat langit dengan bumi.

Dalam isu ini saya akan melihat dan membaca dari pelbagai sumber sama ada media massa ataupun dari blog dan website sama ada dari kerajaan yang memerintah, Pakatan Rakyat atau pun bloggers yang tidak memihak kepada mana – mana. Cuma, untuk makluman dalam tahun ini saya dah tak membeli lagi media massa yang bercetak. Bagi saya, etika kewartawanan dan profesionalisme mereka sudah semakin terhakis. Begitu juga dengan Berita Perdana TV 1 dan bertahun saya tak buka siarannya.Mulai tahun ini TV 3 hanya dibuka selepas 8.30 pm iaitu rancangan berita luar Negara dan berita sukan. Sekarang ini ada kelapangan saya akan menonton Berita TV 9…Dekat di hatiiiii…

Jadi..yang mana satu betul ? kita tak payahlah memeningkan kepala kita untuk memikirkan perkara ini walaupun kebimbangan itu kadang – kadang wujud tentang penghujung isu ini. Pada pandangan ini isu ini lebih kepada percaturan politik…Ibarat kata Allahyarham Ibrahim Pendek dalam cerita Ali Baba dan 40 penyamun… " Mari – mari…kita lihat siapa yang kenaaaa….."

Apa – apa pun sebagai panduan Islam telah mengajar kita bila menerima sesuatu berita. Firman Allah SWT yang bermaksud :

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

( Al Hujurat : 6 )

4Justeru itu sebagai seorang beriman, terpelajar dan terdedah dengan pelbagai informasi dan sumber

kita perlu melihat perkara ini dari pelbagai sudut. Supaya kita tidak terperangkap dan diperangkap. Apa yang pasti sesuatu kebatilan atau keburukan walaupun cuba ditutup, lambat laun

akan terdedah juga. Cuma masa dan ketika sahaja yang akan menentukan.

29 June 2008

ADAB MENUNTUT ILMU

Petikan daripada buku "Bidayatul Hidayah" tulisan Al-Imam Hijjatul Islam Al-Ghazali r.a .
------------------------------------------------------------

Fasal Ketiga: Adab-adab seorang murid
(nota saya: murid di sini bukan sahaja terhad kepada mereka yg menuntut ilmu agama secara formal, malah kepada mereka yg menuntuk ilmu agama di masjid2 atau surau2.)

Adapun adab-adab seorang murid terhadap gurunya maka iaitu:

•  Apabila menemui gurunya maka hendaklah ia memberi salam kepadanya terlebih dahulu

•  Jangan membanyakkan bercakap-cakap di hadapan gurunya

•  Jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.

•  Jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum ia meminta izin.

•  Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tidak puas hati) terhadap perkataan gurunya seperti ia berkata sipulan itu menyalahi akan yang engkau kata itu.

•  Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya maka ia menyangka bahawa ia lebih mengetahui daripada gurunya.

•  Jangan ia berbisik dengan orang yang duduk ditepinya ketika gurunya memberikan pelajaran.

•  Jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan di hadapan gurunya tetapi hendaklah ia menundukkan kepalanya dengan penuh tenang lagi beradab seolah-olah dia sedang sembahyang.

•  Jangan ia membanyakkan soalan kepada gurunya ketika ia letih.

•  Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya.

•  Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika ia bangkit dari majlisnya.

•  Jangan bertanya kepada gurunya di tengah jalan sehingga ia sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya.

•  Jangan jahat sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunya mengerjakan sesuatu pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama) maka gurunya itu adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya dalam hal ini hedaklah ia mengingati akan perkataan nabi Musa A.S. bagi Nabi Khidhir A.S. seperti yang disebutkan dalam Al-Quran Surah Al-Kahfi ayat 71 yang maksunya:

"Berkata (Nabi Musa kepada Nabi Khidhir): Apakah engkau rosakkan kapal ini untuk engkau menenggelamkan semua penumpangnya. Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar."

Maka hendaklah ia mengingati bahawa sebenarnya dia yang tersalah pada keingkaran itu. Kerana ia hanya memandang hukum yang zahir pada sisinya sahaja.

Cintailah ilmu terutamanya ilmu akhirat, atau sekurang2nya cintailah orang yang cintakan ilmu agama dan janganlah berburuk sangka dgn mereka. Sesungguhnya apa yg mereka buat adalah antara mereka dgn Allah, apa yg penting adakah kita sendiri sudah amat hampir dgn Allah lebih dari para ustaz/ustazah/ulama ?

Sesungguhnya bala paling besar utk seseorang manusia itu ialah apabila Allah tutup mata hati daripada menerima petunjuk dan hidayah Allah, dan akhirnya semakin jauh daripada Allah.

ISU PANAS….KONSPIRASI POLITIK ?

Dalam tempoh terdekat satu lagi episod 'drama' yang melibatkan satu tindakan mereka yang terdesak untuk mengekalkan kuasa. Walau bagaimanapun rakyat sudah semakin matang untuk menilai mana yang buruk dan baik. Peristiwa ini bakal mengulang konflik politik yang pernah berlaku pada tahun 1998.

Petang semalam( 28.6.2008 ) jam 5.45 petang satu Laporan polis telah dibuat oleh bekas setiausaha Datuk seri Anwar Ibrahim, Saiful Bahri di Balai Polis Brickfields petang semalam bahawa beliau telah diliwat oleh Datuk seri Anwar. Ketua Polis Kuala Lumpur , Datuk Muhamamd Sabtu mengesahkan laporan itu dan tidak menafikan kemungkinan Anwar akan di tangkap.

Bermula malam tadi ribuan anggota Anggota Muda Keadilan ( AMK ) berkumpul di perkarangan hotel Quality Shah Alam tempat Anwar dan pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat mengadakan mesyuarat tergempar ekoran laporan polis yang dibuat.

Anwar mendakwa bahawa , ini merupakan satu lagi konspirasi politik terdesak ekoran pendedahan yang akan dilakukannya ke atas Tan Sri Musa Hassan( Ketua polis Negara ) dan Datuk Ghani Patail ( Peguam Negara ) berhubung dokumen penglibatan mereka dalam konspirasi pada tahun 1998.

Sila layari web berikut untuk mengikuti perkembangan seterusnya.

http://www.tranungkite.net/v7/

http://www.malaysiakini.com/

http://www.suarakeadilan.com/sk/

25 June 2008

KALAU DAHI TIDAK MENCECAH SEJADAH

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan

Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah

Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Sel awat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan

Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ing atlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu

Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'

Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Di Dunia

TEKA TEKI IMAM AL GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali = " Apa yang palin berat didunia "

Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri "

TAZKIRAH :KITA TANYA ALLAH JAWAB

KITA BERTANYA:KENAPA AKU DIUJI?
ALLAH MENJAWAB:"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahuiorang-orang yang benar dan sesungguhnya

Dia mengetahui orang-orang yang dusta."Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA:KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU INGINKAN?
ALLAH MENJAWAB:"Boleh jadi kamu membencisesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA:KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
ALLAH MENJAWAB:"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

" Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA:KENAPA MUDAH RASA SEDIH DAN KECEWA?
ALLAH MENJAWAB:"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman.

"Surah Ali-Imran ayat 139

KITA BERTANYA:KENAPA MESTI BERSABAR?
ALLAH MENJAWAB:"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,di medan perjuangan),dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kepada Allah,supaya kamu berjaya(mencapai kemenangan).

" Surah Ali-Imran ayat 200

KITA BERTANYA:BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
ALLAH MENJAWAB:"Dan mintalah pertolongan(kepada Allah)dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk "Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA:APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
ALLAH MENJAWAB:"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...... "

Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA:BAGAIMANA JIKA AKU TIDAK MAMPU BERTAHAN?
ALLAH MENJAWAB:"dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.

"Surah Yusuf ayat 12

KITA BERTANYA:KEPADA SIAPA AKU MESTI BERHARAP?
ALLAH MENJAWAB:"Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."Surah At-Taubah ayat 129


Wallahu a'lam.

SANTAI : IBU LARANG ANAK PAKAI JILBAB

Seorang pemuda baru saja baru sahaja pulang kerumah. Ia sendirian di biliknya melepas lelah sambil menatap langit yang membiru. Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2 meletihkan. Suasana hening dan damai kerana di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu tua dengan anaknya.

Anak : Ibu..

Ibu : Hmmm ?

Anak : BU !

Ibu : APA ?

Anak : Mmm, anu ... tadi saya ke masjid dengar ceramah.. Ibu dengarlah ni !

Ibu : IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasuk kan benang kejarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu sudah nak rabun...

Anak : Bu !

Ibu : Apa dia ? cakap ajelah, Yang ?

Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal jilbab.Katanya pakai jilbab itu wajib. Ibu, Mulai sekarang saya mau pakai jilbab. Boleh tak Bu.. ?

Ibu : Jangan ...

Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.

Anak : Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa, Bu.Boleh ya, saya mau pakai jilbab ?

Ibu : Kan ibu kata JANGAN ...

Anak : Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai jilbab kerana kerana kita orang islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya.. betul tak bu...? Bolehlah bu..

Ibu : TIDAK !

Anak : Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai jilbab? Kata Ustaz, jilbab itu bukan budaya Arab. Itu Syariat Islam.Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja.

Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN !

Anak : Jadi Ibu melarang saya nih... Bu, mau tak mau saya tetapakan pakai jilbab. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua,kalau orang tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.

Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan, JANGAN !!!

Anak : WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI JILBAB. MUKTAMAD!

Ibu : JANGAN !

Anak : JILBAB !

Ibu : JANGAN !

Anak : JILBAB !!

Ibu : J A N G A N !!!

Anak : J I L B A A A A A A B !!!!

Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar bilik untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk .... namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu ...

Ibu : KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH! KAMU KAN LAKI-LAKI.....

24 June 2008

PEMILIHAN KE IPG BERDASARKAN MERIT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran tidak pernah menetapkan kuota pemilihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memasuki institusi perguruan berasaskan kaum, sebaliknya dibuat berdasarkan merit dan jumlah permohonan daripada setiap kaum, kata Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, daripada 108,394 permohonan diterima untuk mengisi 4,726 tempat di 23 institusi pendidikan tempatan tahun ini, 79,973 adalah Melayu, Cina (7,288) dan India (4,674).

Katanya, sejumlah 13,128 permohonan sudah disenarai pendek dan dipanggil temu duga kerana layak dan mengikut syarat ditetapkan. Daripada jumlah itu, seramai 2,524 adalah kaum Cina dengan 1,284 diterima masuk ke institusi perguruan.


 

"Justeru, dalam konteks sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC), jumlah kemasukan berkenaan memang tidak mencukupi dan kementerian terpaksa mendapatkan khidmat Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) bagi mengisi kekosongan jawatan guru di sekolah berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang meminta kementerian menetapkan syarat kemasukan ke institusi perguruan berdasarkan merit dan bila masalah kekurangan guru terutama di SRJKC dapat diselesaikan.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, sehingga kini sejumlah 3,095 GSTT diluluskan untuk mengisi kekosongan jawatan di SRJKC berdasarkan keperluan ditetapkan pada 31 Januari 2008.

"Sehubungan itu, bagi memastikan lebih ramai bukan Bumiputera mengisi jawatan perguruan, perlu dipastikan lebih ramai kaum itu yang memohon supaya dalam jangka panjang kekurangan guru berkenaan dapat diatasi sepenuhnya," katanya.

Sementara itu menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) mengenai langkah meningkatkan kualiti latihan perguruan, Hishammuddin berkata, kementerian akan membentangkan satu rang undang-undang untuk memartabatkan lagi kerjaya perguruan.

Katanya, antara aspek yang diberi penekanan dalam usaha menaik taraf institusi pendidikan guru adalah berkaitan kurikulum, perjawatan dan pendekatan latihan supaya selaras dengan kehendak semasa.

Selain itu, institusi pendidikan guru juga membentuk jaringan perhubungan dengan institusi antarabangsa yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam beberapa bidang tertentu, katanya.