08 April 2011
ANWAR BERSETUJU TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA...NAJIB PULA MACAM MANA?
Dato Seri Anwar bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja isu video lucah tetapi dengan syarat Perdana Menteri juga perlu bersetuju dengan Suruhanjaya Diraja kes pembunuhan Altantuya. Bagaimana? Jika tidak bersalah Najib tidak berlu gentar atau memberi dalih.Sebagai rakyat Malaysia saya ingin melihat hanya Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang yang bersih sahaja yang layak memerintah menerajui negara ini. Kita tunggu adakah Perdana Menteri akan menyahut cabaran ini. Sumber klik sini
BERITA BODOH DARI UTUSAN MALAYSIA
Memang tak ada kualiti dan membodohkan diri sendiri! Itulah ayat yang paling sesuai untuk berita terbaru Utusan Malaysia. Seolah-olah orang yang kemaruk dan hilang akal serta kontang idea apabila menulis berita mempertikaikan Dato Seri Anwar Ibrahim bersenam semasa dalam penjara walaupun mengalami sakit belakang.
Hal ini berlaku apabila Datin Seri Dr Wan Azizah secara tegas menafikan bahawa individu dalam video lucah adalah suaminya kerana tubuh suaminya lebih tegap berbanding lelaki di dalam video yang berperut boroi dan agak gempal. apabila berkata demikian, Dato Seri Nazri Aziz berkata bahawa Wan Azizah tak layak untuk berkata tentang suaminya. Kalau macam tu, adakah isteri Nazri Aziz lebih mengenali bentuk dan tubuh badan Anwar? Apalah cerdik sangat menteri ni...
Berbalik pada cerita tadi, orang sakit belakang le kena bersenam untuk memulihkan kesihatan badan..bukannya duduk terbaring tanpa berusaha dan berikhtiar macam orang yang telah koma! Itu pun payah nak fikir ke? Sumber berita klik sini

07 April 2011
NAJIB KENA 'SEMBUR' DI PADUNGAN
Setiap kali pilihanraya Umno/BN pasti akan menunjukkan sikap 'pemurah' dengan memberi 'sedekah' kepada pengundi. Sedekah duit, sedekah makan, sedekah projek 'mee segera' dan kebelakangan ini sedekah persembahan tarian seksi percuma dengan berselindung di sebalik NGO 1Malaysia dalam beberapa siri pilihanraya kecil.
Walau bagaimanapun, Umno/ BN cuba untuk strategi baru dalam pilihanraya negeri di Sarawak dengan sedekah logo 1Malaysia pulak. Walau bagaimanapun, malang nasib BN apabila Perdana Menteri sendiri kena 'sembur' bila memberi logo1Malaysia di Padungan. Seorang peniaga cina yang ditemui berkata :
"Mengapa hanya beri ini (bendera 1Malaysia) kepada kami? Kami mahu wang. Ini masa pilihan raya, awak selalu bagi wang masa pilihan raya,” kata lelaki itu kepada Najib yang kemudiannya dengan segera dibawa beredar oleh pengawalnya. Sumber berita klik sini
Inilah akibatnya apabila menjadikan budaya rasuah dan sogokan setiap kali pilihanraya. Hari ini rakyat di merata ceruk semakin cerdik berpolitik. Rakyat tidak lagi bodoh dengan taktik keji dan kotor. Pilihanraya Negeri Sarawak kali ini ternyata cukup menggentarkan Najib apabila hari pertama kempen terpaksa turun 'berhempas pulas' walaupun terdapat pemimpin BN yang cukup angkuh dan sombong dengan sebelum ini berkata bahawa Sarawak merupakan 'simpanan tetap' BN.

KES VIDEO LUCAH DAN KEMATIAN TRAGIS PEGAWAI KASTAM BUKTI POLIS MALAYSIA TERCEKAP DI DUNIA!

Tahniah kepada Polis Diraja Malaysia kerana akhir-akhir cukup pantas dan cekap. Dalam isu video lucah tak sampai seminggu polis sudah dapat sahkan ketulenan video berkenaan. Manakala dalam kes video Linggam polis terpaksa ambil masa sebulan lebih itu pun dengan menggunakan bantuan FBI. Begitu juga dengan kes kematian adik Nurin Jazlin sampai sekarang polis tak dapat sahkan wajah tertuduh yang dirakam dalam CCTV di premis berhampiran mayat adik Nurin ditemui. Sehingga hari ini tertuduh masih lepas bebas.
Dalam kes kematian tragis seorang pegawai kastam semalam Ahmad Sarbani Mohamed, tak sampai 24 jam polis sudah klasfikasikan sebagai mati mengejut...bunuh diri le tu. Begitu cepat dan pantas polis membuat kesimpulan! Mungkin lepas ini polis Malaysia boleh lawan kehebatan polis Amerika seperti yang dipaparkan dalam siri CSI. Tetapi cuma saya hairankan kenapa sejak akhir-akhir ni je polis Malaysia cepat dan pantas. Ada apa-apa rahsia ke?

06 April 2011
TERKINI: PEGAWAI KASTAM PULA MATI JATUH BANGUNAN SELEPAS DISIASAT SPRM

Adakah bangunan SPRM lantainya licin atau tingkapnya tidak bertutup? Kes kematian Teoh Beng Hock masih lagi panas di bawah inkues Suruhanjaya Diraja apabila 'jatuh' dari bangunan SPRM di Selangor. Hari ini seorang pegawai kastam yang sedang disiasat isu pengubalan wang haram pula mati secara tragik dipercayai 'jatuh' dari tingat 3 bangunan SPRM di jalan Cochrane di ibu negara.
Adakah selepas bersidang kes Teoh Beng Hock, ahli Suruhanjaya Diraja akan menyiasat kes ini pula? Sama-samalah kita tunggu. Sumber klik sini

05 April 2011
04 April 2011
BLOG TAJAAN UMNO SUDAH MULA SEBAR VIDEO LUCAH
Amat memalukan dan memualkan! Itu lah yang saya dapat katakan tindakan blog pro Umno yang menyebarkan Video lucah yang didakwa melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim. Tindakan yang dikordinasi seperti menekan satu butang. Secara hampir serentak blog-blog Umno mula menyiarkan video lucah ini. Arahan siapa kita sudah boleh menduga, memang kerja pemimpin Umno di peringkat atasan.
Tak perlu peguam Karpal Singh minta disiarkan di parlimen kerana budak-budak sekolah rendah pun dah boleh tengok video lucah percuma.
Dalam hal ini, polis kena bertanggungjawab sepenuhnya. Si penyebar video lucah dibiarkan lepas bebas tanpa sebarang dakwaan. Polis lebih sibuk status ketulenan video daripada orang yang menyebar dan individu serta dalang yang terlibat. Apa polis Malaysia dah buat?
Video lucah ini tersebar selepas Dato seri Nazri Aziz berkata satu cadangan akan diusulkan untuk Suruhanjaya Diraja. Maka apabila video lucah ini sengaja disebarkan tanpa dapat disekat oleh pihak polis sekali gus akan menjustifskasikan penubuhan suruhanjaya Diraja kerana kononnya telah menjadi isu nasional.
Penubuhan suruhanjaya Diraja sekaligus seperti satu penghinaan kepada ahli suruhanjaya ini jika ditubuhkan kerana terpaksa menyiasat ke Video lucah! Apa dah tak ada kerja lain? Semua ini sengaja dirancang untuk memburukkan Dato Seri Anwar sekaligus memburukkan imej Pakatan Rakyat. Satu taktik paling keji dan kotor politik Umno dalam sejarah politik Malaysia hasil kerja tangan-tangan pemimpin Umno di sebalik isu video lucah ini.
Umno sanggup melakukan apa sahaja kerana takut hilang kuasa seperti kata pemimpin mereka....Kita akan lakukan apa sahaja untuk pertahankan Putrajaya.....Mungkin inilah antaranya. Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia yang masih sayang pada negara ini serta masih mempunyai sekelumit nilai kemanusiaan dan mempunyai nilai-nilai keimanan serta keislaman agar menolak politik jijik dan kotor ini. Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah melaknat mereka yang buat kerja gila dan tidak bertamadun ini.

01 April 2011
RAHIM TAMBY CHIK AKAN TERLEPAS KERANA VIDEO LUCAH TULEN?

Bukan nak suruh sesiapa beli video lucah, nauzubillah. Video lucah sama ada tulen atau palsu ia tetap haram. Sama ada pelakon filem, pembuat filem, orang yang menjual, menyimpan atau menayangkan filem itu tetap salah sama ada menurut undang-undang dunia apa lagi dalam ajaran Islam.
Walau bagaimanapun, kecenderungan pihak berkuasa di Malaysia sekarang dalam isu video lucah lebih berminat sama ada video itu tulen atau palsu. Orang yang menayangkan dan menyebarkan video lucah masih bebas berkeliaran. Kalau polis tak tahu di mana rumah Rahim Tamby Chik saya boleh tolong tunjukkan!
Berbalik pada isu video lucah sebelum ini, saya cuma nak tanya jika video lucah itu palsu adakah ia tidak menjadi kesalahan? Kalau macam tu maka kalau ada juga yang nak beli, tayang atau buat video lucah pastikan ia tulen dan bukannya palsu! Kalau video itu palsu mungkin anda akan disumbat ke Sungai Buloh. Sebaliknya jika video itu tulen anda bernasib baik dari dikenakan apa-apa tindakan. Mungkin sebagai ganjarannya anda mungkin dapat penginapan percuma 3 hari 2 malam di Carcosa Seri Negara! Sumber baca sini
31 March 2011
RUPA-RUPANYA PEGAWAI SPRM KES TEOH KETAGIH FILEM LUCAH

Apa nak jadi dengan negara ini. Belum reda isu fitnah video lucah yang didalangi kospirasi peringkat tertinggi,hari ini kita dikejutkan lagi dengan cerita-cerita lucah. Kali ini melibatkan pegawai SPRM yang terlibat menyoal Teoh Beng Hock.Hal ini didedahkan oleh seorang panel Suruhanjaya Diraja yang mendakwa penolong penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009. Aktiviti tidak bermoral ini dilakukan hanya kira-kira sejam selepas menyoal Teoh. Lebih memalukan lagi pegawai berkenaan memuat turut gambar dan filem pornografi dengan menggunakan komputer milik SPRM!
Walau bagaimanapun, saya yakin pegawai SPRM ini tidak akan dikenakan tindakan atau didakwa di mahkamah kerana penonton dan penyebar gambar dan video lucah di negara ini pada zaman 1Malaysia kini dilindungi undang-undang. Malah kemungkinan pegawai SPRM ini akan menjadi bintang filem dan produser terkenal mengikut jejak langkah Rahim Tamby Chik. Maklumat lanjut baca sini

28 March 2011
SAH!!! NAZRI AZIZ AKAN PERTAHANKAN RAHIM TAMBY CHIK
Memang tidak salah dan tidak sukar rakyat Malaysia menduga bahawa Umno memang terlibat dalam menghasilkan video lucah untuk memburuk-burukkkan dan memalukan Dato Seri Anwar Ibrahim.
Sehingga hari ini Umno/BN dan polis lebih berminat untuk menggunakan segala kepakaran yang ada untuk mengesahkan dalam video itu adalah Anwar berbanding mengheret penyebar fitnah dan penyiar video lucah. Maka tak pelik Yury KRU yang merupakan ahli pemuda Umno antara yang dilantik sebagai 'suruhanjaya bebas' untuk mengesahkan ketulenan video tersebut.Skripnya hampir sama dengan Cerita Liwat 1 dan Liwat 2.
Hari ini, konspirasi Umno melalui menteri menjaga undang-undang makin terserlah apabila berkata bahawa Rahim Tamby Chik yang menjadi ketua geng Datuk 'T'emberang boleh dilindungi undang-undang kata menteri berkenaan. Hebatkan? lepas ni makin berkembang dan meriahlah industri video seks di Malaysia kerana mereka juga boleh dilindungi undang-undang. Cuma sebelum menyiarkan apa-apa video lucah niat kena ikhlas dan jujur macam Rahim Tamby Chik!
Maklumat lanjut sila baca sini

Subscribe to:
Posts (Atom)